Allahu Akbar

si comel sekalian

Tuesday, November 27, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 3)


Assalamualaikum...
saya dah bercerita banyak tentang pandangan dari sudut sains dan sejarah tentang ketawa. Kali ni, saya akan berceita tentang ketawa dari pandangan sudut agama pula...

Ini adalah antara keburukan ketawa sepertimana yang saya telah janjikan untuk dikongsi bersama hari tu. Silakan baca wahai para sahabat yang disyangi sekalian...

"Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak ketawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya.

Ibnu Mas'ud meriwayatkan daripada Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W tidak tertawa melainkan tersenyum simpul dan tidak suka meleret, iaitu tidak menoleh kecuali dengan semua wajahnya.

Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa terbahak-bahak adalah makruh. Maka, seseorang yang sihat akal dilarang untuk bergelak ketawa berlebihan kerana mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat dan orang yang banyak menangis di dunia akan tertawa terbahak-bahak di syurga. (Menangis di dunia kerana takutkan Allah, menyesali dosa-dosa lampau, bukan keran teman lelaki atau benda yang tidak berfaedah)

Menurut Yahya bin Muaadz ar-Razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seorang mukmin:
- Kerana memikirkan akhirat
- Kesibukan mencari keperluan hidup
- Risau memikirkan dosa
- Apabila timbul musibah dan bala

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak aka banyak ketawa kerana banyak ketawa bukan sifat seorang mukmin.

Seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas a.s
"Sesiapa yang ketawa ketika membuat dosa maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka"

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid al-Qadari (seorang yang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata:
"Engkau berbicara tentang ilmu. Aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya. Maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan gelak ketawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan sesiapa yang meninggalkan gelak ketawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan sesiapa yang tidak meninginkan kekayaan maka ia akan dicintai"
(Hadis Sahih)

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya seperti berlawak jenaka yang mana seseorang itu akan berlagak dan mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata:
"Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T murka padannya lali murka Allah itu merata kepada orang-orang di sekitarnya, yang tetawa bersamanya. Jika seseorang itu berkata kalimah yang diredhai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperoleh juga oleh orang di sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain ketawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka Wail.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Neraka Wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai dan neraka Wail itu untuk dia"
(Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim.)

Dalam hadis itu Rasulullah S.A.W mengulang kalimah 'neraka wail untuk dia' sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak ketawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat nilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa terbahak-bahak dan menari-nari utnuk melalaikannya.

Maka itu, kita perlu awasi daripada bergelak ketawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahayanya:
- Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal
- Memberanikan orang bodoh kepada kita
- Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti ia telah memuntahkan ilmunya
- Melupakan dosa-dosa lalu
- Melupakan mati dan akhirat
- Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati
- Menaggung dosa orang yang tertawa kerana tertawakan kita
-Akan banyak menangis di akhirat"


sumber ni saya peroleh dari Ukhuwah.com. Rasa bersalah pula hati ini apabila telah melakukan kesilapan dengan mengajak sahabat sekalian untuk ketawa. Maafkan saya ye. Saya insan yang jahil. Saya hamba Allah yang masih punya banyak keburukan. Dan sedang mencari keredhaan dari-Nya... InsyaAllah..

ada satu lagi, para sahabat juga boleh pergi ke cerita mengenai larangan ketawa di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm . InsyaAllah...banyak ilmu yang dapat kita peroleh...

Yang buruk dari saya, yang baik dari Allah jua...
InsyaAllah...sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik daripada yang terbaik.. =)
Assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment