Allahu Akbar

si comel sekalian

Saturday, November 12, 2016

SURAT BUAT SAHABAT





Assalamualaikum sahabat.
Nukilan ini bukanlah apa-apa. Sungguh, aku bukanlah pemandai bicara. Hanya tahu melakar perasaan tanpa ada yang memahami. Namun, ingin sekali aku luahkan ini padamu. Dan berharap yang kau mengerti maksudku.

Sahabat,
Sungguh aku sayang padamu. Entah macammana lagi untuk aku luahkan perasaan ini. Aku baru sedar sahabat, aku baru terasa nikmat ini. Indahnya persahabatan yang dibina kerana Allah.

Aku selalu baca ayat tu. "Sahabat kerana Allah." Tapi sungguh, aku tak faham maksudnya apa, Tapi segala-galanya berubah, bila aku jumpa kau,

Aku tak tahu, kenapa rasa ini lain. Rasa indahnya persahabatan yang tak pernah aku rasakan sebelum ini. Bukan aku tak pernah berkawan dengan orang lain. Ya, kawan itu ramai. Tapi, sahabat tu?
Susah, susah nak cari..
Pernah kau dengar ayat ni?
"Mencari sahabat sejati itu ibarat mencari sebiji permata yang berharga dalam timbunan kaca."

Tanpa sedar sebenarnya kau banyak tolong aku berubah. Mungkin kau rasa kau tak buat apa-apa. Tapi percayalah, apa yang aku cakap ni. Kau banyak bantu aku. Kau sangat banyak bantu aku.

Aku tak tau, kenapa setiap kali bercerita dengan kau tentang hal-hal agama, aku rasa tenang sangat. Buatkan aku nak bercerita, lagi dan lagi.
Kau terima apa je yang aku kongsikan. Dan kau minta nasihat, lagi dan lagi.

Sebenarnya kau tau sahabat, kau sepatutnya bersyukur. Sebab kau antara insan yang Allah pilih, untuk mendengar. Bukan semua orang bersedia untuk terima nasihat, sahabat. Tapi aku terkejut, bila kau meminta sedangkan ramai yang menolak.

Itu tandanya apa?
Allah sayang kau.. ^^
dan Allah nak bagi hidayah pada engkau... ^^
Allah dah bukak pintu hati kau,

Dan dalam masa yang sama, Allah pun nak bagi hidayah dekat aku,
dan Allah nak bukak pintu hati aku jugak...

Sebab itu Dia hadirkan kau dalam hidup aku.
Allah rancang benda ni, dengan perancangan yang sangat-sangat cantik...
Walaupun dulu kita tak rapat,
Tapi Allah hadirkan kau dalam hidup aku,
atas nama Allah
dicurahkan kasih sayangNya dalam persahabatan kita,,,
Indahkan? :D

Terima kasih atas segalanya.
Aku tak mampu nak teruskan,
takut air mata ni tak mampu berhenti mengalir. Haha.

Aku harap, lepas habis belajar nanti,
kau tak lupa aku.

Lastly,
Aku sayang kau...
Sangat-sangat sayang...

Selamat berhijrah, sahabat ^^

Monday, June 20, 2016

Mencintai Tak Semestinya Memiliki (Part 2)

"Kau nak dengar cerita cinta aku?" Aku bertanya kepadanya. Dia mengangguk berkali-kali macam patung buaya yang aku tengok dekat supermarket semalam. Aku pun tak faham apa tujuan dorang cipta patung buaya mengangguk tanpa henti selagi ada bateri"

"Tapi takut kau boring pulak. Panjang cerita aku ni." Aku berkata padanya. Takut pulak aku kalau dia bosan.

"Selagi kau tak cerita, selagi tu aku bosan." katanya. Baik, aku bercerita.

"Aku kenal dia dari Wechat.."

"Uih. Bahaya tu. Baik kau putus dengan dia. Gila lah kau ni. Boleh pulak kawan dengan orang tak kenal. Kalau kau diapa-apakan macammana?" Aku menampar-nampar pahanya dengan tidak semena-mena. Dia mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok pahanya.

"Hah. Padan muka. Lain kali dengar cerita orang sampai habis dulu baru nak mencelah." Marahku. Marah manja-manja gitteww.. Dia tersengih-sengih macam mumia.

"Aku main 'Shake' waktu tu. Dia 'Greet' aku. Aku sekadar balas greeting dia je. Tak accept dia as a friend pon. Dua hari lepas tu aku accept dia. Tapi tak bersembang lagi waktu tu. Lepastu aku bukak moment, terbaca moment dia 'Kal Ho Naa Ho'. Aku pun komenlah, jiwangnya... Start dari tu kita mula berbalas-balas comment and chat"

Aku tersenyum mengingatkan waktu itu. Namun cepat-cepat aku mematikan senyuman. Aku memandang muka Dhia, khusyuk sungguh mendengar.

"Lepastu?" tanyanya.

"Dah makin lama mesej tu, aku makin rasa suka dekat dia. Tapi aku tak cakap pun perasaan aku waktu tu. Aku tak tau sama ada dia ada perasaan yang sama macam aku atau tak sebab aku tengok kadang-kadang dia bergurau, macam nak bagi tau yang dia suka aku. pastu aku fikir, perasaan aku sendiri kot. Sebab aku suka dia, jadi aku fikir yang dia pun sama ikut suka aku. So, aku cuba buang perasaan tu jauh-jauh. Aku takut leka.

Tapi makin hari, perasaan tu bertambah sampaikan satu malam tu, dia hantar chat yang buatkan aku terkesima kau tau."

"Dia cakap apa?" tanya Dhia yang semakin tidak sabar untuk tahu cerita seterusnya. Aku membuang nafas perlahan-lahan melalui hidung. Sakit bila teringatkan memori itu. Tiba-tiba ada lagu Istikharah Cinta dari Stigma yang datang dari mana. Sayup-sayup saja kedengaran. Aku memandang Dhia yang tersengih-sengih sambil memegang handphonenya. Chet! Ingat drama apa nak ada lagu waktu bercerita.

Aku meneruskan cerita dengan berat.

"'Awak, buat istikharah.' Itulah ayat yang buatkan aku terlompat-lompat dalam bilik tau tak. Aku punya sengih tak dapat dikira entah berapa cm. Tapi aku sengaja tanya dia, untuk apa. Lepastu dia balas, 'nak tengok kita ada jodoh atau tak' dengan emoticon tutup mulut tu. Lagilah aku melompat-lompat."

Detailed sungguh aku bercerita. Memanglah kena detail. Dah nama budak yang didepan aku ni kawan baik aku. Kalu tertinggal sikit ceritanya mau naya aku karang.

"And sejak tu kita berhubungan secara istimewa. Tapi kitaorang tak couple kononnya. Aku tak tau lah beb, kenapa perasaan aku lain macam bila dengan dia. Aku rasa tenang bila dengan dia, macam dah kawan lama. Tiap-tiap hari mesej, tak pernah jemu pun. Semua benda aku cerita dekat dia. Dia kawan baik aku waktu tu.

Tapi aku tak suka satu perangai dia. Dia suka banding-bandingkan diri dia dengan aku sebab aku suka cerita benda-benda agama dekat dia. Aku tak suka beb. Aku cerita benda-benda agama bukan nak tunjuk diri aku solehah, tapi sebab kewajipan sebagai seorang yang bergelar Islam. Aku zero. Aku tak suka semua tu." kataku, kesal.

"Lepastu, apa jadi?" Haih, bab nak sambung part seterusnya ni aku malas. Tapi kena cerita jugak.

"Dipendekkan cerita, berlaku salah faham antara kami. Tak perlulah kau tahu salah faham yang macammana. Esoknya, dia Assalamualaikum dekat aku. Dia kata dia takkan contact aku dah pasni." Dhia berkerut.

"Kata tak couple...macam couple jek bunyinya? Maksudnya korang break lah ni?" Aku mengeluh,

"Itulah kot antara sebabnya. Dia kata taknak couple tapi hubungan dah macam couple dah. 'Couple islamik!' Puih! Itu yang aku cakap dekat dia, syaitan mula menghasut. Kita tak patut menyintai manusia sungguh-sungguh. Macam-macamlah aku cakap. Panjang gak lah. Pastu dia kata dia mintak maaf. Lepasni dia tak akan taruh apa-apa lagi perasaan dekat aku.

Bila dia tak mesej aku, aku rasa boring. Macam rindu pulak dekat dia. Lepastu rasa menyesal kenapa aku cakap macamtu dekat dia. Kau tengok, syaitan betul-betul hasut kan?"

Dhia mengeluh mendengar ceritaku. Pandangannya dilepaskan kembali ke lantai sambil bermain jari-jemarinya.

"Macam-macam dugaan orang bercinta kan?"Katanya. Aku menggeleng.

"Tak. Bukan dugaan orang bercinta. Tapi dugaan kita sebagai hamba. Allah tak menjadikan suatu perkara itu dengan sia-sia. Ada sebab kenapa Allah hadirkan seseorang untuk kita walaupun dalam masa yang sekejap." Dhia mengangguk.

