Allahu Akbar

si comel sekalian

Thursday, October 3, 2013

RUNNING MAN EDISI PENGGUNA... DAEBAK!!

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Nampak tak tajuk di atas? Dahsyat tak bunyinya? Haha..

Sebenarnya semalam sekolah saya (SMK LUNDU) ada buat explorace kepenggunaan.. Jadi, saya selaku 'orang tertinggi' dalam pengurusan fikir macammana cara nak attract orang. Dan saya teringat pasal Running Man yang mana cerita tu cerita Korea yang paling saya minat. Minat sangat. Dia sebenarnya bukanlah cerita.. Macam...explorace jugak lah. Apa yang buat saya tertarik dekat Running Man tu sebab cerita tu lawak. Pelbagai kejadian yang berlaku tanpa skrip. Seronok!

So..Alhamdulillah.. Ramai yang menjerit bila borang sampai ke tangan mereka bila tengok perkataan 'Running Man' tu. Saya letak kat situ hantar selewat-lewatnya 26 September dan tarikh kawan-kawan saya edarkan borang tu pada 24 September. Beberapa minit selepas itu... dah banyak dah borang penyertaan yang sampai ke tangan kami. Enjoy!

Jadi semalam 2 Oktober 2013... Running Man Edisi Pengguna bermula..

Sebelum tu, satu kejadian yang tak diingini berlaku.. klu2 yang kami dah sediakan terpaksa dirombak balik sebab banyak checkpoint tak dapat digunakan. Last minute! Kan budak PMR semalam. Sebenarnya Running Man tu nak dibuat pada 30 September, jadi ada beberapa masalah yang berlaku, terpaksa ditunda ke 2 Oktober.

Cerita pasal klu, saya dan kawan2 saya terpaksa cari checkpoint baru.. Tengok2 mana tempat yang patut dan rasa tempat tu sesuai.. Buat klu terus. Taip2 kat laptop (pinjam laptop kawan) pastu suruh cikgu print. Explorace yang dijangka start pukul 3.00 terpaksa dilambatkan kepada 3.30. Kesian tengok peserta2 berbaris dekat luar. Menunngu kami yang tengah kelam kabut masukkan klu dalam sampul dan siapkan barang untuk checkpoint2 yang sepatutnya.

Saya suruh kawan-kawan saya announce dari satu kelas ke satu kelas sebelum benda tu bermula..erm..paginya lah. Suruh diorang tunggu depan kelas kami pukul 2.30 dan diorang akan diberi taklimat pada 2.45 dan mulanya explorace tak kira orang cukup ke tak pada pukul 3.00 sharp! Dan habis pukul 5.

Tapi..disebabkan kejadian yang tak diingi berlaku semalam. diorang terpaksa start pukul 3.30. Bayangkan, sejam tunngu dekat luar. Saya rasa bersalah sangat-sangat sebab tak mampu urus dengan baik.



Bila dah start, satu lagi masalah muncul.. KLU TAK BETUL! ada group yang dah pergi tempat tu dan bila dpt klu lain diorang kena pergi tempat tu lagi. Saya dah panick tengok diorang. Yang paling mencemaskan adalah bila tengok diorang berlari dalam hujan. Tiba-tiba hujan. Lebat pulak tu. Kesian sangat. Dah lah klu tak betul.. kena pulak berlari dalam hujan. Sangat-sangat kesian.





Tanpa dirancang, tiba2 ada kaunter pertanyaan yang bertempat di surau. Haha.. kawan saya yang menjaga checkpoint tu cakap, "cakap kat dorang, kalau ada sesape yang sesat, datang dekat sini. Sini kaunter pertanyaan." Lawak! Haha.. Nak tau sapa? Elsa Faleeda binti Yuosff yang empunya nama. Sebut je nama dia kat SMK Lundu tu sape yang tak kenal. Bila saya panick semalam berapa kali dia suruh saya sabar. Haha.. Mana tak panick weyh kalau tengok dorang penat2 berlari dalam hujan macamtu. Dalam pada tu saya berfikir, baik suruh dia jadi ketua mula2.. Mungkin ada yang fikir ketua yang sepatutnya macam tak bertanggungjawab je. Tau nak suruh, nak suruh, nak suruh.Huhu..

Tapi.. Alhamdulillah lah. Segalanya berjalan dengan lancar lepas tu.. Saya dan kawan saya bersyukur sangat2 sebab tak ada berlaku pergaduhan, tak ada yang tension, stress apa semua tu. Semua diorang enjoy. Kami cuma takut diorang marah kami sebab tak dapat urus benda tu dengan cekap. Tapi, diorang ok.. Alhamdulillah...



Bila tengok balik kertas kerja yang saya buat and soalan2 & arahan2 yang saya dan kawan saya buat... Tak sangka. Kita dapat buat benda ni. Alhamdulillah...




Pengorbanan masa yang kami buat nampaknya tak sia2.. Kalau cikgu tak bantu, entah jadi ke tak ke explorace tu. Hehe.. Thanks kepada semua yang terlibat especially Cikgu Siti Srikuntanti dan Cikgu Abang Musa.. Dan rakan2 sekalian...



STESEN 1 : JOCELYN BIAH ANAK KADUM
                 : ELSA FALEEDA BINTI MOHD YUSOFF

STESEN 2: ERIC ANAK KERO
                 : ABANG ASWANDI BIN ABG SAWLI

STESEN 3: FARTIN NAZARIAH BINTI AFINDI
                 : SHARIFAH NUR SERIDA BINTI WAN AMIR

STESEN 4: KUZAIMAH BINTI PUTIT
                 : SITI NURAZENI BINTI KADRI

STESEN 5: SIM AH TANG
                 : JESSIVOON ANAK LIMBANG
                
STESEN 6: JELICA ANAK LIM ANN
                 : NACYLINE ANAK NUMBAN

STESEN 7: SITI HAFIZAH BINTI BUJANG (saya..hehe..)
                    : NURHAZIRAH BINTI MOHAMAD


Running Man.. Daebak! Awesome! Menakjubkan!!!!
Alhamdulillah semua dah selesai...
Segala yang baik itu hanya datang dari Allah S.W.T..
Segala yang buruk datangnya dari kami semua..
Salah dan silap yang kami lakukan mohon diampunkan...
Segala kejadian ini ada hikmahnya..
Maafkan kami Ya..
=)
Babai...

Tuesday, July 30, 2013

~Wahai Hati~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.r.t...

I'm back.. Hehe... Kali ini..biar tinta yang membuka langkah kata-kata yang takkan habis ditelan bumi... Biarpun jari ini telah mendendangkan rentak langkahnya yang rancak di papan kekunci ini, namun hati tetap rasa membeku. Terdakang cair dek panasnya suasana yang membakar hari...

Mungkin hanya pada fikiran, terkadang terasa untuk menitis lagi air mata ini.. Sanggup mereka melakukan hal yang sebegini... Saya juga manusia yang tahu untuk meluahkan rasa, kerana tidak mungkin seorang manusia itu tidak mempunyai perasaan. Hanya inilah tempatnya... luahan kata-kata terus bertaburan... Namun air mata ini.. masih lagi tidak mampu untuk mengalir.. Sakit!

Hanya Allah yang Tahu....
Mengapa begini jadinya..
Hanya Allah yang Tahu..
Mengapa begini sakitnya...

Meskipun orang bertanya, insya-Allah hanya akan dijawab dengan senyuman...
Kerana diri ini..pasti akan terus membatu....

*Aku juga punya jiwa..!




Monday, July 22, 2013

RaMBuT SengEt BeLah Tepi

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamu'alaikum warahmatullah....
(Tajuk entri xde kaitan dgn ape yg nak dicerita eh. Awal ku madah. Hehe..)

Hmm... Tika hari ini... tika waktu ini... Sepi sungguh terasa. Mungkin hanya perasaan.. Tapi tiap kali berlaku, tak kan masih perasaan? Tak tahulah..mungkin kekhilafan itu puncanya dari saya sendiri...

Melihat kepada cuaca yang hangatnya seakan menembusi setiap pelusuk bumi ini membuatkan saya terfikir akan sesuatu. Berjalan-jalan merentasi awan, akhirnya jatuh tanpa paksaan. Dunia penuh pancaroba, terseksa. Ais ketul-ketul berlagu, namun jiwa masih membeku. Hanya satu ungkapan yang pasti, sesungguhnya perasaan stress kini menghantui.Kenapa?

(Izinkan saya untuk meluah perasaan seketika.Hehe)

~Ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala, keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini...~


Hmmh...Inilah manusia.. Tengok orang lain gembira, kita juga nak gembira.. Tengok orang lain ketawa, kita juga nak ketawa. Tengok orang lain huhahuha sini sana, kita pun mahu ikut serta. Tapi bila orang berduka, belum tentu lagi orang akan membantu. Apabila orang kecewa, belum tentu lagi ada yang ingin bertanya kenapa ini dan itu.

(Seorang yang kesunyian.. Yang merindui teman..)

