Allahu Akbar

si comel sekalian

Tuesday, November 27, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 3)


Assalamualaikum...
saya dah bercerita banyak tentang pandangan dari sudut sains dan sejarah tentang ketawa. Kali ni, saya akan berceita tentang ketawa dari pandangan sudut agama pula...

Ini adalah antara keburukan ketawa sepertimana yang saya telah janjikan untuk dikongsi bersama hari tu. Silakan baca wahai para sahabat yang disyangi sekalian...

"Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak ketawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya.

Ibnu Mas'ud meriwayatkan daripada Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W tidak tertawa melainkan tersenyum simpul dan tidak suka meleret, iaitu tidak menoleh kecuali dengan semua wajahnya.

Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa terbahak-bahak adalah makruh. Maka, seseorang yang sihat akal dilarang untuk bergelak ketawa berlebihan kerana mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat dan orang yang banyak menangis di dunia akan tertawa terbahak-bahak di syurga. (Menangis di dunia kerana takutkan Allah, menyesali dosa-dosa lampau, bukan keran teman lelaki atau benda yang tidak berfaedah)

Menurut Yahya bin Muaadz ar-Razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seorang mukmin:
- Kerana memikirkan akhirat
- Kesibukan mencari keperluan hidup
- Risau memikirkan dosa
- Apabila timbul musibah dan bala

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak aka banyak ketawa kerana banyak ketawa bukan sifat seorang mukmin.

Seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas a.s
"Sesiapa yang ketawa ketika membuat dosa maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka"

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid al-Qadari (seorang yang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata:
"Engkau berbicara tentang ilmu. Aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya. Maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan gelak ketawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan sesiapa yang meninggalkan gelak ketawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan sesiapa yang tidak meninginkan kekayaan maka ia akan dicintai"
(Hadis Sahih)

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya seperti berlawak jenaka yang mana seseorang itu akan berlagak dan mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata:
"Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T murka padannya lali murka Allah itu merata kepada orang-orang di sekitarnya, yang tetawa bersamanya. Jika seseorang itu berkata kalimah yang diredhai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperoleh juga oleh orang di sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain ketawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka Wail.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Neraka Wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai dan neraka Wail itu untuk dia"
(Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim.)

Dalam hadis itu Rasulullah S.A.W mengulang kalimah 'neraka wail untuk dia' sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak ketawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat nilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa terbahak-bahak dan menari-nari utnuk melalaikannya.

Maka itu, kita perlu awasi daripada bergelak ketawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahayanya:
- Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal
- Memberanikan orang bodoh kepada kita
- Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti ia telah memuntahkan ilmunya
- Melupakan dosa-dosa lalu
- Melupakan mati dan akhirat
- Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati
- Menaggung dosa orang yang tertawa kerana tertawakan kita
-Akan banyak menangis di akhirat"


sumber ni saya peroleh dari Ukhuwah.com. Rasa bersalah pula hati ini apabila telah melakukan kesilapan dengan mengajak sahabat sekalian untuk ketawa. Maafkan saya ye. Saya insan yang jahil. Saya hamba Allah yang masih punya banyak keburukan. Dan sedang mencari keredhaan dari-Nya... InsyaAllah..

ada satu lagi, para sahabat juga boleh pergi ke cerita mengenai larangan ketawa di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm . InsyaAllah...banyak ilmu yang dapat kita peroleh...

Yang buruk dari saya, yang baik dari Allah jua...
InsyaAllah...sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik daripada yang terbaik.. =)
Assalamualaikum....


Sunday, November 25, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 2)

Assalamualaikum....
seperti yang saya dah janjikan haritu, saya akan sambung episod ke2 utk cerita pasal ketawa kan..hehe. kepada sesiapa yang nak baca lagi boleh klik di situ sahaja..

Baiklah, kali ni saya akan menyambung pula tentang cerita yang lebih menarik lagi..

Sebenarnya, ketawa pada zaman Dinasti Han di China sekitar tahun 206 Sebelum Masihi hingga 220 Masihi merupakan satu hukuman kepada pesalah. Haa....dahsyat tak dahsyat... Hukuman ini dianggap sebagai hukuman 'terhormat' sebab tidak meninggalkan sebarang kesan seperti parut dan luka pada tubuh mangsa dan mangsa juga boleh pulih daripada hukuman tersebut dengan tempoh yang amat singkat, iaitu sebaik sahaja tamatnya tempoh hukuman.

Tapi, geletek bukan sebarang geletek. Bukan macam geletek 3-4 minit. Sebaliknya, pesalah akan diikat dan digeletek berjam-jam, sampai terkencing dan kejang-kejang urat dibuatnya! Dan untuk pengetahuan semua sebnarnya, hukuman sebeginilah hukuman yang paling menyeksakan antara banyak-banyak hukuman dim luar sana.

