Allahu Akbar

si comel sekalian

Friday, December 18, 2015

KenANGan LAlu MengUSik JiWa

Assalamualaikum...

Fuhhhhhh.... berdebu......

Tak terasa kita dah nak ke penghabisan tahun 2015 dah rupanya....
Sekejap sungguh masa berlalu...

Masih teringat zaman dulu...

1995 aku dilahirkan..sesuci embun pagi...tiada dosa tiada noda..

2001 aku dikenalkan dengan namanya sekolah.. waktu itu mula belajar terpisah untuk beberapa jam dengan keluarga..
teringat lagi, waktu itu aku pernah menampar seorang budak perempuan sampai menangis budak tu..hahahha..entah kenapa aku tak ingat.,
main tarik-tarik rambut dengan kawan.. perkelahian itu biasa bagi penyarung baju biru yakni tadika..hikhik. punyalah gangster.. hahahaha..(*gelak keluar air mata)

2002-2007 aku ditukarkan ke baju putih kain biru gelap kehitaman..malu2 miaw bila nak berkenalan dengan kawan2 masa mula2 tu..hehe..
(sampai sekarang pun masih sama..hoho)
dalam tempoh tu, dah gatai pulak nak berpacaran... HAHAHAHAHAHA...
ayooo budak2...
tulis-tulis surat..
main buku biodata..
buku lagu...
tiap petang pergi sekolah untuk berlakon..saje2 nak berlakon..hahaha..
berlakon jadi doktor2,,jadi pesakit...
berlakon jadi budak U main langgar2 buku then jatuh chenta..hahahahhaaaa... lawaknyaa bila ingat balik..selalu jadi heroin dulu...hihi..
2007 tu UPSR..menangis macam apa sebab tak dapat 5A..

2008-2012 aku masih berbaju putih, namun kainnya biru cerah air laut..
2008, masuk 1B, kawan2 yang dapat 5A semua masuk 1A, kelas pandai... aku seorang diri dicampak ke kelas kedua..tapi setiap kali waktu rehat lepak dengan dorang..
2010, PMR..
ingat lagi, sekali lagi tak dapat straight A dan waktu tu kena marah kawan sebab result aku sama dengan 'sahabat baik' lah sangat aku tu..haha..
2012, SPM
memang tak target dapat straight sebab waktu tu banyak main dan leka dengan drama budus Adam&Hawa.. Punyalah minat sampai mak suruh belajar pun tak nak belajar.. Sekali hambek ko result cemane..hahaha...
dan sekali lagi dia memarahi aku...sebab result 'sahabat baik' aku tu lagi tinggi dari aku... aku cuma sengih-sengih garu kepala....nak buat apa lagi..itu je ler yang aku mampu..

2013-2014...aku tetap menyarungkan baju putih dan kain biru air laut tatkala kawan2 lain dah banyak yang menyarungkan baju kurung dan tshirt...
down sangat waktu tu...sebab kita STPM je..
bila raya, terpaksa pekakkan telinga dengar orang bercerita pasal U (tak sabar2 nak ambik diploma), matrik, maktab, spa....
kita ni Form 6 je siapa nak layan...
ramai yang tanya, kenapa tak apply U..aku cuma menggeleng..
malas nak menjawab, sudah takdir aku di FORM SIX!
dan makcik, pakcik... yang membiayai saya tu mak bapak saya.,
tak pakai duit org lain sesen pon..
dan saya yakin dengan sekadar FORM 6 ni, saya akan dapat masa depan yang lebih best...
buktinya

kini 2015
saya di sini..
di mana?
di sinilah..hehehe..
di tempat yang semua orang ingin masuk...
siapa kata masuk FORM 6 tak ada masa depan?

adik2 lepasan SPM tu...tak payah lah nak mengejar sangat 'tempat yang orang pandang'... kita masuk dekat 'tempat yang org tak pandang' pon dah boleh jejak kaki ke sini dik oi...

jangan masuk matrik..belajar dari pagi sampai ke petang yang dah nak malam, jadual pack, n xde assignment n korang xtau pasal referencing..yang best korang dpt elaun..tu je..
jangan masuk U ambik diploma.. rugi masa korang je.. tak sabar sangat nak masuk U.. saat korang masih bertungkus lumus nak mengejar diploma, kawan2 korang yang form 6 dah sedap2 duduk degan bakal degree..
jangan masuk asasi..sebab korang akan pressure sama tahap dengan budak ambik degree..
masukla form 6...jimat masa dari diploma..sama masa dengan matrik kalau yang ambik PDT (program dua tahun) tu, sama level dengan asasi sebab dekat Form 6 diajar pasal individual assignment, group assignment and paling best korang tau apa itu referencing! yang bestnya Form 6, korang akan tetap rasa korang budak sekolah, dapat main2 lagi n banyak rilex...cikgu ajar satu2 nak buat assignment...banyak aktiviti best2..apa lagi korang nak?

apa yang korang dapat dekat FORM 6 korang takkan dapat dekat TEMPAT YANG ORANG BANGGAKAN yakni U(dip), MATRIK, ASASI mahupun POLI..

bukan nak ngutuk tempat2 tu...
cuma sakit hati dengan orang yang suka kutuk FORM 6...

itu sajelah coretan kali ini...
saya nak final exam tak lama lagi...
doakan saya ye.. ^^

maafkan segala salah dan silap saya serta ketelanjuran kata yang sengaja atau tak disengajakan...
babai..
semoga berjumpa lagi... hihi

Wednesday, October 7, 2015

haNya AkU~

Assalamualaikum...

Hati saya sekarang ni membeku bila melihat sang kehidupan... Terkadang bertanya pada diri, kenapa tak dapat nak terima yang namanya takdir itu sedangkan apa yang berlaku itu, Allah sudah tentukan?

Tatkala dirundung masalah, tatkala itu juga syaitan gemar memasuki rongga-rongga pemikiran. Merosak pandangan dan perasaan. Merosak fikiran dan harapan.

Sungguh, tiada masalah yang besar berlaku pada saya di sini melainkan CEMBURU pada SAHABAT.

Terkadang, saya berfikir sendiri.. untuk apa saya cemburu? Semua orang berhak menentukan hidup masing-masing dan semua orang ada kehidupan masing-masing. Jadi, mengapa perlu cemburu?
Betul kan?

Bahaya, jika ada yang gemar memendam perasaan seperti saya ni.. Hehe. Saya adalah seorang yang tak gemar bercerita secara face to face kepada orang tentang masalah saya. Jika mahu bercerita pun, saya akan Whatsapp orang itu. Susah untuk saya bercerita secara berdepan kepada siapa-siapa pun.
Dan, jika saya tak mahu bercerita, saya akan luahkannya di Moment Wechat saya.
Seringkali orang katakan pada saya.. 'Jangan gemar marah-marah di Wechat.' Hahaha. Saya hanya mampu ketawa.

Saya ada ramai kawan yang gemar ketawa dan menyembunyikan masalah mereka. Teringin juga nak menjadi seperti mereka. Yang happy go lucky kata orang..
Entah mengapa.. ramai orang takut nak bercakap dengan saya.. Bila ditanya kenapa, dorang cakap, muka saya macam sedang marah. -__-

Sedih juga bila terima komen sebegitu. Sudah diciptakan muka macamni, nak buat macammana kan? Hihi.

Berbalik pada kes cemburu di atas...saya fikir mungkin silap saya sendiri...
Perangai saya sendiri..
Bila saya suka berkawan dengan seseorang, dan rapat dengannya.. tiba-tiba dia berkawan dengan seorang yang lain..dan dia rapat dengan orang itu...cemburu itu mula datang...dan saya akan menjauhkan diri...
Bila menjauhkan diri, semakin kuat pula rasa cemburu itu timbul..Haha..

Minggu depan, sorang housemate saya nak bermalam di suatu tempat yang entah apa namanya sebab nak buat assignment, mengkaji orang pedalaman di sini. Entah kenapa saya berasa marah, bila dia kata begitu. Saya rasa ditinggalkan.

Dan, pada masa yang sama, roommate saya pun cakap yang dia nak bermalam di bilik kawannya dan dia suruh saya tidur sorang-sorang, itu pun saya rasa marah. Sekali lagi saya rasa ditinggalkan. Namun kemarahan itu cuma terpendam dalam diri, saya tak cakap dekat dorang yang saya rasa marah. Saya cuma pendam.

Pelik kan saya?

Kemudian, saya memotivasikan diri sendiri...

Kawan itu tak selamanya kekal. Sekarang ada, esok pasti hilang. Sekuat mana pun kau sayang mereka, kau pasti akan ditinggalkan. Biarlah dorang nak ke mana-man pun. Siapa kau untuk menentukan apa yang boleh, apa yang tidak pada mereka.
Kau sayang mereka sebesar gunung Himalaya, mungkin dorang sayang kau sebesar kereta kancil. Nobody knows.kan? hihihi.

Kenapa perlu rasa kosong bila tiada mereka. kenapa perlu rasa risau kerana takut ditinggalkan? Mereka itu cuma manusia. Manusia.

Sepatutnya, yang perlu kita risau itu bila satu saat kita tidak 'dihiraukan' lagi oleh yang Maha Pencipta,,, Allah yang Maha Kuasa.

Berubahlah. Matanglah. Jangan masih ada fikiran kebudak-budakan.
Berubahlah, Siti. Ubah,
Dah besar kan? =)

Saturday, September 26, 2015

WELCOME BACK TO SCHOOL!!!

Assalamualaikum ya sahabat sekalian...
Berdebu dah nampaknya blog saya ni... Sungguh banyak sawang menyawang yang menyinggah.. hehehe..

Kerana kekangan masa dan internet, saya tinggalkan blog ni.. macamtu je.. kesian encik blog ..hihi..

Alhamdulillah.. 26 hari sudah saya bergelar pelajar kembali... benda yang memang tak ada dalam kepala saya untuk sambung di sini..
Impian itu ada, tapi entah kenapa saya tak gembira..
Hmm..
Tapi ini takdir.. saya perlu akur dan terima...
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.. yang saya tak tahu..kan..

Hidup sebagai seorang pelajar banyak masalahnya...
Tapi masalah itulah yang boleh mematangkan diri kita..
Cukuplah sampai di sini..
Nantilah sambung lagi..huhu...
Sekian,
Salam sayang dari saya,
empunya nama Maksu Siti..
Moga berjumpa lagi.. ^^

Tuesday, March 24, 2015

CERPEN - CINTA ITU~ ^^

"15 minit satu pasangan. Uish. Dahsyatnya." Dhia mengomel sendirian sedang matanya tak lepas memandang skrin laptop itu.

"Apa yang dahsyat?" Tanyaku yang baru nak melelapkan mata di depan ruang tamu ini, Bosan cerita malam ni. Tak ada satu pun yang best. Mana lah mata tak mengantuk.

"Ni.. purata masyarakat Malaysia bercerai, 15 minit satu pasangan, Dahsyat kan?" Dhia menjawab soalan tanpa memandang si penanya soalan.

"Tak dahsyat sangat lah. Jiran aku baru seminit kawen terus bercerai. Lagi dahsyat." Jawabku dengan selamba. Berdekah-dekah Dhia ketawa. Aku memandangnya dengan mata kuyu, Aku buat lawak ke tadi?

"Macammana boleh jadi macamtu?" Tanyanya yang masih ada sisa-sisa tawa. Dia mengelap air mata yang keluar. Lawak sangat ke apa yang aku cakap tadi?

"Orang ketiga datang membantah lepas lelaki tu lafaz akad. Bila lelaki tu tanya perempuan tu siapa yang membantah tu, perempuan tu kata, tu ex-boy dia. terus kena talak 3."