"Sebab tu couple tu haram. Bila kita couple, kita akan lebih ingat pada makhluk daripada Si Pencipta Makhluk. Aku berdosa, Syaf. Aku berdosa. :'( "

"Masih sempat untuk kau berubah. Lagi satu kau kena ingat. MENCINTAI TU TAK SEMESTINYA MEMILIKI. Aku sayang kau. Sebab tu aku cerita semua benda ni. Tak syok cinta manusia, tanpa ada tujuan untuk menggapai redha Allah. Percaya dengan ketentuan Allah. Mungkin mereka bukan untuk kita. Tapi Allah hadirkan mereka untuk kita. Untuk bagi kita kesedaran dan pengajaran. Kau kena ingat tu. Tanam dalam hati betul-betul."


Mencintai...
Tak semestinya memiliki.

~Syaf~

Sunday, June 19, 2016

MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI (part 1)

Secawan milo dah pun habis. Tak puas minum secawan milo ais pada hari yang panas macamni. Siang panas, malam pun panas. Telekung pun tak bukak lagi lepas balik tarawikh tadi. Aku membuka telekung, dan berniat untuk buat lagi secawan air milo ais. Aku bertanya Dhia sama ada dia nak ataupun tak. Alang-alang aku nak buat. Dia hanya menggeleng lemah tanpa memandangku dan menggentel-gentel hujung telekung yang masih dipakainya.

Sekembalinya aku daripada dapur dengan bunyi kocakan ais di dalam gelas seiring dengan langkahan kakiku, aku tengok Dhia masih di sofa itu. Duduk termenung memandang handphone yang sepi.

"Dari tadi aku tengok kau renung telefon tu. Dah nak terbelah dua dah benda tu aku tengok." kataku lalu segera mencapai alat kawalan jauh dan menekan-nekan punat, mencari siaran yang menarik minatku. Hish. Channel je banyak. Tapi semua membosankan

Dhia masih lagi membatu di situ, memandang lantai. Apa kenalah budak ni. Diam je dari tadi.

"Oi." Aku memanggilnya. Tak ada respon.

"Dhia. Kau kenapa?" Dia memandangku sekilas dengan muka yang masam. Kemudian, pandangan kembali beralih ke lantai. Entahlah. Mungkin lantai itu sekarang lebih menarik  minatnya daripada memandangku ini.

Dia meraup wajahnya berkali-kali. Sekejap-sekejap keluhan dia lepaskan. Aku beralih tempat duduk dan duduk di sisinya. Dia memandangku. Aku mengangkat kepala, tanda bertanya kenapa. Dia merenungku, lama.

"Salah ke apa yang aku buat? Kenapa aku rasa macamni? Aku dah buat silap ke? Kenapa dia buat macamtu dekat aku?"

Tanyanya dengan soalan yang bertalu-talu tanpa memberikan aku ruang untuk menjawab. Aku berkerut, hairan dengan soalannya itu. Soalan itu juga aku tak pasti, dia bertanyakan pada dirinya sendiri atau bertanya pada orang yang di depannya ini. Ataupun sebenarnya... soalan itu sudah sekian lama dia simpan, untuk bertanyakan kepada seseorang yang lain? Dhia menunduk. Dahunya kupegang. Aku mengangkat mukanya.

"Kau cakap pasal siapa?" Tanyaku, hairan.

"Mr. Ehem tu lah." jawabnya lemah. Aku tersenyum. Fikir pasal dia rupanya. Apa yang aku boleh buat sekarang ni, mendiamkan diri. Aku tak tau nak buat apa. Aku hanya tunggu sampai dia reda dengan sendiri. I think that is the best kot.

"Kau tak pernah bercinta ke Syaf?" Soalannya yang tiba-tiba membuatkan aku tersedak milo yang aku minum. Dia menepuk-nepuk belakangku sambil ketawa lalu memberikan aku tisu yang diambilnya dari kotak dia atas meja.

"Kau dah kenapa tanya soalan macamtu. Sampai tersedak aku." Dia ketawa lagi. Entahlah, bila tengok dia gelak macamtu, lega sikit rasa hati ni. Bagus jugak lah aku tersedak tadi.

"Tak adalah. Aku saja nak tau." katanya.

"Gila tak pernah. Aku pun ada perasaan." Jawabku diiringi ketawa. Dia mengikuti tawaku.

"Habis tu? Aku tak pernah tengok kau macam orang bercinta pun." Tanyanya lagi. Hmm.. dia ni. Benar-benar mencabar aku. Aku mengecilkan mata memandang mukanya.

"Kau nak dengar cerita cinta aku?" Aku bertanya kepadanya. Dia mengangguk berkali-kali macam patung buaya yang aku jumpa kat supermarket semalam. Aku pun tak faham apa tujuan dorang cipta patung buaya mengangguk tanpa henti selagi ada bateri.

"Tapi takut kau boring pulak. Panjang cerita aku ni." Aku berkata padanya. Takut pulak aku kalau dia bosan.

"Selagi kau tak cerita, selagi tu aku bosan." Katanya.

Baiklah. Aku bercerita.


~bersambung...~

Sunday, March 13, 2016

BESTNYA MASUK U!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat pagi, Selamat tengahari, selamat petang, selamat malam, selamat tengah malam..hikhik..

Harini tak de apa nak tulis.. Saja nak mengupdate blog yang dah sekian lama tak terusik..

Saya cuma nak bercerita tentang suatu perkara..
Bestnya masuk UNIVERSITI!

Kenapa best?
Walaupun saya baru Tahun pertama, Semester ke2..
Saya dah mula rasa bestnya universiti..
Sebab apa..
Sebab saya sentiasa sorang. Hahahaha..
Ada kawan2 pun saya sentiasa rasa sorang. hikhik..

Takdelah. Saja memain..

Hidup dekat sini tak macam hidup dekat sekolah. Dekat sekolah kita akan tengok muka yang sama hari2.. Walaupun dekat sekolah banyak kelas, tapi kita tetap berada bawah satu bumbung..
Dekat sini banyak bumbung..haha..

Kita akan kenal macam2 orang, orang luar negara pun ada.. Kalau yang jenis peramah tu senanglah cari kawan. Macam saya, pemalu. Haha..

Saya suka tengok orang. Tengok orang macam tu, macam ni. Mungkinlah ada sesetengah orang yang tak selesa. Tapi saya suka perati orang.. Haipp! Jangan salah faham. Saya suka tengok gelagat orang yang kadang2 mencuit hati..Yang melupakan saya apa itu sunyi..hoho..

Macam kesian sangat je bunyi?

Haha.. Saya ada kawan.. Ramai je kawan kat sini..
Tapi saya lebih senang bersendiri. Kalau nak teman pun sorang cukuplah. Buat apa kawan ramai2 tapi menyakitkan hati dan sanubari..haha..

Saya ada kawan makan, kawan lepak, kawan gossip dekat sini..
Tapi tak sebest kawan2 saya dekat kampung. Kawan sekolah rendah. Rindu dorang.
T.T

Macam dah menyimpang jauh je ye..

Saya suka belajar dekat sini. Rilex!
Memang lah tak nafi..banyak assigment nak kena buat. Study kena betul2 kalau tak kena tendang. Tak termasuk nak buat fieldwork (kerja lapangan) lagi. Nak kena jumpa orang sana sini. Malu woo malu.,.

Banyak assignment kena berlakon.. malu maluu...tapi best!

Belajar dekat sini enjoy. Nak belajar, belajar. Tak nak belajar tak payah.

Kelas bukan selalu ada pun. Memang lah pukul 8 sampai pukul 6 kelas. Tapi bukan macam sekolah. Yang belajar dari 7.30-1.30, rehat cuma 20 minit yang kadang2 tak sempat nak rehat pun. Sebab tu budak malas belajar. Pressure! Dekat sini banyak gap. Kadang2 kelas cancel..sambung tido. Yeah!

Kelas pukul 8-9, 10-11, 4-6. tiga kelas je. tu jadual saya hari khamis. kadang2 lecturer suka cancel kelas. boleh jadi dalam sehari ada 2 kelas, ada 1 kelas ataupun tak ada kelas langsung. wohoo!

Itu bestnya universiti secara umum.

Saya cerita fakulti saya pulak. N course yang saya ambik..

Saya dekat sini masuk Fakulti Sains Sosial. Course Politik dan Pemerintahan atau dlm omputehnya Politic and Government.

Ingat saya suka bila memula ditawarkan course ni? Of Course NOT!
Siap demam2 lagi waktu belajar sebab terkejut kenapa semua dalam BI..dah tu, ada lecturer international pulak tu...

Tapi dah lama2 enjoy weyh...

Semester 1 tak terasa lagi keseronokan.. Tambah waktu tu ada masalah besar yang menimpa. Syaa langsung tak enjoy belajar. [tak nak cerita. nanti banjir lak mata..haha]

Bila masuk semester 2..saya rasa seronok sangat.

orang kata, belajar dekat Fakulti Sains Sosial ni bahaya. Sebab fakulti ni susah. Fakulti Sains Sosial (FSS).. budak2 dekat sini gelar FSS jugak -> Fakulti Sangat Susah..hahaha
 Dan course yang saya ambik adalah yang tersusah yang ditawarkan dekat Fakulti ni.
Tapi bukankah kesusahan itu satu cabaran? Hiihii...

lecturer saya cakap, yang buatkan saya bersemangat.

"Awak masuk fakulti ni untung. Sebab Sains Sosial merangkumi semuanya. Awak belajar ekonomi, belajar politik, belajar sejarah, belajar komputer, semua benda awak belajar.
Kalau awak masuk Fakulti Medic, awak akan hanya belajar pasal ilmu2 perubatan. Fakulti Bisnes, awak belajar pasal management apa semua. Awak masuk sini, semua benda awak belajar. Ilmu awak luas dari mereka."