Hukuman geletek juga dijalankan pada zaman Rom Purba dahulu. Berbeza dengan negara China yang mengenakan hukuman dengan menggeletek mangsanya di seluruh badan, zaman Rom Purba ini hanya menjalankan hukuman di bahagian kaki mangsa sahaja. Caranya, kakai si pesalah atau mangsa ini akan direndam dengan air garam terlebih dahulu selama berjam-jam supaya terasa masin. Pelik? Memanhg pelik...

Nak tahu kenapa kaki pesalah ini direndam dengan air garam terlebih dahulu? Ha...ni adalah sebab untuk menarik minat kambing bobok untuk menjilatnya. Ish...gelinya. Bayangkan sahaja kalu kita yang menerima hukuman sebegitu. Apa agaknya reaksi kita ye? haha..

Sambung..disebabkan berasa sedap,si kambing bobok tersebut mulala berasa semakin sedap dan bertindak menguyah-nguyah dan menggigit-gigit pula kaki mangsa samapi luka-luka. Dan pada ketika dan saat inilah, hukuman yang menggelikan itu menjadikan hukuman yang MENGGERIKAN dan MENYAKITKAN.....
hukuman ini hanya akan berakhir jika kaki mangsa sudah tidak berasa masin lagi sebaliknya diganti dengan luka dan darah......

saya search google dan ini rupa kambing bobok tu. tapi saya tak pastilah sama ada ni rupa kambing bobok sebenar yang dimaksudkan...rasa macam bukan je...



comel kan? macam muka siapa agak-agak? hehe..

macam-macam pula cerita pasal ketawa ni.. rupa-rupanya, selain menghiburkan, ketawa juga boleh menyakitkan. Fakta mengatakan kalau ketawa lebih kita akan mengalami sakit otot pula. Oleh sebab itu, kalau nak ketawa tu, berpada-pada lah ye..

Sebenarnya, ketawa ni banyak keburukan. Nak tahu keburukannya? Tunggu episod yang ke tiga... =)

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. Wallahu a'lam...
Ma'assalamah..

Friday, November 23, 2012

Selamat Berpuasa Assyura.... =)

Assalamualaikum para sahabat sekalian...
Bismillah....

Alhamdulillah...hari ni kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi yang indah lagi aman yang Allah ciptakan ni. Bersyukur sangat rasanya sebab kita berpeluang untuk sama-sama menjejaki 9 Muharram dan insyaAllah 10 Muharram esok.. Kenapa saya cakap macamtu? Mungkin ramai yang tidak tahu dan kalau ada yang sudah tahu, Alhamdulillah...

Hari ni, kalau ada yang berkesempatan pagi tadi, saya nak ucapkan selamat berpuasa Assyura bagi umat Muhammad yang sedang menunaikan kewajipan mereka..

Selalunya, kalau tiba hari Assyura, pasti akan ada jiran saya yang lebih mesra dipanggil Ngah Nah berkunjung ke rumah kami dan memberi semangkuk bubur Assyura untuk kami sekeluarga nikmati bersama. Enaknya...MasyaAllah, tak dapat diceritakan. Sedap. Tapi, hari ni, kami tak dapat lagi merasakan buburnya, kerana dia tidak ada di kampung kami. Khabarnya, dia sedang sakit. Sama-samalah kita berdoa untuk kesihatannya.

Bercerita tentang Assyura, sebenarnya orang selalu tak tahu dan salah faham tentang Assyura ni. Saya ada lawati ke website  Iluvislam dan Alhamdulillah, banyak jawapan yang saya peroleh di situ. Selalunya,orang keliru puasa Assyura ni, hari apa sebenarnya. Ni,antara soalan dan jawapan yang diberikan.



1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Ada. Klik sini
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam


Itulah antaranya... jadi, persoalan semua dah dijawap. Kalau ada yang tak berpuasa hari ni sebab tak tahu atau keliru tentang hari puasanya bila, InsyaAllah para sahabat semua boleh berpuasa esok hari. InsyaAllah.. banyak kelebihan yang boleh kita peroleh.

Sekian saja dari saya. Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.
Maassalamah Wailalliqa'... =)


Thursday, November 22, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 1)

Assalamualaikum....
huhu...

kadang-kadang kita tertawa...kadang-kadang kita berduka...ada hari kita murung, ada hari kita bosan, ada hari kita tersenyum, malas nak stress, malas nak tertekan.,.
jadi,sekarang ni apa kata kita sama-sama release tension, pergi ambik angin kat luar..buat senaman sikit2..senaman mulut pun ok jugak..hehe..

yang tengah berduka tu, kembalilah ceria...kalau boleh, kita ketawa..biarlah orang kata kita gila.kita sihat, tak kacau mereka.

cerita mengenai ketawa, saya ada terjumpa beberapa artikel menarik yang saya rasa boleh untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.

jom baca... =)


FAKTA PASAL KETAWA....