"Talak 3??" Dhia ketawa lagi terbahak-bahak. Eh eh, dia ni. Orang cerita sedih, dia dok gelak pulak.

"Kenapa kau gelak? Kesian kat jiran aku tu, laki tu dah kena penjara sekarang atas cubaan membunuh laki yang bantah perkahwinan dorang tu." Dhia terdiam.

"Kau cerita kes betul ke ni? Aku ingat kau buat lawak." kali ini dia tak ketawa. Malah mukanya seakan terkejut. Akibat dari terkejut, maka dia terkentut. Chet! tak senonoh betul.

"Betul lah. Ingat aku main-main apa?" Patutlah gelak bukan main lagi. Ingat aku buat lawak rupanya.

"Eh. Ishh." Dia menggaru-garu tengkuk yang tidak gatal. "Ehh. Seram betul aku. Macammana nak kawen ye sekarang ni? Seram betul lah, Baru seminit kawen dah terus kena talak 3. Eee.. meremang bulu roma aku ni," sambungnya lagi sambil menggosok-gosok kedua-dua belah lengannya.

"Kawen je kah. Kau nak seram apa? Kau ada kekasih gelap ke?" Giliran aku pula untuk tersengih.

"Tak adalah macamtu. Cuma aku takut je, nanti kalau aku kawen, apa-apa jadi dekat perkahwinan aku tu macammana?" Dia berkerut, mungkin berfikir,

"Bahagia je..kalau ada iman. Simple as kacang." Aku tersenyum memandangnya yang masih berfikir,
"Kau nak kawen dengan siapa? Ustaz Jordan?" Pertanyaanku yang tiba-tiba itu membuatkan dia tersentak. Membulat matanya memandangku. Ups?! Aku salah cakap ke? Kenapa reaksi dia macamtu?

"Aku dah break la dengan dia." Jawab Dhia. Eh? Break? Dah kenapa pulak? Haritu masa dekat pantai bukan main memuji lagi ustaz Jordan tu. Tiba-tiba break?

"Kenapa?"

"Sebab aku baca moment kau kat Wechat."

"Moment aku? Yang mana satu?"

Dia tersenyum, meletakkan laptop di tepi, ambil handphone samil menggosok-gosok skrin telefon itu. Lalu membaca sesuatu.

"Jika kita mencintai seseorang, dan cinta itu boleh membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, itulah sebenar-benar cinta. Tapi, jika kita mencintai seseorang dan cinta itu membuatkan kita sentiasa ingin dekat dengannya, tak boleh kehilangan dia walaupun sekejap, asyik terfikir-fikirkan dia malah menjarakkan kita dengan Allah, percayalah, cinta itu palsu dan cinta itu NAFSU!"

Aku tersenyum memandangnya yang tengah buat muka comel tapi tak comel langsung tu,

"Dari moment tu lah aku tersentap. Aku discuss dengan ustaz Jordan tu, aku nak break dengan dia, Pastu dia marah-marah aku, dia tanya kenapa? Dia tengking aku, beb. Mak bapak aku pun tak pernah tengking aku macamtu. Kau tengoklah, dia pun konon je kan cinta aku sebab Allah. Sebenarnya cinta dia cinta nafsu. Kalau betl dia cinta aku sebab Allah, dia akan redha, dan tak mungkin akan tengking aku macamtu. Lepas hari tu, kita orang dah tak contact lagi. Aku pun sekarang lebih tenang bila tak ada dia."

"Aku ada baca moment kau lagi.." Dhia menyambung.

"Untuk apa kita sibuk berfikir tentang masa depan;- siapa jodoh kita, macammana kedudukan kita, apa kerja kita, siapa mak bapak mentua kita, sedangkan itu sebenarnya perancangan masa tua yang sememangnya dah ditentukan sejak kita dalam perut lagi. Tapi kenapa kita taknak berfikir tentang masa depan kita yang sebenarnya, masa depan di akhirat sana. Banyak mana pahala kita, ibadat kita ada berkat dan rahmat atau tak, belah mana tangan yang akan kita terima buku amalan kita nanti dan sebagainya. Itu yang patut kita fikirkan.

