Allahu Akbar

si comel sekalian

Friday, January 28, 2011

JIKA ALLAH TELAH TAKDIRKAN AKU KE NERAKA , AKU BUAT BAIK PON TAK GUNA

assalamualaikum..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Ucapan seperti di atas bukanlah apa y kita akan dengar saban hari. Namun , ianya tetap ada. Mungkin kita tak pernah dengar dgn telinga kita sendiri. Tak mengapalah. Y lebih penting , ini akan menjadi jawapan kepada kita sendiri atau juga kepada orang y mungkin mengajukan soalan begini pd kita pd masa hadapan.

Sebab mengapa mereka berkata begini agak mudah di fahami. Mereka adalah org y berputus asa pd ALLAH , dan juga bersangka buruk padaNYA. Tahukah kita , terdapat 2 JENIS TAKDIR? Y di sebut sebagai QADA' DAN QADAR. Itu adalah TAKDIR Y TETAP & TAKDIR Y BERUBAH (DGN IZINNYA)..

ALLAH y maha meliputi kuasa dan ilmu pengetahuannya, telah pun menetapkan bila kita lahir,nama,rezki,perjalanan hidup mati dan mana kesudahan kita. Dan semua pengetahuan itu tersimpan di sisi ALLAH hingga para malaikat juga tidak mengetahui. Namun walaupun ALLAH telah menetapkan segalannya bg kita, ALLAH juga mmberi izin kita berusaha dan mencorak hidup kita. Org jahat belum tentu akhirnya tetap jahat sperti mana org baik blum tntu baik smpai ke sudah. Sudah banyak kisah y kita dengar , ahli ibadat di campak ke neraka dan ahli maksiat aman di syurga. Kerana ALLAH menukarkan jln hidup mereka pd penghujung jln mereka.

Maknanya ALLAH MEMANG TELAH MENETAPKAN kemana kita pd akhirnya. Namun ALLAH jua berkuasa untuk menukarnya. Org y berkata ''jika ALLAH dah takdirkan aku ke neraka, buat baik pun tak guna'' , adakah dia tahu dia ke neraka? Dr mana dia dpt MAKLUMAT tersebut? Sedangkan malaikat y sentiasa berada di sisi ALLAH juga tidak mengetahuinya. Mungkin saja kerana kita rasakan kita adalah pendosa, tp ketahuilah , ALLAH itu maha luas rahmat keampunannya. Jika kita bertaubat dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh , tiada sebab kita di campak ke neraka. Kerana org y bertaubat itu adalah bersih. Jadi, tugas kita, bukan memikirkan syurga atau neraka y akan jd rumah kita, tp terus lah berusaha ,mnjadi mukmin y baik.

Kita tak masuk syurga kerana solat, tp siapa y nak masuk syurga, kena solat. Kerana solat itu adalah penghubung kita dgn ALLAH. Kita masuk dgn izin dan syafaat ALLAH. Jd , apakah org y tak baik dgn ALLAH , akan di izinkan ke syurga?.
Soal ini, agak rumit tuk di hurai secara tulisan , namun apa y wajib kita paham, ALLAH SEKALI-KALI TIDAK MENGZALIMI HAMBANYA. Malah setiap dr gerak kerja dan perbuatan di dunia akan di balas setimpal. Syurga dan neraka milik ALLAH. Dan ALLAH telah pun tahu berapa ramai dan siapakah penghuninya. Dan kita wajib beriman pd qada' dan qadar. Jd,jgn buruk sangka pd ALLAH. Teruslah berharap semoga dpt meraih syurga. Jika pun kita di takdirkan mnjadi ahli neraka, teruskanlah berdoa dan berbuat baik selari dgn tuntuan agama. Bukankah telah di katakan y 'doa adalah senjata mukmin'. Semoga dgn doa dan usaha kita itu, ALLAH mengurniakan syurga idaman, isyaALLAH.

TUHAN PUNYA KUASA.
MNUSIA PUNYA ASA.

SEGALA PUJI YANG TERTENTU PADA ALLAH.






-COPY DARI SAHABAT (someone..)

Saturday, January 22, 2011

LIMA JARI....

=)






dalam diam aku tersenyum,
melihat dia duduk di situ,
berbunyi tanpa suara
,hanya si bisu mengundang tawa..


Si lima yang setia bersatu,
jariku,
tak ada yang ingin hilang,
tak ada yang ingin pulang,
kerana mereka suka berlima,
tak ada yang akan memisahkan mereka,
kecuali takdir yang datang sahaja..