  • ketawa boleh berjangkit
  • bayi mula ketawa seawal usia 17 hari. malah, bayi yang cacat penglihatan dan pendengaran pun boleh ketawa. Subhanallah....
  • kajian-kajian saintifik telah sepakat mengesahkan bahawa ketawa memberi kesan yang amat baik kepada kesihatan kerana ia membantu untuk...
- menurunkan tekanan darah
- menguatkan fungsi otot jantung
- menurunkan hormon stress
- melancarkan perjalanan darah
- meningkatkan kelenturan otot
- menambahkan bekalan oksigen di dalam tubuh dengan cara menguatkan lagi sistem pernafasan 
- meningkatkan fungsi imuniti tubuh dengan melonjakkan tahap pengeluaran sel T yang berfungsi menentang jangkitan , protein melawan penyakit (gammainterfon) dan sel B yang berperanan mengeluarkan antibodi menhapuskan penyakit
- meransang pengeluaran endorfin, iaitu ubat penahan sakit yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi
-menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia...

Subhanallah... begitu banyak kebaikan ketawa. Ha, dah tau fakta sahih pasal ketawa ni, apakata mulai hari ni kita ubah cara hidup kita dari murung-murung selalu ke bahagia-bahagia selalu...

bukan ni saja yang saya nak cerita,ada ba....nyak lagi kisah pasal ketawa! nak tau? tunggu....episod yang ke 2... =)


Sunday, November 18, 2012

(o_^)

Assalamualaikum....
Bismillah...

Terkadang diri rasa sepi, terkadang diri rasa hiba. Perasaan bercampur baur mula menguasai diri. Cuba melawan tiada daya. Cuba melangkah tiada kuasa. Namun, apa lagi yang diri ini mampu lakukan. Hanya mampu doa yang boleh dipanjatkan.

Esok, satu per satu lagi kertas yang akan tiba. Mencipta masa depan. Daku inginkan kejayaan, sama sekali tak mahu kegagalan. Harap apa yang diusahakan, menjadi kenyataan. InsyaAllah...

Dakukan cuba panjatkan doa kepada yang Maha Esa. Perasaan takut hanya Dia yang tahu. Siapa yang tidak takut jika mula masuk ke dewan pancaroba, jiwa berasa dingin bak di Gunung Everest. Tak mungkinkan cair segala 'salji' yang menutupi. Tak begitu para sahabat sekalian?? Hehe...

Rasanya, sampai di sini sajalah papan kekunci ini ingin menari mengikut rentak bunyi. Jom, ikut saya belajar. Menyesal di kemudian hari tak berguna. Baik berusaha sebelum jadi apa-apa. Dan yang paling penting, jangan sesekali mencuba untuk mengalah sebelum kalah! Okey....

Babai... Assalamualaikum... =)


* Apakah??Hehe...



Saturday, November 17, 2012

SeDarKah Kita Itu Apa SEbEnaRnya?

Assalamualaikum para sahabat yang dikasihi...

Belum terlambat rasanya untuk diri ini mengucap salam maal hijrah 1434 H meskipun sudah 3 hari tahun baru bermula..
Sudah terlalu lama rasanya jari ini tidak menari mempersembahkan tarian kata-kata. Manakan tidak, cahaya minda tidak mahu menerangi pentas idea supaya penonton berasa terhibur dengan tarian yang dipersembahkan. Hiba rasanya.. Tapi, hari ini jari ini berjanji, tarian yang bakal dipersembahkan mungkin akan menarik hati ke mari.


Terdetik di hati untuk mula melangkah ke aksara kata, bila diri ini inginkan cahaya. Mengharap masih ada ruang waktu untuk bersemuka dengan-Nya. Diri ini tidak mahu berada dalam kesesatan lagi. Cukuplah apa yang sudah terjadi sebelum ini. Dan diri ini sungguh berharap agar sinar itu pasti datang kembali. Menunggu.

Setiap hari, setiap detik akan pergi. Setiap hari, setiap waktu akan berlari. Namun, adakah kita sedar akan hal itu? Jiwa ini masih muda, jiwa ini masih remaja, jiwa ini masih belia. Tak mungkin jiwa ini akan pergi dan berlari mengikut waktu yang tak malu meninggalkan hari. Itu kata hati. Tanpa iman. Kemurungan. Apa yang dilakukan, sama sekali tak terkesan.

Bodoh jiwa ditiup sengsara. Tidak terasa. Walaupun terkadang merasa sepi, hiba, tak tenang, kelam, hitam namun, diri tetap EGO. Merasakan diri ini tersangat hebat. Hebat dari Sang Pencipta.