Waktu tu saya rasa macam terbang di angkasa. Saat itulah saya bersemangat untuk belajar dan berjaya.

Adik2 yang nak masuk U... akak sarankan korang ambik course yang ditawarkan dalam Fakulti Sains Sosial.. Jangan ambik kos dari fakulti lain. Nanti pening. Haha..

Nak banyak ilmu.. Ambik kos ni..
Korang akan faham apa yang akak rasa..hihihi..

Sekian sajalah cerita saya yang tak apa2 ni..
Saya mengundur diri dulu..
Dan doakan saya berjaya sampai saya graduate n dpaat kerja nanti..
Doakan saya dunia akhirat..
Luv u guys..

Ma'assalamah wailalliqa'..
^_^
bai...

Sunday, January 3, 2016

TAA DE APE NAK POST..HAHA






















ni adalah antara lukisan-lukisan yg saya pernah lukis....
saya bukanlah pandai pun melukis..
cuma reti tiru lukisan org je,,hahaha...
boring2 xde ape nak buat, melukis lah..huhuhu

Friday, December 18, 2015

KenANGan LAlu MengUSik JiWa

Assalamualaikum...

Fuhhhhhh.... berdebu......

Tak terasa kita dah nak ke penghabisan tahun 2015 dah rupanya....
Sekejap sungguh masa berlalu...

Masih teringat zaman dulu...

1995 aku dilahirkan..sesuci embun pagi...tiada dosa tiada noda..

2001 aku dikenalkan dengan namanya sekolah.. waktu itu mula belajar terpisah untuk beberapa jam dengan keluarga..
teringat lagi, waktu itu aku pernah menampar seorang budak perempuan sampai menangis budak tu..hahahha..entah kenapa aku tak ingat.,
main tarik-tarik rambut dengan kawan.. perkelahian itu biasa bagi penyarung baju biru yakni tadika..hikhik. punyalah gangster.. hahahaha..(*gelak keluar air mata)

2002-2007 aku ditukarkan ke baju putih kain biru gelap kehitaman..malu2 miaw bila nak berkenalan dengan kawan2 masa mula2 tu..hehe..
(sampai sekarang pun masih sama..hoho)
dalam tempoh tu, dah gatai pulak nak berpacaran... HAHAHAHAHAHA...
ayooo budak2...
tulis-tulis surat..
main buku biodata..
buku lagu...
tiap petang pergi sekolah untuk berlakon..saje2 nak berlakon..hahaha..
berlakon jadi doktor2,,jadi pesakit...
berlakon jadi budak U main langgar2 buku then jatuh chenta..hahahahhaaaa... lawaknyaa bila ingat balik..selalu jadi heroin dulu...hihi..
2007 tu UPSR..menangis macam apa sebab tak dapat 5A..

2008-2012 aku masih berbaju putih, namun kainnya biru cerah air laut..
2008, masuk 1B, kawan2 yang dapat 5A semua masuk 1A, kelas pandai... aku seorang diri dicampak ke kelas kedua..tapi setiap kali waktu rehat lepak dengan dorang..
2010, PMR..
ingat lagi, sekali lagi tak dapat straight A dan waktu tu kena marah kawan sebab result aku sama dengan 'sahabat baik' lah sangat aku tu..haha..
2012, SPM
memang tak target dapat straight sebab waktu tu banyak main dan leka dengan drama budus Adam&Hawa.. Punyalah minat sampai mak suruh belajar pun tak nak belajar.. Sekali hambek ko result cemane..hahaha...
dan sekali lagi dia memarahi aku...sebab result 'sahabat baik' aku tu lagi tinggi dari aku... aku cuma sengih-sengih garu kepala....nak buat apa lagi..itu je ler yang aku mampu..

2013-2014...aku tetap menyarungkan baju putih dan kain biru air laut tatkala kawan2 lain dah banyak yang menyarungkan baju kurung dan tshirt...
down sangat waktu tu...sebab kita STPM je..
bila raya, terpaksa pekakkan telinga dengar orang bercerita pasal U (tak sabar2 nak ambik diploma), matrik, maktab, spa....
kita ni Form 6 je siapa nak layan...
ramai yang tanya, kenapa tak apply U..aku cuma menggeleng..
malas nak menjawab, sudah takdir aku di FORM SIX!
dan makcik, pakcik... yang membiayai saya tu mak bapak saya.,
tak pakai duit org lain sesen pon..
dan saya yakin dengan sekadar FORM 6 ni, saya akan dapat masa depan yang lebih best...
buktinya

kini 2015
saya di sini..
di mana?
di sinilah..hehehe..
di tempat yang semua orang ingin masuk...
siapa kata masuk FORM 6 tak ada masa depan?

adik2 lepasan SPM tu...tak payah lah nak mengejar sangat 'tempat yang orang pandang'... kita masuk dekat 'tempat yang org tak pandang' pon dah boleh jejak kaki ke sini dik oi...

jangan masuk matrik..belajar dari pagi sampai ke petang yang dah nak malam, jadual pack, n xde assignment n korang xtau pasal referencing..yang best korang dpt elaun..tu je..
jangan masuk U ambik diploma.. rugi masa korang je.. tak sabar sangat nak masuk U.. saat korang masih bertungkus lumus nak mengejar diploma, kawan2 korang yang form 6 dah sedap2 duduk degan bakal degree..
jangan masuk asasi..sebab korang akan pressure sama tahap dengan budak ambik degree..
masukla form 6...jimat masa dari diploma..sama masa dengan matrik kalau yang ambik PDT (program dua tahun) tu, sama level dengan asasi sebab dekat Form 6 diajar pasal individual assignment, group assignment and paling best korang tau apa itu referencing! yang bestnya Form 6, korang akan tetap rasa korang budak sekolah, dapat main2 lagi n banyak rilex...cikgu ajar satu2 nak buat assignment...banyak aktiviti best2..apa lagi korang nak?

apa yang korang dapat dekat FORM 6 korang takkan dapat dekat TEMPAT YANG ORANG BANGGAKAN yakni U(dip), MATRIK, ASASI mahupun POLI..

bukan nak ngutuk tempat2 tu...
cuma sakit hati dengan orang yang suka kutuk FORM 6...

itu sajelah coretan kali ini...
saya nak final exam tak lama lagi...
doakan saya ye.. ^^

maafkan segala salah dan silap saya serta ketelanjuran kata yang sengaja atau tak disengajakan...
babai..
semoga berjumpa lagi... hihi

Wednesday, October 7, 2015

haNya AkU~

Assalamualaikum...

Hati saya sekarang ni membeku bila melihat sang kehidupan... Terkadang bertanya pada diri, kenapa tak dapat nak terima yang namanya takdir itu sedangkan apa yang berlaku itu, Allah sudah tentukan?

Tatkala dirundung masalah, tatkala itu juga syaitan gemar memasuki rongga-rongga pemikiran. Merosak pandangan dan perasaan. Merosak fikiran dan harapan.

Sungguh, tiada masalah yang besar berlaku pada saya di sini melainkan CEMBURU pada SAHABAT.

Terkadang, saya berfikir sendiri.. untuk apa saya cemburu? Semua orang berhak menentukan hidup masing-masing dan semua orang ada kehidupan masing-masing. Jadi, mengapa perlu cemburu?
Betul kan?

Bahaya, jika ada yang gemar memendam perasaan seperti saya ni.. Hehe. Saya adalah seorang yang tak gemar bercerita secara face to face kepada orang tentang masalah saya. Jika mahu bercerita pun, saya akan Whatsapp orang itu. Susah untuk saya bercerita secara berdepan kepada siapa-siapa pun.
Dan, jika saya tak mahu bercerita, saya akan luahkannya di Moment Wechat saya.
Seringkali orang katakan pada saya.. 'Jangan gemar marah-marah di Wechat.' Hahaha. Saya hanya mampu ketawa.

Saya ada ramai kawan yang gemar ketawa dan menyembunyikan masalah mereka. Teringin juga nak menjadi seperti mereka. Yang happy go lucky kata orang..
Entah mengapa.. ramai orang takut nak bercakap dengan saya.. Bila ditanya kenapa, dorang cakap, muka saya macam sedang marah. -__-

Sedih juga bila terima komen sebegitu. Sudah diciptakan muka macamni, nak buat macammana kan? Hihi.

Berbalik pada kes cemburu di atas...saya fikir mungkin silap saya sendiri...
Perangai saya sendiri..
Bila saya suka berkawan dengan seseorang, dan rapat dengannya.. tiba-tiba dia berkawan dengan seorang yang lain..dan dia rapat dengan orang itu...cemburu itu mula datang...dan saya akan menjauhkan diri...
Bila menjauhkan diri, semakin kuat pula rasa cemburu itu timbul..Haha..

Minggu depan, sorang housemate saya nak bermalam di suatu tempat yang entah apa namanya sebab nak buat assignment, mengkaji orang pedalaman di sini. Entah kenapa saya berasa marah, bila dia kata begitu. Saya rasa ditinggalkan.

Dan, pada masa yang sama, roommate saya pun cakap yang dia nak bermalam di bilik kawannya dan dia suruh saya tidur sorang-sorang, itu pun saya rasa marah. Sekali lagi saya rasa ditinggalkan. Namun kemarahan itu cuma terpendam dalam diri, saya tak cakap dekat dorang yang saya rasa marah. Saya cuma pendam.