Aku sungguh tersentap di situ wahai kawanku." Tergelak aku mendengar tutur katanya yang persis zaman Kesultanan Melayu Melaka tu. Hahaha.

"Aku cakap pasal kau tu." Rupanya seakan terkejut. "Aku geram waktu tu. Kau tak habis-habis buat moment pasal 'Luv U Mr.Jodoh'. Buhsan tau tak, buhsan..Hahaha" Mukanya masam macam mengkarung ungu.

"Kau laser kan sekarang." Dia menunjukkan penumbuk padaku, aku membalas dengan menjelir lidah padanya. Kemudian, kami sama-sama ketawa.

"Beb, sebenarnya aku nak ucap terima kasih dekat kau, pasal haritu kau marah aku dekat pantai. Aku tak sedar aku dah buat silap. Betullah kata kau, aku ni bangga diri. Sangat-sangat bangga diri. Terima kasih sebab sedarkan aku yang dah terpesong jauh selama ni."

Matanya berkaca, mulutnya cebik sedikit. Macam nak menangis tapi ditahan. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Tak payah nak terima kasih dekat aku. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Aku cuma luahkan perasaan aku je. Hehehe.. Sori sebab aku marah kau sangat-sangat hari tu. Aku sebenarnya memang dah lama nak cakap tapi tak jumpa masa yang sesuai. Cuma haritu terluah tanpa sengaja. Sori eh."

"Aku bangga diri." Suaranya perlahan, hampir tak kedengaran. Mukanya ditundukkan 180 darjah. Eh, macammana tu? Heheh. Lantas, aku duduk di sisinya lalu memeluknya. Teresak-esak dia menangis.

"Dah la. Takyah nangis. Buruk lah muka kau nangis. Macam nenek kebayan tau tak." Semakin kuat pula dia berteriak lepas aku kata dia nenek kebayan. Satu hal lagi nak memujuk. Huhu...

Cinta yang Allah beri itu indah. Jika kita mencintai Allah sungguh-sungguh, pasti cinta kita akan kurang sa...ngat-sangat pada dunia. Seolah-olah kita dah tak berminat dengan drama dunia yang sia-sia. Allah berikan kita dunia ni bersebab, tak lain tak bukan semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Mencari redha-Nya, bukan murka-Nya.

Hijrahla kepada Allah, dengan sebenar-benar hijrah. Hijrah diri, hijrah hati. Tak perlu tunjuk dekat orang.. 'Weyh, aku dah berubah.' Tak perlu... Cukup hanya Allah yang Tahu..

Jangan letak dekat Facebook pulak yang anda dalam proses hijrah. Takut lari niat tu. Elok-elok ikhas, jadi riak pulak. Huhu.. Buat apa-apa, biar kerana Allah. Ingat tu.. =D

~TAMMMMAT~

*cerita ini hanya rekaan semata-mata...tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih mati..hehe,,,cuma cerita untuk pengajaran bersama.. ^^


Tuesday, March 10, 2015

cerpen - AKU YANG BERHIJRAH...


Dari tadi dia asyik menekan-nekan skrin telefon itu. Sekejap-sekejap tengok, sekejap-sekejap tengok. Muka pun dah macam Chimpanzi dah. Last-last dihempapnya handphone itu di atas  meja.

"Kau dah kenapa?" Akhirnya, aku yang dari tadi memerhati pun bersuara.

"Benci dia ni. Kata nak call, tak call-call jugak. Whatsapp pun tak. Entah mana dia pergi tah. Pergi jumpa perempuan lain agaknya. Menyampah betul aku.!" Hidungnya dikembang kempiskan akibat kemarahan yang diluah-luahkan. Kalau tadi aku tengok dia macam Chimpanzi, sekarang ni dah tahap Baboon dah.

"Ada kerja kot." Kataku dengan tenang sambil mengirup udara segar.