Si lima ini sentiasa menari,
sentiasa berlari,
sentiasa berjalan merentasi hari..
Berduka dia bersama,
bersuka dia bersama,


Lima jari,jarang bersembunyi,
kerana mereka suka tunjukkan gila,
kerana mereka suka tunjukkan satu dunia,
bahawa mereka sahabat,
takkan berhenti,
kerana mereka sahabat,selamanya abadi..



LIMA JARI..YANG KU SAYANGI..

Wednesday, January 19, 2011

WUDHUK DI TANDAS? & isu-isu berkaitan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Isu ini nampak remeh , namun sebenarnya ia tidaklah seremeh yang di sangka ramai. Kadang-kadang perkara kecil yang kita terlepas pandang dr belajar hukumnya seperti ini akan memberi impak yang besar pd kita. Jadi , mari lah kita bersama-sama mengambil tahu , walau sekecil apa pun darihal ugama kita sendiri. InsyaALLAH. Saya harapkan pandangan dan teguran dr tuan2, sahabat saya sekalian.

Tiada sebarang khilaf di kalangan ulama' berkenaan larangan menyebut nama ALLAH dan kalimat2 suci yang lain di dalam tandas. Kerana tidak layak bagi tandas y kotor (walaupun bersih sehingga boleh di buat tidur,namun hukumnya tetap kotor) untuk di sebut nama ALLAH yang maha mulia itu di dlmnya.

Memandangkan kita pastilah berwudhuk (kecuali bg yang tak sembahyang) setiap hari , maka sila ambil perhatian akan hal ini. Bg y bekerja (siang), mereka akan berwudhuk sekurang-kurangnya 2kali sehari , zohor dan asar.. Dan biasanya pejabat ada tersedia ruang solat dan pastilah tandas untuk berwudhuk. Disini persoalannya bermula.
Boleh kah berwudhuk dlm tandas? Sahkah?

Pertamnya , KENAL PASTI JENIS TANDAS.
1-jika tandas itu, memang adalah 'tandas' (qada hajat)(sperti di pejabat2) maka beberapa perkara harus di perhatikan.
-Pastikan lantai tandas itu bebas dr sebarang najis , besar atau kecil.
-anda MESTILAH MEMBACA BASMALLAH DI LUAR TANDAS , YAKNI DI MUKA PINTU TANDAS. TIDAK BOLEH MEMBACANYA DI DALAM TANDAS.

2-kamar mandi . Sekiranya kamar mandi ini ,fungsinya hanyalah untuk mandi,maka tiada sekatan atau halangan untuk berwudhuk dan membaca BASMALLAH di dalamnya ketika hendak memulai wudhuk..

3-ruang qada hajat & mandi sekaligus. Ada 2 katogeri tandas jenis ini.
-Jika antara ruang mandi dan ruang qada hajatnya adalah sekaligus , maka hukumnya adalah tandas-seperti no 1 di atas.
-ruang mandi dan qada hajat di pisahkan oleh dinding , walaupun hanya setinggi 1 kaki , sudah di kira 2 ruang y berbeza. Maka boleh untuk di baca BASMALLAH ketika hendak memulai wudhuk. Dalam semua jenis tandas di atas WUDHUKNYA ADALAH SAH. NAMUN HARUS DI JAGA ADAT2NYA KERANA BERWUDHUK ITU ADALAH SATU IBADAH.

SESETENGAH ULAMA' JUGA MENYATAKAN HARAM BERWHUDUK DLM KEADAAN TELANJANG.(mmg ada kes begini. Sudah mandi,trus wudhuk tanpa bertuala).

HAL2 BERKAITAN.

Ada sesetengah org memakai cincin,loket y tertera nama ALLAH ATAU KALIMAH SUCI Y LAIN. Sesetengah ulama' menyatakan TIDAK BOLEH MENJADIKAN KALIMAH SUCI INI SEBAGAI PERHIASAN TUBUH KERANA KESUKARAN MENJAGANYA DAN JUGA ORG AWAM Y TIDAK TAHU HUKUM-HAKAM BERKENAAN NYA.
Tetapi,jika y berkeras mahu memakainya , anda harus berhati2 dlm pemakaian nya supaya kesuciannya tidak tercemar.
Bagi cincin y tertera kalimah suci itu, jika masuk ketandas, cincin itu hendaklah di pusingkan kedalam. Maksudnya kalimah suci itu berada di dlm genggaman.
Jika loket,masukkan ia kedalam baju. Tidak boleh mendedahkan kalimah suci itu pd ruang tandas secara terbuka.
Bg y menjadikan nya sebagai wallpaper hp,maka masukkan hp kedalm poket. Jika tiada poket, pastikan hp berada dlm keadaan y tidak menunjukkan kalimah itu.
Jika y menjadikan skin laptop,masukkan saja kedalm beg,jika bimbang di tinggal di luar tandas. Jika tiada beg, terbalikkan laptop itu supaya kalimah itu tidak terus dpt di pandang dgn sekilas pandang.