Pelik kan saya?

Kemudian, saya memotivasikan diri sendiri...

Kawan itu tak selamanya kekal. Sekarang ada, esok pasti hilang. Sekuat mana pun kau sayang mereka, kau pasti akan ditinggalkan. Biarlah dorang nak ke mana-man pun. Siapa kau untuk menentukan apa yang boleh, apa yang tidak pada mereka.
Kau sayang mereka sebesar gunung Himalaya, mungkin dorang sayang kau sebesar kereta kancil. Nobody knows.kan? hihihi.

Kenapa perlu rasa kosong bila tiada mereka. kenapa perlu rasa risau kerana takut ditinggalkan? Mereka itu cuma manusia. Manusia.

Sepatutnya, yang perlu kita risau itu bila satu saat kita tidak 'dihiraukan' lagi oleh yang Maha Pencipta,,, Allah yang Maha Kuasa.

Berubahlah. Matanglah. Jangan masih ada fikiran kebudak-budakan.
Berubahlah, Siti. Ubah,
Dah besar kan? =)

Saturday, September 26, 2015

WELCOME BACK TO SCHOOL!!!

Assalamualaikum ya sahabat sekalian...
Berdebu dah nampaknya blog saya ni... Sungguh banyak sawang menyawang yang menyinggah.. hehehe..

Kerana kekangan masa dan internet, saya tinggalkan blog ni.. macamtu je.. kesian encik blog ..hihi..

Alhamdulillah.. 26 hari sudah saya bergelar pelajar kembali... benda yang memang tak ada dalam kepala saya untuk sambung di sini..
Impian itu ada, tapi entah kenapa saya tak gembira..
Hmm..
Tapi ini takdir.. saya perlu akur dan terima...
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.. yang saya tak tahu..kan..

Hidup sebagai seorang pelajar banyak masalahnya...
Tapi masalah itulah yang boleh mematangkan diri kita..
Cukuplah sampai di sini..
Nantilah sambung lagi..huhu...
Sekian,
Salam sayang dari saya,
empunya nama Maksu Siti..
Moga berjumpa lagi.. ^^

Tuesday, March 24, 2015

CERPEN - CINTA ITU~ ^^

"15 minit satu pasangan. Uish. Dahsyatnya." Dhia mengomel sendirian sedang matanya tak lepas memandang skrin laptop itu.

"Apa yang dahsyat?" Tanyaku yang baru nak melelapkan mata di depan ruang tamu ini, Bosan cerita malam ni. Tak ada satu pun yang best. Mana lah mata tak mengantuk.

"Ni.. purata masyarakat Malaysia bercerai, 15 minit satu pasangan, Dahsyat kan?" Dhia menjawab soalan tanpa memandang si penanya soalan.

"Tak dahsyat sangat lah. Jiran aku baru seminit kawen terus bercerai. Lagi dahsyat." Jawabku dengan selamba. Berdekah-dekah Dhia ketawa. Aku memandangnya dengan mata kuyu, Aku buat lawak ke tadi?

"Macammana boleh jadi macamtu?" Tanyanya yang masih ada sisa-sisa tawa. Dia mengelap air mata yang keluar. Lawak sangat ke apa yang aku cakap tadi?

"Orang ketiga datang membantah lepas lelaki tu lafaz akad. Bila lelaki tu tanya perempuan tu siapa yang membantah tu, perempuan tu kata, tu ex-boy dia. terus kena talak 3."

"Talak 3??" Dhia ketawa lagi terbahak-bahak. Eh eh, dia ni. Orang cerita sedih, dia dok gelak pulak.

"Kenapa kau gelak? Kesian kat jiran aku tu, laki tu dah kena penjara sekarang atas cubaan membunuh laki yang bantah perkahwinan dorang tu." Dhia terdiam.

"Kau cerita kes betul ke ni? Aku ingat kau buat lawak." kali ini dia tak ketawa. Malah mukanya seakan terkejut. Akibat dari terkejut, maka dia terkentut. Chet! tak senonoh betul.

"Betul lah. Ingat aku main-main apa?" Patutlah gelak bukan main lagi. Ingat aku buat lawak rupanya.

"Eh. Ishh." Dia menggaru-garu tengkuk yang tidak gatal. "Ehh. Seram betul aku. Macammana nak kawen ye sekarang ni? Seram betul lah, Baru seminit kawen dah terus kena talak 3. Eee.. meremang bulu roma aku ni," sambungnya lagi sambil menggosok-gosok kedua-dua belah lengannya.

"Kawen je kah. Kau nak seram apa? Kau ada kekasih gelap ke?" Giliran aku pula untuk tersengih.

"Tak adalah macamtu. Cuma aku takut je, nanti kalau aku kawen, apa-apa jadi dekat perkahwinan aku tu macammana?" Dia berkerut, mungkin berfikir,

"Bahagia je..kalau ada iman. Simple as kacang." Aku tersenyum memandangnya yang masih berfikir,
"Kau nak kawen dengan siapa? Ustaz Jordan?" Pertanyaanku yang tiba-tiba itu membuatkan dia tersentak. Membulat matanya memandangku. Ups?! Aku salah cakap ke? Kenapa reaksi dia macamtu?

"Aku dah break la dengan dia." Jawab Dhia. Eh? Break? Dah kenapa pulak? Haritu masa dekat pantai bukan main memuji lagi ustaz Jordan tu. Tiba-tiba break?

"Kenapa?"

"Sebab aku baca moment kau kat Wechat."

"Moment aku? Yang mana satu?"

Dia tersenyum, meletakkan laptop di tepi, ambil handphone samil menggosok-gosok skrin telefon itu. Lalu membaca sesuatu.

"Jika kita mencintai seseorang, dan cinta itu boleh membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, itulah sebenar-benar cinta. Tapi, jika kita mencintai seseorang dan cinta itu membuatkan kita sentiasa ingin dekat dengannya, tak boleh kehilangan dia walaupun sekejap, asyik terfikir-fikirkan dia malah menjarakkan kita dengan Allah, percayalah, cinta itu palsu dan cinta itu NAFSU!"

Aku tersenyum memandangnya yang tengah buat muka comel tapi tak comel langsung tu,

"Dari moment tu lah aku tersentap. Aku discuss dengan ustaz Jordan tu, aku nak break dengan dia, Pastu dia marah-marah aku, dia tanya kenapa? Dia tengking aku, beb. Mak bapak aku pun tak pernah tengking aku macamtu. Kau tengoklah, dia pun konon je kan cinta aku sebab Allah. Sebenarnya cinta dia cinta nafsu. Kalau betl dia cinta aku sebab Allah, dia akan redha, dan tak mungkin akan tengking aku macamtu. Lepas hari tu, kita orang dah tak contact lagi. Aku pun sekarang lebih tenang bila tak ada dia."

"Aku ada baca moment kau lagi.." Dhia menyambung.

"Untuk apa kita sibuk berfikir tentang masa depan;- siapa jodoh kita, macammana kedudukan kita, apa kerja kita, siapa mak bapak mentua kita, sedangkan itu sebenarnya perancangan masa tua yang sememangnya dah ditentukan sejak kita dalam perut lagi. Tapi kenapa kita taknak berfikir tentang masa depan kita yang sebenarnya, masa depan di akhirat sana. Banyak mana pahala kita, ibadat kita ada berkat dan rahmat atau tak, belah mana tangan yang akan kita terima buku amalan kita nanti dan sebagainya. Itu yang patut kita fikirkan.

Aku sungguh tersentap di situ wahai kawanku." Tergelak aku mendengar tutur katanya yang persis zaman Kesultanan Melayu Melaka tu. Hahaha.

"Aku cakap pasal kau tu." Rupanya seakan terkejut. "Aku geram waktu tu. Kau tak habis-habis buat moment pasal 'Luv U Mr.Jodoh'. Buhsan tau tak, buhsan..Hahaha" Mukanya masam macam mengkarung ungu.

"Kau laser kan sekarang." Dia menunjukkan penumbuk padaku, aku membalas dengan menjelir lidah padanya. Kemudian, kami sama-sama ketawa.

"Beb, sebenarnya aku nak ucap terima kasih dekat kau, pasal haritu kau marah aku dekat pantai. Aku tak sedar aku dah buat silap. Betullah kata kau, aku ni bangga diri. Sangat-sangat bangga diri. Terima kasih sebab sedarkan aku yang dah terpesong jauh selama ni."

Matanya berkaca, mulutnya cebik sedikit. Macam nak menangis tapi ditahan. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Tak payah nak terima kasih dekat aku. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Aku cuma luahkan perasaan aku je. Hehehe.. Sori sebab aku marah kau sangat-sangat hari tu. Aku sebenarnya memang dah lama nak cakap tapi tak jumpa masa yang sesuai. Cuma haritu terluah tanpa sengaja. Sori eh."

"Aku bangga diri." Suaranya perlahan, hampir tak kedengaran. Mukanya ditundukkan 180 darjah. Eh, macammana tu? Heheh. Lantas, aku duduk di sisinya lalu memeluknya. Teresak-esak dia menangis.

"Dah la. Takyah nangis. Buruk lah muka kau nangis. Macam nenek kebayan tau tak." Semakin kuat pula dia berteriak lepas aku kata dia nenek kebayan. Satu hal lagi nak memujuk. Huhu...