"Ada kerja apa benda? Tadi dok rilek whatsapp aku, aku suruh call tiba-tiba hilang macamtu je. Sah-sah dia ada permpuan lain!" Dia mengipas-ngipas dirinya dengan tudung labuhnya. Aik cik kak, panas kewww???

"Siapa pakwe kau? Ammar?"

"Ehhh..tolong sikit. Kaki lepak tu? Pakwe aku? Kau ingat dia layak ke? He is not my cup of tea ok! Pakwe aku ni ustaz, belajar agama tinggi sampai Jordan." Bongkak bunyinya berbicara. Tangannya semakin laju mengipas.

"Abeh tu kalau Ammar tu bukan cup of tea, cup of apelah? Coffee? Milo? Vico?" Aku memerlinya. Tak taulah dia faham ke tak.

"Wain! Ehh.. dia tu tak layak tau untuk aku. Dah la tak ada kerja. Muka tak hensem. Ada hati nak dekat aku. Arak tu haram untuk kita kan? Sama lah dia bagi aku. Haram!

Aku ni anak yang warak. Semua orang kenal. Mak bapak aku, walaupun bukan ustaz ustazah, tapi dorang ada pengetahuan agama. Walaupun tak kaya tapi adalah jugak harta sikit. Dia tu apa yang ada? Tak ada kerja tapi nak pikat aku? Tolong sikit..

Orang belajar agama tak tinggi macamtu tak sesuai dijadikan suami. Suami kena mendidik isteri supaya pandai. Kalau aku kawen dengan kaki lepak, agama tak tinggi, aku nak jadi apa?

Dia tu kena sedar diri sikit. Aku ni siapa. Semua soal agama dekat tangan aku. Aku tau semua hukum hakam dalam agama. Ni, kau tengok tudung yang aku pakai ni. Labuh! Kain yang selalu aku pakai kat muka tu apa? Purdah! Niqab! Cuma harini je aku lupa nak pakai. Kalau aku kawen dengan dia, apa orang kata? Jatuh taraf aku sebagai seorang wanita solehah!"

Dia meletakkan handphone di dalam tas tangan. Bersiap-siap macam nak pergi dari sini.

"Rupa-rupanya ini agama ajar kau. Bongkak, riak, ujub, takabbur. Aku tak tau pulak dalam agama ada ajaran macamni." Giliran aku untuk bersuara setelah bernanah telinga menyediakan kerelaan mendengar bebelannya yang tak berasas.



Dia memberhentikan pergerakannya, Aku dapat lihat dari sisi mataku, Dari tadi mataku hanya tertancap pada sang ombak yang tak jemu mengaum.

"Rupa-rupanya ini perasaan orang yang berhijrah sebab trend. Rupa-rupanya... Aku baru tau." Aku tersenyum memandangnya. Dia berkerut. Mulutnya terbuka, macam nak cakap sesuatu tapi tak jadi,

"Rupa-rupanya, hijrah kau sebab kau nak memandang rendah pada orang lain. Rupa-rupanya hijrah kau sebab nak tunjuk dekat orang yang kau alim. Rupa-rupanya..."

Hanya perkataan itu yang aku ulang dengan nada yang sinis. Dia mencampakkan tas tangan di atas pasir. Aku ambil, membuang debu dan pasir lantas meletakkan kembali dia atas meja. Nafasnya turun naik memandangku.

"Kau cakap baik-baik sikit. Aku berhijrah sebab nak dapat redha Allah. Kau jangan nak fitnah aku!" Matanya membulat bagai mahu menerkam aku yang di depannya ini.

"Ohh..rupa-rupanya..." Gelas yang berisi air kelapa dia genggam kuat. Aku menyambung lagi.

"Untuk redha Allah.. Baguslah kalau betul macamtu. Aku sangat kagum dengan sikap kau yang berusaha untuk pakai tudung labuh. Dulu kau free hair. Sekarang kau tutup habis, Sampai muka semua kau tutup. Bagus, Jadi wanita solehah. Tak memandang dan tak dipandang.