Kesimpulannya, kepada y memakai aksesori kalimah ini, berhati2 menjaganya. Jika anda rasa tak mampu menjaganya, maka hindarkan dr memakainya. Itu lebih aula bg anda.


Yang baik dan sempurna dr ALLAH,y lemah dan kurang itu,adalah kelemahan kita semua.
Ambil y baik, tinggalkan y buruk.


wallahhualam... =)

(diambil dengan izin =D )

Monday, January 17, 2011

muzik pancawarna....

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim...

sebelum ni saya ade mengeposkan bab nyanyian dlm khdpn..kali ini meh same2 kita bace ttg muzik plak...ni note dr rakan fb dan diambil dengan izin...silakan..



Firman ALLAH ''SESUNGGUHNYA ALAT MUZIK Y BERTALI DAN BERLUBANG ITU ADALAH SERULING-SERULING SYAITAN''. Inilah kehebatan Al-Qur'an y meliputi segala sesuatu dr sebesar perkara menubuhkan negara islam hngga sekecil perkara seperti muzik di bicarakannya, masyaALLAH.

Baiklah. Paham kita dr ayat ini ialah, alat muzik y bertali dan berlubang itu adalah HARAM. Namn perkara ini mempunyai khilaf y panjang di kalangan ulama'. Tetapi kita tidak akan membicarakan tentang khilaf itu. Kita akan mengambil pendapat y paling kuat di kalangan jukhur ulama' , insyaALLAH.

-bg GOLONGAN ZAHIRIAH (kaum y mengambil zahir ayat sahaja) maka semua alat muzik y bertali dan berlubang itu HARAM DALAM APA JUA KEADAAN.

-namun, dalam mazhab yang 4, ade sedikit kelongaran, baik dlm mazhab Syafi'i sendiri atau Maliki. Kita pergi kepada perkara asas dahulu, y turut melibatkan penyanyi dlm istilah muzik it sendiri.

-penyanyi lelaki-HARUS dlm bnyak keadaan. HARAM dlm stengah keadaan.
-penyanyi Wanita-HARAM dlm bnyk keadaan. HARUS dlm sedikit keadaan.

-bermain muzik pula,walau ape instrumen sekalipun, jika hanya untuk mnghiburkan diri sendiri,mengisi masa lapang dan TIDAK PULA MENGHALANG DR MENGERJAKAN IBADAT WAJIB SPRTI SOLAT DAN PUASA DAN ZAKAT DAN HAJI, MAKA HUKUMNYA HARUS.

-jika bermain muzik itu,lagunya mensyirik kan ALLAH,maka hukumnya HARAM.

-jika bermain muzik itu, menyebabkan kita dan org lain jd lalai dr ALLAH,ketika itu hukumnya berubah menjadi HARAM.

-jika dengan bermain muzik itu mnyebabkan org datang (konsert) lalu meninggalkan solat, dan bercampur pula lelaki dan perempuan y ajnabi, maka HARAM dan kita memikul sama semua dosa para penonton y datang itu.

-jika kita peminat muzik, lalu pergi ke konsert y kita PASTI , MMG AKAN BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN, maka HARAM PERGI. Juga jika lagu2 nya mensyirikkan ALLAH.

-jika kita (LELAKI) peminat, y menyanyi itu adalah WANITA ..dan kite pergi ke konsertnya, maka HARAM ,kerana ALLAH MELARANG KERAS WANITA MENINGGIKAN SUARA DI KHALAYAK Y ADA LELAKI. (perkara ini tidak di bahaskan oleh ulama' sebab ade nas y jelas tentang pegharamannya). Sedangkan untuk melaungkan azan(perkara agama) pun tidak di benarkan bg perempuan , melainkan jika dlm khairiah itu hnya ade wanita shaja, atau dlm rumah sendiri y semuanya mahram.