Cinta yang Allah beri itu indah. Jika kita mencintai Allah sungguh-sungguh, pasti cinta kita akan kurang sa...ngat-sangat pada dunia. Seolah-olah kita dah tak berminat dengan drama dunia yang sia-sia. Allah berikan kita dunia ni bersebab, tak lain tak bukan semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Mencari redha-Nya, bukan murka-Nya.

Hijrahla kepada Allah, dengan sebenar-benar hijrah. Hijrah diri, hijrah hati. Tak perlu tunjuk dekat orang.. 'Weyh, aku dah berubah.' Tak perlu... Cukup hanya Allah yang Tahu..

Jangan letak dekat Facebook pulak yang anda dalam proses hijrah. Takut lari niat tu. Elok-elok ikhas, jadi riak pulak. Huhu.. Buat apa-apa, biar kerana Allah. Ingat tu.. =D

~TAMMMMAT~

*cerita ini hanya rekaan semata-mata...tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih mati..hehe,,,cuma cerita untuk pengajaran bersama.. ^^


Tuesday, March 10, 2015

cerpen - AKU YANG BERHIJRAH...


Dari tadi dia asyik menekan-nekan skrin telefon itu. Sekejap-sekejap tengok, sekejap-sekejap tengok. Muka pun dah macam Chimpanzi dah. Last-last dihempapnya handphone itu di atas  meja.

"Kau dah kenapa?" Akhirnya, aku yang dari tadi memerhati pun bersuara.

"Benci dia ni. Kata nak call, tak call-call jugak. Whatsapp pun tak. Entah mana dia pergi tah. Pergi jumpa perempuan lain agaknya. Menyampah betul aku.!" Hidungnya dikembang kempiskan akibat kemarahan yang diluah-luahkan. Kalau tadi aku tengok dia macam Chimpanzi, sekarang ni dah tahap Baboon dah.

"Ada kerja kot." Kataku dengan tenang sambil mengirup udara segar.

"Ada kerja apa benda? Tadi dok rilek whatsapp aku, aku suruh call tiba-tiba hilang macamtu je. Sah-sah dia ada permpuan lain!" Dia mengipas-ngipas dirinya dengan tudung labuhnya. Aik cik kak, panas kewww???

"Siapa pakwe kau? Ammar?"

"Ehhh..tolong sikit. Kaki lepak tu? Pakwe aku? Kau ingat dia layak ke? He is not my cup of tea ok! Pakwe aku ni ustaz, belajar agama tinggi sampai Jordan." Bongkak bunyinya berbicara. Tangannya semakin laju mengipas.

"Abeh tu kalau Ammar tu bukan cup of tea, cup of apelah? Coffee? Milo? Vico?" Aku memerlinya. Tak taulah dia faham ke tak.

"Wain! Ehh.. dia tu tak layak tau untuk aku. Dah la tak ada kerja. Muka tak hensem. Ada hati nak dekat aku. Arak tu haram untuk kita kan? Sama lah dia bagi aku. Haram!

Aku ni anak yang warak. Semua orang kenal. Mak bapak aku, walaupun bukan ustaz ustazah, tapi dorang ada pengetahuan agama. Walaupun tak kaya tapi adalah jugak harta sikit. Dia tu apa yang ada? Tak ada kerja tapi nak pikat aku? Tolong sikit..

Orang belajar agama tak tinggi macamtu tak sesuai dijadikan suami. Suami kena mendidik isteri supaya pandai. Kalau aku kawen dengan kaki lepak, agama tak tinggi, aku nak jadi apa?

Dia tu kena sedar diri sikit. Aku ni siapa. Semua soal agama dekat tangan aku. Aku tau semua hukum hakam dalam agama. Ni, kau tengok tudung yang aku pakai ni. Labuh! Kain yang selalu aku pakai kat muka tu apa? Purdah! Niqab! Cuma harini je aku lupa nak pakai. Kalau aku kawen dengan dia, apa orang kata? Jatuh taraf aku sebagai seorang wanita solehah!"

Dia meletakkan handphone di dalam tas tangan. Bersiap-siap macam nak pergi dari sini.

"Rupa-rupanya ini agama ajar kau. Bongkak, riak, ujub, takabbur. Aku tak tau pulak dalam agama ada ajaran macamni." Giliran aku untuk bersuara setelah bernanah telinga menyediakan kerelaan mendengar bebelannya yang tak berasas.



Dia memberhentikan pergerakannya, Aku dapat lihat dari sisi mataku, Dari tadi mataku hanya tertancap pada sang ombak yang tak jemu mengaum.

"Rupa-rupanya ini perasaan orang yang berhijrah sebab trend. Rupa-rupanya... Aku baru tau." Aku tersenyum memandangnya. Dia berkerut. Mulutnya terbuka, macam nak cakap sesuatu tapi tak jadi,

"Rupa-rupanya, hijrah kau sebab kau nak memandang rendah pada orang lain. Rupa-rupanya hijrah kau sebab nak tunjuk dekat orang yang kau alim. Rupa-rupanya..."

Hanya perkataan itu yang aku ulang dengan nada yang sinis. Dia mencampakkan tas tangan di atas pasir. Aku ambil, membuang debu dan pasir lantas meletakkan kembali dia atas meja. Nafasnya turun naik memandangku.

"Kau cakap baik-baik sikit. Aku berhijrah sebab nak dapat redha Allah. Kau jangan nak fitnah aku!" Matanya membulat bagai mahu menerkam aku yang di depannya ini.

"Ohh..rupa-rupanya..." Gelas yang berisi air kelapa dia genggam kuat. Aku menyambung lagi.

"Untuk redha Allah.. Baguslah kalau betul macamtu. Aku sangat kagum dengan sikap kau yang berusaha untuk pakai tudung labuh. Dulu kau free hair. Sekarang kau tutup habis, Sampai muka semua kau tutup. Bagus, Jadi wanita solehah. Tak memandang dan tak dipandang.

Untuk redha Allah...kau belajar sungguh-sungguh. Setiap ceramah kat tv kau tak tinggal. Kuliah-kuliah agama pun kau ikut. Sampai haritu kau bercerita dekat aku, kau sampai bertekak dengan mak kau sebab dia suruh kau pergi beli bawang sampai kau terlambat pergi kuliah. Kau buat untuk dapat redha Allah.. Sangat bagus.

Banyak hadis kau hafal. Hadis soheh, hadis dhaif, hadis mauduk semua kau hafal. Kalau berbahas memang top. Kau berbahas dengan dalil. Al-Quran kau hafal dengan maksud-maksud dia sekali.

Pernah aku tengok kau salam dengan orang lelaki. Bila aku pandang, kau kata kalau dekat majlis tak apa sebab darurat. Lepastu kau keluarkan dalil. Sangat bagus, Tapi aku terlupa pulak nak tanya kau dari kitab mana kau dapat dalil tu.

Aku selalu dengar kau bercerita dekat aku pasal kisah-kisah nabi, sahabat, macam-macam lagi. Kau ajar aku macam-macam.

Tapi mungkin aku ada tertinggal sesuatu. Aku tertinggal pasal ajaran riak, takabbur, ujub atau dengan kata mudah, berbangga diri. Sheikh mana ajar kau eh?"

Dahinya masih berkerut. Wajahnya masih masam. Cuma dadanya tidak lagi berombak seperti tadi. Tak kedengaran lagi nafasnya yang turun naik.

"Pernah aku tengok kau marah budak free hair yang lepak kat bus stop. Macam-macam ayat dan hadis yang kau keluarkan. Akhirnya kau malu sebab dorang tu Christian.

Perangai macamni memalukan islam kau tau tak. Kau nak tunjuk pada semua orang yang Islam tu macam perangai kau? Menunjuk-nunjuk? Dakwah tak kena tempat? Macamtu? Dulu orang respect orang Islam. Tapi sekarang ni, ada ustaz ustazah ekspress, ustaz ustazah trend yang berdakwah kadang-kadang tak kena tempat, pastu memandai buat hukum sendiri sampai semua orang jadi keliru dengan Islam.

Orang Islam yang sentiasa menyalahkan orang lain. Salah sikit semua kafir, semua kafir, tapi tak sedar salah sendiri. Orang islam yang kononnya sentiasa amalkan perkataan Husnu Zhon tapi hanya pada perkataan, bukan pada maksud. Husnu zhon tapi dalam masa yang sama, buruk sangka dengan orang lain.

Kau buat status dakwah setiap hari, orang semua memuji dan kau bangga. Kau letak gambar selfie, setiap aktiviti agama yang kau buat, Kau catat dalam facebook setiap kebaikan yang kau buat.

Kau tahajjud, kau dhuha, kau hajat, kau istikharah, kau baca Al-Quran. Post gambar menangis sambil pegang Al-Quran. Post gambar tangan pegang tasbih sambil duduk di sejadah.

Kau kata kau berhijrah untuk dapat redha Allah?"

Dia menundukkan kepalanya. Mungkin terkesan sedikit dengan bebelan aku tu. Aku menyambung lagi.



"Islam tak pernah ajar kita untuk berbangga diri. Tak akan masuk syurga beb, orang yang ada dalam hatinya rasa riak walaupun secebis. Islam ajar kita rendah diri. Tanamkan rasa kehinaan tu. Kita hamba yang kekurangan. Semua yang ada pada kita ni milik Allah semata. Kita tak ada apa-apa."

Kali ini, nadaku rendah. tak seperti tadi. Dia masih menunduk. Aku alihkan kerusi dan duduk betul-betul di hadapannya. Tangannya aku pegang. Genggam rapat.