Saya adalah saya. Bagaimana saya, itulah saya. Dipergunakan bila perlu. Kerana sifat yang suka diam membisu. Tapi bila mula bercakap, dengarnya suara berbatu-batu.
Saya adalah saya. Bagaimana saya, itulah saya. Mempergunakan orang lain juga pernah. Cakap orang pernah tak endah. Terima balasan kerana tahu salah. Cuba menjadi sebaik-baik ummah.

Bila difikirkan kembali, kenapa berlaku macam ini..yes! Itulah jawapannnya. SILAP KAU SENDIRI!
Seringkali saya menyatakan yang setiap yang berlaku adalah ujian. Tak lupa kepada surah Al-Baqarah ayat 216 yang selalu menjadi penyokong tika apa jua yang berlaku. Mungkin, ada pembaca (kalau ada... tak ada tak apa..) yang kata, saya menulis tak ada idea. Kerana setiap entri yag dibuat, 2 itu mesti ada. Wajib. (tp tengok tajuk la. Hehe) Nak kata apa lagi, dah memang betul pun kan.

Entri saya kali ni tak payah baca la. Ayat berterabur. Inilah namanya ayat budak stress...


dah. nanti edit. bai.
assalamualaikum...
???????



Friday, July 19, 2013

percaya hanya pada-Nya....

Assalamualaikum....
Selamat Berpuasa Ramadhan semua... (belum terlambat kan?hehe...)

Alhamdulillah...sekali lagi diberi kesempatan untuk jari ini kembali menari-nari di atas setiap aksara yang tetap setia menanti di atas papan kekunci ini...

Setelah sekian lama menyepi...akhirnya hari ini saya kembali... Saya adalah blogger yang tak aktif seperti blogger2 yang lain. Melihat kepada follower yang tetap sama dan tidak berganjak dari dulu membuatkan perasaan ingin berkongsi rasa kian padam kian hari yang mendatang. Tapi tak mengapa... tak payah pentingkan follower. Yang penting, apa yang nak disampaikan.. (kadangkla terfikir jugak, blog ni orang tak pernah jumpa ke?hehe...)

Kini, saya dah jadi budak tingkatan 6..
TINGKATAN 6! Satu institusi yang selalu tak dipandang orang. Bila bercakap tentang tingkatan 6, orang mula menyengetkan muka masing-masing. Seolah-olah memandang hina kami yang bergelar BUDAK FORM 6 ni.. Bila cakap pasal MATRIK...ye... saat itulah orang mula menunjukkan riak minat masing-masing... Kenape ek jadi macamtu?

Sebenarnya...di mana pun kita belajar ni tak penting... Bukan nama tempat belajar yang kita perlukan...tetapi apa ilmu yang kita dapat. kalau belajar sampai ke luar negara pun, tak ada kesungguhan dan keyakinan..tak jadi jugak kan?

Kawan saya yang betul-betul rapat dari dulu semua dah pergi jauh tinggalkan saya. Ada yang ke matrik..ada yang ke U... ada yang dah nak ke Korea taun depan (wah!jeles...) saya ni lah yang tetap ambik jalan lama. Masuk form 6. Lepas SPM hari tu saya tak isi UPU pun.bila orang tanya kenapa, saya senyum dan jawab, "lupa". Jawpan yang mudah kan? Tapi hakikat sebenar kenapa saya jawab macamtu, biarlah hanya Allah yang tahu.

Seringkali, saya selalu tak dapat bila saya nak satu-satu benda yang betul-betul saya inginkan.. Waktu itu saya mula jadi tak tenteram, gundah gulana. Stress!! Dan ketika saat saya seperti itu, nasihat sang kakak yang tidak jemu mengingatkan saya supaya mengingati surah Al-Baqarah ayat 216 membuatkan semangat saya kembali mendatang. Anggukan kepala mula menjelma. Alhamdulillah.. setiap apa yang berlaku itu ada hikmah. InsyaAllah...

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kami menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and ye know not.

Tak apalah...rezeki Allah itu Maha Luas. Tak ada dekat sini, ada dekat sana. Kan? Janganlah anggap ini semua sebagai musibah dan kita terus nak berputus asa bila dapat ujian sekecik kuman tu. Ingatlah, Allah menguji kita kerana Allah tahu kita mampu. Kalau kita betul-betul tak mampu, mengadulah hanya pada-Nya. (Tak perlu pada boyfriend awak yang tak tau akan kekal ke mana..Hehe,,)


Sekian saya bicara saya yang akan ada pembaca jika diperkenankan oleh-Nya..
Assalamualaikum...
Laila Saedah...
Jalgayo!
Bai...