Kesimpulannya, menceburi bidang muzik TAK SALAH, NAMUN MUDHARATNYA LEBIH BESAR DR MANFAAT. Sekadar mendengar tidaklah membawa dosa besar, namun dosa2 kecil y di lakukan secara berterusan boleh membuatkan hati menjadi malap. Dan sekiranya anda ingin menjadikan industi muzik sebagai mata pencarian, ingatlah ''PENDAPATAN NYA HALAL (DLM KEADAAN TERTENTU) , NAMUN IA NYA TIDAK BARAKAH (KALAU SALAH CARA BOLEH JD HARAM). AAKAH ANDA TEGA MENYUAPKAN MULUT ANAK ISTERI ANDA DENGAN HASIL Y 'KURANG BARAKAH' ITU?. Pokok y baik tumbuh dr benih,tanah dan air siraman y baik jua.

Sy akan menambah baikkan artikel ini jika anda dpt memberikan input input y lebih baik. Ini sekadar ape y sy paham dan boleh di anggap pandangan peribadi. .

Jika terdapat kesalahan fakta, sy dengan senang hatinya akan membaiki.
Y baik itu dr Allah. Y jahil itu sy.
Wallahu 'alam


Wednesday, January 12, 2011

TIKA DIRI DISAPA IZRAEL...

Assalamualaikum para sahabat yang dikasihi sekalian...
Bismillahhirrahmanirrahim...

petang2 macamni...panas kan.
tambah2 lagi sekarang ni bumi semakin ke hari kematiannya..
kita?bila lagi?
adakah sama usia kita dengan bumi yang ingin ke penghujungnya?
tak tau...jawapannya ada pada Allah S.W.T....

sebelum kita hidup,kita dah buat PERJANJIAN 4 PERKARA dengan Allah S.W.T
-banyak mana rezeki yang Allah nak kurniakan kepada kita
-siapa jodoh kita kelak
-takdir kita tatkala hidup bagaimana dan
-tarikh kematian hidup kita bila

namun,lahir saja kita di muka bumi ini,hilang semuanya
andai kita ingat apa yang telah kita janji,pasti kita tidak akan melakukan perkara yang tak sepatutnya bukan...

jenguk ke sana,jenguk ke sini,
tiba2 terjumpa satu artikel yang menarik yang patut dikongsi bersama..
iqra'....


DISAPA IZRAEL...


Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.


Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.
Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.


Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.


Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah(kebajikan).


Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh
dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)


Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.


Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”


Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.


Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia. Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.


Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri. Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.


Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.


Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.


Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.


Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan
diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.


copied from : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/28/malaikat-maut-mengintai-kita-70-kali-sehari/


So,apa yang kita patut lakukan sekarang,banyakkanlah beribadat..mana tau 10 minit lagi kita takde lagi kat dunia ni,..
jom kawan2..berubah...
insyaAllah,bila kita mati nanti kita akan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh solehah...amin Ya Rabbal 'Alamin..




Sunday, January 9, 2011

Hanya Yang Pertama.

Assalamualaikum...

Bismillahhirrahmanirrahim..


Hari ni.. Hari pertama saya menjejakkan jari ke laman sosial yang diberi nama 'blogspot' ni. Saya adalah manusia yang tak pandai berblog dan tak tahu pun apa yang hendak dibuat di dalamnya. Cuma, saja suka-suka untuk berblogging ni. Mungkin satu hari nanti, ada inti yang saya boleh kongsikan dekat rakyat jelata sana. Betul tak? Hehe..

Dengan bantuan kakak saya, Alhamdulillah. Siaplah sudah laman blog yang tak seberapa ni. Kosong tak bermaya. InsyaAllah nanti, adalah tu tambah-tambah sikit. Curi-curi widget orang. Huhu..

Hari ni saya rasa tak ada apa kot nak cerita. Cuma seronok menjadi yang pertama. Apa yang pertama? Huhu.. Blog pertama yang saya jejaki. Kakak saya cakap, blogspot best berbanding blog2 lain macam wordpress ke. Tak best. Tak boleh letak widget. Tak tau lah. Saya buta IT sikit pasal benda-benda ni semua. Hehe..

So, ini je lah yang saya nak cakap hari ni. Insya Allah nanti, jika diizinkan Allah, saya nak buat topik-topik yang mungkin boleh memberi info kepada kita semua. InsyaAllah..

Doakan saya ye..
Babai...
Assalamualaikum.. =)

* Kenapa pilih tarikh hari ni ek? Huhu..