"Aku tak ada kawan sebaik kau. Aku tak ada kawan yang boleh berkongsi dengan aku kisah agama. Hanya kau seorang. Aku berubah pun sebab kau. Kau tau keadaan keluarga aku kan macammana? Kami serba kekurangan, kami tak tau apa-apa. Lepas aku kawan dengan kau, hidup aku berubah. Mak ayah aku berunah. Adik beradik aku berubah. Kami jadi lebih tenang.

Tapi kadang-kadang...aku rasa keliru. Kenapa aku pakai tudung? Kenapa aku ikut kau join usrah, pergi kuliah, dengar ceramah agama apa semua. Aku keliru. Aku takut, akan timbul jugak rasa riak dalam diri aku lepas aku berhijrah. Riak tu syirik beb. Syirik!

Memang tak nafi, lepas aku sarungkan tudung ni, rasa jelek aku hadir pada orang yang masih free hair. Aku rasa berdosa sebab dorang tak mampu berubah macam aku. Hati aku dah tercemar dengan titik hitam. Aku tak tau, berapa banyak lagi titik hitam yang akan timbul lepas ni. Sekarang ni pun dah terasa berat,

Berubah, berhijrah... tak semestinya bila orang berubah dia confirm ahli syurga. Tak semestinya bila orang sarungkan kain di kepala, di muka, dia confirm tak akan pijak neraka. Sedangkan orang yang syahid, mati kerana nak menegakkan agama Allah pun boleh masuk neraka, Semua tu sebab riak. Riak. Bangga diri,

Dalam kita tak sedar, kita sebenarnya berubah untuk dipandang, untuk dipuji. Cuba renung kembali, untuk apa ni kita post status dakwah?

Bila berhijrah, maka kaki-kaki lepak semua kita kena pandang jelek, Bila dorang mengorat kita rasa mereka membawa kita ke neraka. Bila pak ustaz ngorat kita rasa he is the one, yang boleh membawa kita ke jalan syurga.

Beb, kita sama-sama berkenalan balik. Jom, kita jadi orang yang baru lahir di muka bumi ni. Kita jadi orang yang baru, Kita kena berubah. Hijrah kita dulu sebenarnya bukan hijrah. Kita riak. Jom, kita berhijrah balik."

Tiba-tiba dia mendakapku. Erat. Tangisannya tak terkawal lagi. Apa yang aku tau, balik nanti aku nak cuci betul-betul tudung ni. Confirm kena hingus! Yucks! Haha.

"Aku mintak maaf....." Tersekat-sekat suaranya, akhirnya dia meleraikan pelukan.

"Minta maaf dengan taubat. Minta maaf pada Allah. Bukan pada aku. Jom, kita buat solat taubat"

Dia mengangguk-anggukkan kepala.

"Tapi..." dia memandangku, menunggu aku menghabiskan perkataan.
"Jangan masuk Facebook pulak.. 'Alhamdulillah, selesai solat taubat. Syukran Ya Allah.' " Mulutku mengejek. Dia menampar bahuku lalu ketawa.

Aku dan dia sama-sama meninggalkan pantai itu. Aku merenung lautan itu, sambil menunggu dia menghidupkan enjin kereta.

Jauh di sudut hatiku, aku sangat berharap yang Dhia akan berubah. Betapa aku tak suka melihat perangainya yang terlalu berbangga diri itu. Aku menegur bukan maksudnya aku nak cakap, aku baik. Tak. Tapi sebagai seorang kawan, aku harus menegur sikapnya sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Hidayah itu dari Allah jua. Kita sebagai manusia tak berhak menentukan ukur hidayah seseorang. Aku hanya berhak untuk menegur setakat mana yang mampu, sebagai seorang kawan.

"Syaf! Masuklah. Tak nak balik ke?"

"Okey." Perlahan-lahan aku masuk ke dalam kereta. Dengan seribu pengharapan. Ini hanya permulaan untuk hari yang baru. InsyaAllah.


~TAMMMMMAT....~ =)


*cerita ini hanya rekaan semata-mata...tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih mati..hehe,,,cuma cerita untuk pengajaran bersama.. ^^


Sunday, January 19, 2014

SaYA BuDAk TeNSioN O_o

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah semua...

Sedar tak sedar rupa-rupanya kita sudah nak ke penghabisan bulan Januari...hari ni, dah 19 hari bulan. Esok, 20, 21, 22.....31, 1st February...
Semakin meningkat usia, semakin berat kerja...
Jangan mengeluh... Penat? Memanglah, tak dinafikan sebagai manusia, siapa yang tak mengeluh dan berasa penat, bukan? Tak apalah.. Allah ada...

Hari ni sebenarnya saya nak cerita pasal kerja saya yang berlambak-lambak.. Jangan tak tau. Walaupun saya budak Form 6, tapi sebenarnya kami juga membuat kerja macam mana yang budak U buat.
Kami ada Semester, kami ada Tesis ataupun lebih dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)..

Senanglah bagi kami, sebab dah didedahkan awal... cuma apa yang saya nak cakap...
Benda ni agak buatkan saya tertekan sikit.. Bukan sikit..banyak sebenarnya. Wakaka! Kajian buat ikut tajuk, dan tajuk tu perlukan bahan-bahan yang cukup. Barulah kajian menjadi...tapi...
Waaa... rasa nak menagis...

Saya ni pemalu orangnya, cuma pandai berkata-kata bila ada keadaan yang memaksa.
Dan nak mencari sumber tu punyalah payah sebab perasaan malu yang menebal dalam diri saya ni..
Mungkin sumber-sumber tu ada, tapi saya tak jumpa... bila cikgu suruh anta kerja, saya tak dapat nak hantar sebab tak ada bahan...

Apa yang saya kena buat? Buang perasaan malu? Itu memanglah perlu.. Tapi... susah untuk saya buang secara mendadak...

Petang ni, inshaa Allah kalau tak hujan, saya akan buat kajian luar bersama rakan. Tapi kalau hujan, habislah. Esok hantar proposal...

Hmmm....

Doa-doakanlah saya berjaya dalam PBS ni...
Sekian saja dari saya...
Assalamu'alaikum...
Ma'assalamah wailalliqa'...
XoXo...

Saturday, January 11, 2014

Petua Hilang Batuk

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Rasanya belum terlambat lagi kalau saya nak ucapkan selamat tahun baru 2014.. =D (walaupun dah 11 hari berlalu..hehe)

Saya ni bukannya aktivis blogger. Jadi, saya tak banyak bagi maklumat apa-apa kecuali kalau saya rajin nak melayan blog ni.
Untuk pengetahuan, saya sekarang ni kurang gemar untuk bersosial di alam maya. Facebook saya dah buang, Twitter and Instagram saya dah tak aktif.. apatah lagi blogger ni. Sebab apa tau, saya rasa dengan melayan benda-benda tu semua, dosa saya makin bertimbun-timbun. tambah-tambah lagi facebook tu.Melihatkan orang yang pelbagai ragam, tak pasal-pasal diri ini pun terlibat sekali.

~ Mencegah itu LEBIH BAIK dari mengubati....~
kan? ;)

Eh, macam dah keluar tajuk pulak.. hehe.. Saya sebenarnya nak cakap.. saya dah batuk dah dekat dua minggu dah ni.. Sebelum mula sekolah hari tu. Makin teruk, makin teruk, makin teruk... sampai semua orang dalam rumah ni pun dah batuk sama.

Macam-macam dah saya guna. Woods, Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat hospital 2 jenis dah saya guna.. tak hilang-hilang jugak...
AKHIRNYA!!

Saya jumpa petua yang boleh kurangkan batuk saya yang teruk tu secara mendadak!!
Nak tau? Simple je...

cara-caranya..
1)minum air asam jawa, bila-bila anda suka.hehe.. (nak buat air guna asam jawa xtra lagi best!sedap)
2) sebelum tidur, sapu minyak zaitun di sekitar leher dan tengkuk serta dada








Ubat-ubat ni, mak saya yang tercinta tu yang cipta..hihi... Terima kasih mak!

Cuba lah try test.. InsyaAllah.. batuk anda tu boleh dikurangkan..
Tapi ingat, kita cuma berikhtiar.. yang menyembuhkan penyakit itu Allah jua... Jangan bila dah try satu2 benda dan berkesan, kita terus percaya yang benda tu bagus sampai lupakan Allah...

~(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”.
~“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (Asy-Syu’araa’ 26:80)
Yakinlah pada Allah.. Nabi Ayub terima lagi dahsyat penyakit daripada kita yang kerdil lagi hina ini.. Namun, Nabi Ayub tetap bersyukur dan bersabar.. sehingga Nabi Ayub sembuh...
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (Al-Anbiyaa’ 21:83-84)
Sekian sahaja post saya pada hari ni.. Mudah-mudahan kita semua mendapat redha Allah dan diberi kesihatan yang berpanjangan...
InsyaAllah... 
Wallahu a'lam.. =D


Thursday, October 3, 2013

RUNNING MAN EDISI PENGGUNA... DAEBAK!!

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Nampak tak tajuk di atas? Dahsyat tak bunyinya? Haha..

