Bismillah....
Alhamdulillah...hari ni kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi yang indah lagi aman yang Allah ciptakan ni. Bersyukur sangat rasanya sebab kita berpeluang untuk sama-sama menjejaki 9 Muharram dan insyaAllah 10 Muharram esok.. Kenapa saya cakap macamtu? Mungkin ramai yang tidak tahu dan kalau ada yang sudah tahu, Alhamdulillah...
Hari ni, kalau ada yang berkesempatan pagi tadi, saya nak ucapkan selamat berpuasa Assyura bagi umat Muhammad yang sedang menunaikan kewajipan mereka..
Selalunya, kalau tiba hari Assyura, pasti akan ada jiran saya yang lebih mesra dipanggil Ngah Nah berkunjung ke rumah kami dan memberi semangkuk bubur Assyura untuk kami sekeluarga nikmati bersama. Enaknya...MasyaAllah, tak dapat diceritakan. Sedap. Tapi, hari ni, kami tak dapat lagi merasakan buburnya, kerana dia tidak ada di kampung kami. Khabarnya, dia sedang sakit. Sama-samalah kita berdoa untuk kesihatannya.
Bercerita tentang Assyura, sebenarnya orang selalu tak tahu dan salah faham tentang Assyura ni. Saya ada lawati ke website Iluvislam dan Alhamdulillah, banyak jawapan yang saya peroleh di situ. Selalunya,orang keliru puasa Assyura ni, hari apa sebenarnya. Ni,antara soalan dan jawapan yang diberikan.
1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat
'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat
'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk
salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat
dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9
Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10
Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10
Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam
Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa
tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa
daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama
dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk
mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan
maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9
Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan,
aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun
berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati).
Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari
'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang
disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11
Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita
tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain
berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan
kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan
pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila
dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh
para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh
Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para
salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya
ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan
makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan
yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia
tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak,
berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para
ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak
dahulu amalkan pada hari tersebut?
Ada. Klik sini
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek
pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh
Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis
daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada,
mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti
ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam
Itulah antaranya... jadi, persoalan semua dah dijawap. Kalau ada
yang tak berpuasa hari ni sebab tak tahu atau keliru tentang hari puasanya
bila, InsyaAllah para sahabat semua boleh berpuasa esok hari. InsyaAllah..
banyak kelebihan yang boleh kita peroleh.
Sekian saja dari saya. Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya
sendiri.
Maassalamah Wailalliqa'... =)
No comments:
Post a Comment