Segala yang diberikan, cuma pinjaman semata. Sedarkah kita akan hal itu? Mengapa selalu berasa sombong bagai kitalah yang terhebat di muka bumi ini? Mengapa? Angkara hati hitam,kelam mula menguasai diri. Semua yang kita peroleh sama sekali sebenarnya kita tak akan dapat. Tanpa keredhaan dan izin dari-Nya. Masih terasa sombong. Sombong dengan kekayaan, sombong dengan kekuasaan. sombong dengan pelbagai pemberitahuan kepadanya.

Setiap nafas yang kita hembus,yang kita sedut..adalah semata pinjaman. Tanpa keizinan, tanpa keredhaan, apa artinya semua ini? Kosong...tak bererti! Bersyukurlah kepada Tuhan yang Maha Esa. Tiada tolok bandingannya. Allahu Rabbi. Subhanallah!

Sedarkah kita, setiap kali kita berjalan, setiap kali itu waktu merintih, menangis? Kerana kita tak pernah sekalipun memberi ruang kepada diri, untuk membuka minda,berfikir. Sudah cukupkah apa yang kita lakukan sebelum ini? Sudah cukupkah amalan yang telah kita tabungkan? Sudah bersediakah kita untuk melangkah ke hadapan? Bertemu dengan Tuhan. Maha Penyanyang, Maha Pengasih, Maha Mendengar, Maha Melihat?

Jika diberi ujian sebesar kuman sekalipun, diri kita sentiasa menyalahkan-Nya.Memarahi-Nya kerana bagai sengaja memberi cobaan dan dugaan yang kita tak mampu untuk menerimanya. namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua itu berlaku, kerana Tuhan tahu kita itu mampu. Dan tatkala itu barulah kita tahu hendak berterima kasih, mengucapkan syukur tanpa merenung kembali kenapa hal itu terjadi.

Kita manusia yang sombong, bongkak. Gemar melakukan segala-galanya bagai tiada tarikh mati yang telah ditetapkan kepada kita. Larangan-Nya kita sengaja lakukan, suruhan-Nya sengaja kita tinggalkan. Merasa diri ini sudah cukup hebat untuk melawan kekuasaan-Nya. Sedarkah kita akan apa hal yang kita lakukan ini?

Astagfirullahal'adzim...

Kembalilah berfikir,muhasabah. Kita masih diberikan kesempatan di saat-saat terakhir yang memilu dan memalukan. Jangan tinggalkan waktu itu. Jangan biarkan waktu itu menitiskan air matanya lagi. Saat nafas sudah berada di penghujungan, bersyukurlah. Jangan jadikan saat itu menjadi titik permulaan untuk kita berubah. Kerana kita sudah terlambat dan waktu akan mentertawakan kita. Namun jadikanlah waktu itu sebagai tanda syukur kita kerana bakal bertemu dengan Cinta Sejati. Yang sudah lama menunggu kita hadir di sisi-Nya. Titisan air mata kesyukuran yang patut kita hadiahkan, bukannya air mata ketakutan untuk menggu hari pembalasan.

Kita masih punya waktu.
untuk...kembali. ke jalan yang benar, dan diredhai.
Bersyukurlah....
Kembalilah.... kepada Allah yang Maha Esa.
Allahu Akbar!


Salinan daripada seorang saudara, mungkin boleh dijadikan panduan bersama... silakan.





Aku teringat satu kisah mengenai seorang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, akan ada seorang hamba Allah yang sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak! Demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu!"

""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa!" jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang berdiri. Di situ hanya ada sia sendirian. Maka ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," Ujar malaikat.

"Aku yang melihat." Kata mata hamba Allah itu,
"Aku yang mendengar." Kata telinga.
"Aku yang menghidu." Kata hidung yang juga tidak ketinggalan.
"Aku yang merayu." Kata si bibir mengaku.
"Aku yang menghisap. " Lidah menambah.
"Aku yang meraba dan meramas." Tangan meneruskan.
"Aku yang dipakai untuk lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut." Kaki pula menyusul untuk berkata.

"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu." ucap malaikat.

Hamba Allah tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, kerana sebentar lagi ia bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahannam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Aku juga ingin mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan" kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalanya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahi dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba Allah yang bertaubat, walaupun selembar bulu mata sahaja yang terbasahi dek air matanya, ia sudah diharamkan dirinya daripada api neraka? Maka aku, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sehingga membasahiku dengan air mata penyesalan."

Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, hamba Allah tersebut lalu dibebaskan dari api neraka dan dihantarkan ke syurga indah yang kekal abadi. Sehingga terdengar suara bergaung daripada para penghuni syurga:
"Lihatlah, hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata"

Subhanallah.. Maha Suci Allah....


Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tangan-Nya pada siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat.
(Riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nah, apa yang kita tunggu lagi?


- Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar... - =)