Sebenarnya semalam sekolah saya (SMK LUNDU) ada buat explorace kepenggunaan.. Jadi, saya selaku 'orang tertinggi' dalam pengurusan fikir macammana cara nak attract orang. Dan saya teringat pasal Running Man yang mana cerita tu cerita Korea yang paling saya minat. Minat sangat. Dia sebenarnya bukanlah cerita.. Macam...explorace jugak lah. Apa yang buat saya tertarik dekat Running Man tu sebab cerita tu lawak. Pelbagai kejadian yang berlaku tanpa skrip. Seronok!

So..Alhamdulillah.. Ramai yang menjerit bila borang sampai ke tangan mereka bila tengok perkataan 'Running Man' tu. Saya letak kat situ hantar selewat-lewatnya 26 September dan tarikh kawan-kawan saya edarkan borang tu pada 24 September. Beberapa minit selepas itu... dah banyak dah borang penyertaan yang sampai ke tangan kami. Enjoy!

Jadi semalam 2 Oktober 2013... Running Man Edisi Pengguna bermula..

Sebelum tu, satu kejadian yang tak diingini berlaku.. klu2 yang kami dah sediakan terpaksa dirombak balik sebab banyak checkpoint tak dapat digunakan. Last minute! Kan budak PMR semalam. Sebenarnya Running Man tu nak dibuat pada 30 September, jadi ada beberapa masalah yang berlaku, terpaksa ditunda ke 2 Oktober.

Cerita pasal klu, saya dan kawan2 saya terpaksa cari checkpoint baru.. Tengok2 mana tempat yang patut dan rasa tempat tu sesuai.. Buat klu terus. Taip2 kat laptop (pinjam laptop kawan) pastu suruh cikgu print. Explorace yang dijangka start pukul 3.00 terpaksa dilambatkan kepada 3.30. Kesian tengok peserta2 berbaris dekat luar. Menunngu kami yang tengah kelam kabut masukkan klu dalam sampul dan siapkan barang untuk checkpoint2 yang sepatutnya.

Saya suruh kawan-kawan saya announce dari satu kelas ke satu kelas sebelum benda tu bermula..erm..paginya lah. Suruh diorang tunggu depan kelas kami pukul 2.30 dan diorang akan diberi taklimat pada 2.45 dan mulanya explorace tak kira orang cukup ke tak pada pukul 3.00 sharp! Dan habis pukul 5.

Tapi..disebabkan kejadian yang tak diingi berlaku semalam. diorang terpaksa start pukul 3.30. Bayangkan, sejam tunngu dekat luar. Saya rasa bersalah sangat-sangat sebab tak mampu urus dengan baik.



Bila dah start, satu lagi masalah muncul.. KLU TAK BETUL! ada group yang dah pergi tempat tu dan bila dpt klu lain diorang kena pergi tempat tu lagi. Saya dah panick tengok diorang. Yang paling mencemaskan adalah bila tengok diorang berlari dalam hujan. Tiba-tiba hujan. Lebat pulak tu. Kesian sangat. Dah lah klu tak betul.. kena pulak berlari dalam hujan. Sangat-sangat kesian.





Tanpa dirancang, tiba2 ada kaunter pertanyaan yang bertempat di surau. Haha.. kawan saya yang menjaga checkpoint tu cakap, "cakap kat dorang, kalau ada sesape yang sesat, datang dekat sini. Sini kaunter pertanyaan." Lawak! Haha.. Nak tau sapa? Elsa Faleeda binti Yuosff yang empunya nama. Sebut je nama dia kat SMK Lundu tu sape yang tak kenal. Bila saya panick semalam berapa kali dia suruh saya sabar. Haha.. Mana tak panick weyh kalau tengok dorang penat2 berlari dalam hujan macamtu. Dalam pada tu saya berfikir, baik suruh dia jadi ketua mula2.. Mungkin ada yang fikir ketua yang sepatutnya macam tak bertanggungjawab je. Tau nak suruh, nak suruh, nak suruh.Huhu..

Tapi.. Alhamdulillah lah. Segalanya berjalan dengan lancar lepas tu.. Saya dan kawan saya bersyukur sangat2 sebab tak ada berlaku pergaduhan, tak ada yang tension, stress apa semua tu. Semua diorang enjoy. Kami cuma takut diorang marah kami sebab tak dapat urus benda tu dengan cekap. Tapi, diorang ok.. Alhamdulillah...



Bila tengok balik kertas kerja yang saya buat and soalan2 & arahan2 yang saya dan kawan saya buat... Tak sangka. Kita dapat buat benda ni. Alhamdulillah...




Pengorbanan masa yang kami buat nampaknya tak sia2.. Kalau cikgu tak bantu, entah jadi ke tak ke explorace tu. Hehe.. Thanks kepada semua yang terlibat especially Cikgu Siti Srikuntanti dan Cikgu Abang Musa.. Dan rakan2 sekalian...



STESEN 1 : JOCELYN BIAH ANAK KADUM
                 : ELSA FALEEDA BINTI MOHD YUSOFF

STESEN 2: ERIC ANAK KERO
                 : ABANG ASWANDI BIN ABG SAWLI

STESEN 3: FARTIN NAZARIAH BINTI AFINDI
                 : SHARIFAH NUR SERIDA BINTI WAN AMIR

STESEN 4: KUZAIMAH BINTI PUTIT
                 : SITI NURAZENI BINTI KADRI

STESEN 5: SIM AH TANG
                 : JESSIVOON ANAK LIMBANG
                
STESEN 6: JELICA ANAK LIM ANN
                 : NACYLINE ANAK NUMBAN

STESEN 7: SITI HAFIZAH BINTI BUJANG (saya..hehe..)
                    : NURHAZIRAH BINTI MOHAMAD


Running Man.. Daebak! Awesome! Menakjubkan!!!!
Alhamdulillah semua dah selesai...
Segala yang baik itu hanya datang dari Allah S.W.T..
Segala yang buruk datangnya dari kami semua..
Salah dan silap yang kami lakukan mohon diampunkan...
Segala kejadian ini ada hikmahnya..
Maafkan kami Ya..
=)
Babai...

Tuesday, July 30, 2013

~Wahai Hati~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.r.t...

I'm back.. Hehe... Kali ini..biar tinta yang membuka langkah kata-kata yang takkan habis ditelan bumi... Biarpun jari ini telah mendendangkan rentak langkahnya yang rancak di papan kekunci ini, namun hati tetap rasa membeku. Terdakang cair dek panasnya suasana yang membakar hari...

Mungkin hanya pada fikiran, terkadang terasa untuk menitis lagi air mata ini.. Sanggup mereka melakukan hal yang sebegini... Saya juga manusia yang tahu untuk meluahkan rasa, kerana tidak mungkin seorang manusia itu tidak mempunyai perasaan. Hanya inilah tempatnya... luahan kata-kata terus bertaburan... Namun air mata ini.. masih lagi tidak mampu untuk mengalir.. Sakit!

Hanya Allah yang Tahu....
Mengapa begini jadinya..
Hanya Allah yang Tahu..
Mengapa begini sakitnya...

Meskipun orang bertanya, insya-Allah hanya akan dijawab dengan senyuman...
Kerana diri ini..pasti akan terus membatu....

*Aku juga punya jiwa..!




Monday, July 22, 2013

RaMBuT SengEt BeLah Tepi

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamu'alaikum warahmatullah....
(Tajuk entri xde kaitan dgn ape yg nak dicerita eh. Awal ku madah. Hehe..)

Hmm... Tika hari ini... tika waktu ini... Sepi sungguh terasa. Mungkin hanya perasaan.. Tapi tiap kali berlaku, tak kan masih perasaan? Tak tahulah..mungkin kekhilafan itu puncanya dari saya sendiri...

Melihat kepada cuaca yang hangatnya seakan menembusi setiap pelusuk bumi ini membuatkan saya terfikir akan sesuatu. Berjalan-jalan merentasi awan, akhirnya jatuh tanpa paksaan. Dunia penuh pancaroba, terseksa. Ais ketul-ketul berlagu, namun jiwa masih membeku. Hanya satu ungkapan yang pasti, sesungguhnya perasaan stress kini menghantui.Kenapa?

(Izinkan saya untuk meluah perasaan seketika.Hehe)

~Ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala, keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini...~


Hmmh...Inilah manusia.. Tengok orang lain gembira, kita juga nak gembira.. Tengok orang lain ketawa, kita juga nak ketawa. Tengok orang lain huhahuha sini sana, kita pun mahu ikut serta. Tapi bila orang berduka, belum tentu lagi orang akan membantu. Apabila orang kecewa, belum tentu lagi ada yang ingin bertanya kenapa ini dan itu.

(Seorang yang kesunyian.. Yang merindui teman..)

Saya adalah saya. Bagaimana saya, itulah saya. Dipergunakan bila perlu. Kerana sifat yang suka diam membisu. Tapi bila mula bercakap, dengarnya suara berbatu-batu.
Saya adalah saya. Bagaimana saya, itulah saya. Mempergunakan orang lain juga pernah. Cakap orang pernah tak endah. Terima balasan kerana tahu salah. Cuba menjadi sebaik-baik ummah.

Bila difikirkan kembali, kenapa berlaku macam ini..yes! Itulah jawapannnya. SILAP KAU SENDIRI!
Seringkali saya menyatakan yang setiap yang berlaku adalah ujian. Tak lupa kepada surah Al-Baqarah ayat 216 yang selalu menjadi penyokong tika apa jua yang berlaku. Mungkin, ada pembaca (kalau ada... tak ada tak apa..) yang kata, saya menulis tak ada idea. Kerana setiap entri yag dibuat, 2 itu mesti ada. Wajib. (tp tengok tajuk la. Hehe) Nak kata apa lagi, dah memang betul pun kan.