Thursday, March 21, 2013

SPM

Assalamualaikum...

masih 8 follower..x apela..hehe,,

Hari ni..saya dapat keputusan SPM..
teruk..waa...
haha...
teruk tak teruk mana la tapi bagi saya teruk..

balik rumah kena marah..
result tak seperti apa yang dihajatkan..
nak tau kenapa?
addict sangat dengan cerita adam hawa..
belajar pun tak nak..
padanlah result macamtu,,,
huhu,..

tak apalah..
barang yang lepas jangan dikenang..
tapi tak kenang susah jugak..

kadangkala..perkara macam gini lah perlu dikenang selalu..
agar jadi peringatan betul tak?
hehe..
segala kejadian yang berlaku pasti ada hikmah..
jangan risau...
huhuhu...

ok..babababai...
sekian sahaja entri saya yang cukup ringkas hari ni,
Assalamu'alaikum... =D

Monday, March 18, 2013

Bersabarlah Wahai Hati.....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.r.t... =)

Hmm..kali ini jariku menari lagi... Post yang kedua untuk tahun 2013. Kedua- menjadi pertama. Kenapa? Sebab post yang sebelum ni saya dah padam atas sebab-sebab yang tertentu..

Jiwa kacau.. Hati terusik.. Hanya Tuhan yang tahu betapa hiba dan pilu serta pedihnya rasa saat ni. Berderai-derai air mata tumpah ke bumi. Tangisan berlagu pilu. Tanpa rentak yang syahdu. Letih rasanya untuk tangan ini mengesat air jernih yang tak henti-henti tumpah sejak beberapa hari ni.

Kepada siapa lagi untuk saya berkongsi rasa derita? Kosong.. Hanya panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Minta dilembutkan hati kami yang masing-masing keras macam batu ni, minta dirapatkan dan diperkuatkan silaturrahim antara kami. Tak tahan rasanya hidup sebegini. MasyaAllah... Baru je Allah bagi ujian sebesar kuman ni, dah tak tahan. Layakkah benda ni dipanggil ujian? Tak kot rasanya..

Itulah manusia kan.. Sikit-sikit tak tahan.. sikit-sikit tak tahan.. Ini ujian Allah bagi kat kita.. jadi, nak tak nak kita kena terima.. InsyaAllah dengan izin-Nya, kita akan beroleh pahala daripada berjuta kesabaran yang kita taburkan.

Macam mana pulak dengan Nabi Muhammad S.A.W dulu? BAginda lagi banyak diberi ujian yang sangat dahsyat dan hebat. Namun, baginda tetap tabah menghadapi, sebab baginda tahu yang baginda punya Allah. Allah yang berkuasa memberi, Allah yang berkuasa mengambil.

Apa yang berlaku ni sebenarnya semua adalah sebab kehendak-Nya. Allah bagi ujian dekat sesiapa sahaja yang dikehendaki. Kenapa? Sebab Allah tahu orang yang dipilih itu mampu menerima ujian yang dibagi. Selalu kita kata "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak lagi tahan untuk menerima ujian yang Engkau berikan ini Ya Allah..." Itulah kita tak tahu, sebenarnya kita mampu, cuma kita yang tak perasan yang kita mampu.

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang Dia lakukan, Segala apa yang Dia bagi dekat kita. Apa yang kita perlu lakukan, berdoa, bersyukur, bersabar. Cukup.

Mungkin ini adalah atas balasan dosa-dosa yang telah saya lakukan. Saya adalah manusia yang penuh dosa dan noda. Bila difikirkan balik, kenapalah saya sanggup buat macamtu.. Mencemarkan apa yang dipinjamkan. Astaghfirullah...

Cuma saya berharap sekarang, agar Allah sama-sama mengampuni dosa kami, melembutkan hati kami, dan rapatkan silaturrahim antara kami. Saya tak suka hidup dalam keadaan kacau macamni. Saya nak kehidupan yang tenang dengan izin-Nya, Tuhan yang maha berkuasa.

Tak apalah. Mungkin Allah ada nak bagi sesuatu kebahagiaan daripada kesulitan yang saya alami sekarang. Sebagaimana ada tertulis dalam Al Quran, Surah Al-Baqarah ayat 216:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui.

Tak apa.. Allah ada. Kepada siapa lagi kita nak berserah kalau bukan kepada-Nya, kan? Betul tak?
Hmm...tak apalah.
Wallahua'lam bissawab.. =)