Untuk redha Allah...kau belajar sungguh-sungguh. Setiap ceramah kat tv kau tak tinggal. Kuliah-kuliah agama pun kau ikut. Sampai haritu kau bercerita dekat aku, kau sampai bertekak dengan mak kau sebab dia suruh kau pergi beli bawang sampai kau terlambat pergi kuliah. Kau buat untuk dapat redha Allah.. Sangat bagus.

Banyak hadis kau hafal. Hadis soheh, hadis dhaif, hadis mauduk semua kau hafal. Kalau berbahas memang top. Kau berbahas dengan dalil. Al-Quran kau hafal dengan maksud-maksud dia sekali.

Pernah aku tengok kau salam dengan orang lelaki. Bila aku pandang, kau kata kalau dekat majlis tak apa sebab darurat. Lepastu kau keluarkan dalil. Sangat bagus, Tapi aku terlupa pulak nak tanya kau dari kitab mana kau dapat dalil tu.

Aku selalu dengar kau bercerita dekat aku pasal kisah-kisah nabi, sahabat, macam-macam lagi. Kau ajar aku macam-macam.

Tapi mungkin aku ada tertinggal sesuatu. Aku tertinggal pasal ajaran riak, takabbur, ujub atau dengan kata mudah, berbangga diri. Sheikh mana ajar kau eh?"

Dahinya masih berkerut. Wajahnya masih masam. Cuma dadanya tidak lagi berombak seperti tadi. Tak kedengaran lagi nafasnya yang turun naik.

"Pernah aku tengok kau marah budak free hair yang lepak kat bus stop. Macam-macam ayat dan hadis yang kau keluarkan. Akhirnya kau malu sebab dorang tu Christian.

Perangai macamni memalukan islam kau tau tak. Kau nak tunjuk pada semua orang yang Islam tu macam perangai kau? Menunjuk-nunjuk? Dakwah tak kena tempat? Macamtu? Dulu orang respect orang Islam. Tapi sekarang ni, ada ustaz ustazah ekspress, ustaz ustazah trend yang berdakwah kadang-kadang tak kena tempat, pastu memandai buat hukum sendiri sampai semua orang jadi keliru dengan Islam.

Orang Islam yang sentiasa menyalahkan orang lain. Salah sikit semua kafir, semua kafir, tapi tak sedar salah sendiri. Orang islam yang kononnya sentiasa amalkan perkataan Husnu Zhon tapi hanya pada perkataan, bukan pada maksud. Husnu zhon tapi dalam masa yang sama, buruk sangka dengan orang lain.

Kau buat status dakwah setiap hari, orang semua memuji dan kau bangga. Kau letak gambar selfie, setiap aktiviti agama yang kau buat, Kau catat dalam facebook setiap kebaikan yang kau buat.

Kau tahajjud, kau dhuha, kau hajat, kau istikharah, kau baca Al-Quran. Post gambar menangis sambil pegang Al-Quran. Post gambar tangan pegang tasbih sambil duduk di sejadah.

Kau kata kau berhijrah untuk dapat redha Allah?"

Dia menundukkan kepalanya. Mungkin terkesan sedikit dengan bebelan aku tu. Aku menyambung lagi.



"Islam tak pernah ajar kita untuk berbangga diri. Tak akan masuk syurga beb, orang yang ada dalam hatinya rasa riak walaupun secebis. Islam ajar kita rendah diri. Tanamkan rasa kehinaan tu. Kita hamba yang kekurangan. Semua yang ada pada kita ni milik Allah semata. Kita tak ada apa-apa."

Kali ini, nadaku rendah. tak seperti tadi. Dia masih menunduk. Aku alihkan kerusi dan duduk betul-betul di hadapannya. Tangannya aku pegang. Genggam rapat.