Entri saya kali ni tak payah baca la. Ayat berterabur. Inilah namanya ayat budak stress...


dah. nanti edit. bai.
assalamualaikum...
???????



Friday, July 19, 2013

percaya hanya pada-Nya....

Assalamualaikum....
Selamat Berpuasa Ramadhan semua... (belum terlambat kan?hehe...)

Alhamdulillah...sekali lagi diberi kesempatan untuk jari ini kembali menari-nari di atas setiap aksara yang tetap setia menanti di atas papan kekunci ini...

Setelah sekian lama menyepi...akhirnya hari ini saya kembali... Saya adalah blogger yang tak aktif seperti blogger2 yang lain. Melihat kepada follower yang tetap sama dan tidak berganjak dari dulu membuatkan perasaan ingin berkongsi rasa kian padam kian hari yang mendatang. Tapi tak mengapa... tak payah pentingkan follower. Yang penting, apa yang nak disampaikan.. (kadangkla terfikir jugak, blog ni orang tak pernah jumpa ke?hehe...)

Kini, saya dah jadi budak tingkatan 6..
TINGKATAN 6! Satu institusi yang selalu tak dipandang orang. Bila bercakap tentang tingkatan 6, orang mula menyengetkan muka masing-masing. Seolah-olah memandang hina kami yang bergelar BUDAK FORM 6 ni.. Bila cakap pasal MATRIK...ye... saat itulah orang mula menunjukkan riak minat masing-masing... Kenape ek jadi macamtu?

Sebenarnya...di mana pun kita belajar ni tak penting... Bukan nama tempat belajar yang kita perlukan...tetapi apa ilmu yang kita dapat. kalau belajar sampai ke luar negara pun, tak ada kesungguhan dan keyakinan..tak jadi jugak kan?

Kawan saya yang betul-betul rapat dari dulu semua dah pergi jauh tinggalkan saya. Ada yang ke matrik..ada yang ke U... ada yang dah nak ke Korea taun depan (wah!jeles...) saya ni lah yang tetap ambik jalan lama. Masuk form 6. Lepas SPM hari tu saya tak isi UPU pun.bila orang tanya kenapa, saya senyum dan jawab, "lupa". Jawpan yang mudah kan? Tapi hakikat sebenar kenapa saya jawab macamtu, biarlah hanya Allah yang tahu.

Seringkali, saya selalu tak dapat bila saya nak satu-satu benda yang betul-betul saya inginkan.. Waktu itu saya mula jadi tak tenteram, gundah gulana. Stress!! Dan ketika saat saya seperti itu, nasihat sang kakak yang tidak jemu mengingatkan saya supaya mengingati surah Al-Baqarah ayat 216 membuatkan semangat saya kembali mendatang. Anggukan kepala mula menjelma. Alhamdulillah.. setiap apa yang berlaku itu ada hikmah. InsyaAllah...

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kami menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and ye know not.

Tak apalah...rezeki Allah itu Maha Luas. Tak ada dekat sini, ada dekat sana. Kan? Janganlah anggap ini semua sebagai musibah dan kita terus nak berputus asa bila dapat ujian sekecik kuman tu. Ingatlah, Allah menguji kita kerana Allah tahu kita mampu. Kalau kita betul-betul tak mampu, mengadulah hanya pada-Nya. (Tak perlu pada boyfriend awak yang tak tau akan kekal ke mana..Hehe,,)


Sekian saya bicara saya yang akan ada pembaca jika diperkenankan oleh-Nya..
Assalamualaikum...
Laila Saedah...
Jalgayo!
Bai...

Thursday, March 21, 2013

SPM

Assalamualaikum...

masih 8 follower..x apela..hehe,,

Hari ni..saya dapat keputusan SPM..
teruk..waa...
haha...
teruk tak teruk mana la tapi bagi saya teruk..

balik rumah kena marah..
result tak seperti apa yang dihajatkan..
nak tau kenapa?
addict sangat dengan cerita adam hawa..
belajar pun tak nak..
padanlah result macamtu,,,
huhu,..

tak apalah..
barang yang lepas jangan dikenang..
tapi tak kenang susah jugak..

kadangkala..perkara macam gini lah perlu dikenang selalu..
agar jadi peringatan betul tak?
hehe..
segala kejadian yang berlaku pasti ada hikmah..
jangan risau...
huhuhu...

ok..babababai...
sekian sahaja entri saya yang cukup ringkas hari ni,
Assalamu'alaikum... =D

Monday, March 18, 2013

Bersabarlah Wahai Hati.....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.r.t... =)

Hmm..kali ini jariku menari lagi... Post yang kedua untuk tahun 2013. Kedua- menjadi pertama. Kenapa? Sebab post yang sebelum ni saya dah padam atas sebab-sebab yang tertentu..

Jiwa kacau.. Hati terusik.. Hanya Tuhan yang tahu betapa hiba dan pilu serta pedihnya rasa saat ni. Berderai-derai air mata tumpah ke bumi. Tangisan berlagu pilu. Tanpa rentak yang syahdu. Letih rasanya untuk tangan ini mengesat air jernih yang tak henti-henti tumpah sejak beberapa hari ni.

Kepada siapa lagi untuk saya berkongsi rasa derita? Kosong.. Hanya panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Minta dilembutkan hati kami yang masing-masing keras macam batu ni, minta dirapatkan dan diperkuatkan silaturrahim antara kami. Tak tahan rasanya hidup sebegini. MasyaAllah... Baru je Allah bagi ujian sebesar kuman ni, dah tak tahan. Layakkah benda ni dipanggil ujian? Tak kot rasanya..

Itulah manusia kan.. Sikit-sikit tak tahan.. sikit-sikit tak tahan.. Ini ujian Allah bagi kat kita.. jadi, nak tak nak kita kena terima.. InsyaAllah dengan izin-Nya, kita akan beroleh pahala daripada berjuta kesabaran yang kita taburkan.

Macam mana pulak dengan Nabi Muhammad S.A.W dulu? BAginda lagi banyak diberi ujian yang sangat dahsyat dan hebat. Namun, baginda tetap tabah menghadapi, sebab baginda tahu yang baginda punya Allah. Allah yang berkuasa memberi, Allah yang berkuasa mengambil.

Apa yang berlaku ni sebenarnya semua adalah sebab kehendak-Nya. Allah bagi ujian dekat sesiapa sahaja yang dikehendaki. Kenapa? Sebab Allah tahu orang yang dipilih itu mampu menerima ujian yang dibagi. Selalu kita kata "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak lagi tahan untuk menerima ujian yang Engkau berikan ini Ya Allah..." Itulah kita tak tahu, sebenarnya kita mampu, cuma kita yang tak perasan yang kita mampu.

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang Dia lakukan, Segala apa yang Dia bagi dekat kita. Apa yang kita perlu lakukan, berdoa, bersyukur, bersabar. Cukup.

Mungkin ini adalah atas balasan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Saya adalah manusia yang penuh dosa dan noda. Bila difikirkan balik, kenapalah saya sanggup buat macamtu.. Mencemarkan apa yang dipinjamkan. Astaghfirullah...

Cuma saya berharap sekarang, agar Allah sama-sama mengampuni dosa kami, melembutkan hati kami, dan rapatkan silaturrahim antara kami. Saya tak suka hidup dalam keadaan kacau macamni. Saya nak kehidupan yang tenang dengan izin-Nya, Tuhan yang maha berkuasa.

Tak apalah. Mungkin Allah ada nak bagi sesuatu kebahagiaan daripada kesulitan yang saya alami sekarang. Sebagaimana ada tertulis dalam Al Quran, Surah Al-Baqarah ayat 216:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui.

Tak apa.. Allah ada. Kepada siapa lagi kita nak berserah kalau bukan kepada-Nya, kan? Betul tak?
Hmm...tak apalah.
Wallahua'lam bissawab.. =)


Wednesday, December 19, 2012

Keinsafan...

Bismillahirrahmanirrahim...



Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah


Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Ada petanda, apa rahsia


Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahMu

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini.. aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa dan pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan.. satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir..




Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 - Last day in time

Assalamualaikum..para sahabat semua.. semoga semua sihat n dirahmati Allah selalu.. InsyaAllah...

Oklah. Cer tengok tarikh hari ni. Cantik tak? 12.12.12.. Wow! Last day in time. Tak ada lagi dah kita jumpa tarikh macamtu lepasni. Takkan ada 13.13.13, 14.14.14, 15.15.15 n apa2 je la.. Mustahil akan ada.

So, dah tercapai ke azam korang tahun ni? Ke korang tak ada azam untuk dicapai? Hehe.. Saya ada azam. Dan budak2 badge saya pun mesti ada azam yang sama macam saya. Straight A's SPM. Betul tak? Berdebar2 rasa hati ni Allah je yang tahu. Tahun depan.. Kita tengok sapa yang berjaya, sapa yang kurang berjaya.. Hehe..

Terasa sedih pula bila dah nak meninggalkan tarikh penuh makna ni.. Tapi, kita tak punya kuasa untuk menghentikan waktu. Tak apalah. Sementara masih ada baki-baki masa ni, apa kita kita cuba capai azam yang belum tercapai tu..

Sampai di sini saja entri yang tak seberapa hari ni. Huhu.. oklah.. Babai..
Assalamualaikum...