"Aku tak ada kawan sebaik kau. Aku tak ada kawan yang boleh berkongsi dengan aku kisah agama. Hanya kau seorang. Aku berubah pun sebab kau. Kau tau keadaan keluarga aku kan macammana? Kami serba kekurangan, kami tak tau apa-apa. Lepas aku kawan dengan kau, hidup aku berubah. Mak ayah aku berunah. Adik beradik aku berubah. Kami jadi lebih tenang.

Tapi kadang-kadang...aku rasa keliru. Kenapa aku pakai tudung? Kenapa aku ikut kau join usrah, pergi kuliah, dengar ceramah agama apa semua. Aku keliru. Aku takut, akan timbul jugak rasa riak dalam diri aku lepas aku berhijrah. Riak tu syirik beb. Syirik!

Memang tak nafi, lepas aku sarungkan tudung ni, rasa jelek aku hadir pada orang yang masih free hair. Aku rasa berdosa sebab dorang tak mampu berubah macam aku. Hati aku dah tercemar dengan titik hitam. Aku tak tau, berapa banyak lagi titik hitam yang akan timbul lepas ni. Sekarang ni pun dah terasa berat,

Berubah, berhijrah... tak semestinya bila orang berubah dia confirm ahli syurga. Tak semestinya bila orang sarungkan kain di kepala, di muka, dia confirm tak akan pijak neraka. Sedangkan orang yang syahid, mati kerana nak menegakkan agama Allah pun boleh masuk neraka, Semua tu sebab riak. Riak. Bangga diri,

Dalam kita tak sedar, kita sebenarnya berubah untuk dipandang, untuk dipuji. Cuba renung kembali, untuk apa ni kita post status dakwah?

Bila berhijrah, maka kaki-kaki lepak semua kita kena pandang jelek, Bila dorang mengorat kita rasa mereka membawa kita ke neraka. Bila pak ustaz ngorat kita rasa he is the one, yang boleh membawa kita ke jalan syurga.

Beb, kita sama-sama berkenalan balik. Jom, kita jadi orang yang baru lahir di muka bumi ni. Kita jadi orang yang baru, Kita kena berubah. Hijrah kita dulu sebenarnya bukan hijrah. Kita riak. Jom, kita berhijrah balik."

Tiba-tiba dia mendakapku. Erat. Tangisannya tak terkawal lagi. Apa yang aku tau, balik nanti aku nak cuci betul-betul tudung ni. Confirm kena hingus! Yucks! Haha.

"Aku mintak maaf....." Tersekat-sekat suaranya, akhirnya dia meleraikan pelukan.

"Minta maaf dengan taubat. Minta maaf pada Allah. Bukan pada aku. Jom, kita buat solat taubat"

Dia mengangguk-anggukkan kepala.

"Tapi..." dia memandangku, menunggu aku menghabiskan perkataan.
"Jangan masuk Facebook pulak.. 'Alhamdulillah, selesai solat taubat. Syukran Ya Allah.' " Mulutku mengejek. Dia menampar bahuku lalu ketawa.

Aku dan dia sama-sama meninggalkan pantai itu. Aku merenung lautan itu, sambil menunggu dia menghidupkan enjin kereta.

Jauh di sudut hatiku, aku sangat berharap yang Dhia akan berubah. Betapa aku tak suka melihat perangainya yang terlalu berbangga diri itu. Aku menegur bukan maksudnya aku nak cakap, aku baik. Tak. Tapi sebagai seorang kawan, aku harus menegur sikapnya sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Hidayah itu dari Allah jua. Kita sebagai manusia tak berhak menentukan ukur hidayah seseorang. Aku hanya berhak untuk menegur setakat mana yang mampu, sebagai seorang kawan.

"Syaf! Masuklah. Tak nak balik ke?"

"Okey." Perlahan-lahan aku masuk ke dalam kereta. Dengan seribu pengharapan. Ini hanya permulaan untuk hari yang baru. InsyaAllah.


~TAMMMMMAT....~ =)


*cerita ini hanya rekaan semata-mata...tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih mati..hehe,,,cuma cerita untuk pengajaran bersama.. ^^