Allahu Akbar

si comel sekalian

Wednesday, December 19, 2012

Keinsafan...

Bismillahirrahmanirrahim...



Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah


Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Ada petanda, apa rahsia


Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahMu

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini.. aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa dan pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan.. satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir..




Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 - Last day in time

Assalamualaikum..para sahabat semua.. semoga semua sihat n dirahmati Allah selalu.. InsyaAllah...

Oklah. Cer tengok tarikh hari ni. Cantik tak? 12.12.12.. Wow! Last day in time. Tak ada lagi dah kita jumpa tarikh macamtu lepasni. Takkan ada 13.13.13, 14.14.14, 15.15.15 n apa2 je la.. Mustahil akan ada.

So, dah tercapai ke azam korang tahun ni? Ke korang tak ada azam untuk dicapai? Hehe.. Saya ada azam. Dan budak2 badge saya pun mesti ada azam yang sama macam saya. Straight A's SPM. Betul tak? Berdebar2 rasa hati ni Allah je yang tahu. Tahun depan.. Kita tengok sapa yang berjaya, sapa yang kurang berjaya.. Hehe..

Terasa sedih pula bila dah nak meninggalkan tarikh penuh makna ni.. Tapi, kita tak punya kuasa untuk menghentikan waktu. Tak apalah. Sementara masih ada baki-baki masa ni, apa kita kita cuba capai azam yang belum tercapai tu..

Sampai di sini saja entri yang tak seberapa hari ni. Huhu.. oklah.. Babai..
Assalamualaikum...

Tuesday, November 27, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 3)


Assalamualaikum...
saya dah bercerita banyak tentang pandangan dari sudut sains dan sejarah tentang ketawa. Kali ni, saya akan berceita tentang ketawa dari pandangan sudut agama pula...

Ini adalah antara keburukan ketawa sepertimana yang saya telah janjikan untuk dikongsi bersama hari tu. Silakan baca wahai para sahabat yang disyangi sekalian...

"Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak ketawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya.

Ibnu Mas'ud meriwayatkan daripada Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W tidak tertawa melainkan tersenyum simpul dan tidak suka meleret, iaitu tidak menoleh kecuali dengan semua wajahnya.

Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa terbahak-bahak adalah makruh. Maka, seseorang yang sihat akal dilarang untuk bergelak ketawa berlebihan kerana mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat dan orang yang banyak menangis di dunia akan tertawa terbahak-bahak di syurga. (Menangis di dunia kerana takutkan Allah, menyesali dosa-dosa lampau, bukan keran teman lelaki atau benda yang tidak berfaedah)

Menurut Yahya bin Muaadz ar-Razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seorang mukmin:
- Kerana memikirkan akhirat
- Kesibukan mencari keperluan hidup
- Risau memikirkan dosa
- Apabila timbul musibah dan bala

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak aka banyak ketawa kerana banyak ketawa bukan sifat seorang mukmin.

Seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas a.s
"Sesiapa yang ketawa ketika membuat dosa maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka"

Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid al-Qadari (seorang yang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata:
"Engkau berbicara tentang ilmu. Aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya. Maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu."

Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan gelak ketawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan sesiapa yang meninggalkan gelak ketawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan sesiapa yang tidak meninginkan kekayaan maka ia akan dicintai"
(Hadis Sahih)

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa. Contohnya seperti berlawak jenaka yang mana seseorang itu akan berlagak dan mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan orang lain tertawa.

Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata:
"Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T murka padannya lali murka Allah itu merata kepada orang-orang di sekitarnya, yang tetawa bersamanya. Jika seseorang itu berkata kalimah yang diredhai Allah maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperoleh juga oleh orang di sekitarnya."

Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain ketawa, balasannya diakhirat ialah dimasukkan ke neraka Wail.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Neraka Wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok-olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai dan neraka Wail itu untuk dia"
(Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim.)

Dalam hadis itu Rasulullah S.A.W mengulang kalimah 'neraka wail untuk dia' sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak ketawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat nilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa terbahak-bahak dan menari-nari utnuk melalaikannya.

Maka itu, kita perlu awasi daripada bergelak ketawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahayanya:
- Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal
- Memberanikan orang bodoh kepada kita
- Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti ia telah memuntahkan ilmunya
- Melupakan dosa-dosa lalu
- Melupakan mati dan akhirat
- Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati
- Menaggung dosa orang yang tertawa kerana tertawakan kita
-Akan banyak menangis di akhirat"


sumber ni saya peroleh dari Ukhuwah.com. Rasa bersalah pula hati ini apabila telah melakukan kesilapan dengan mengajak sahabat sekalian untuk ketawa. Maafkan saya ye. Saya insan yang jahil. Saya hamba Allah yang masih punya banyak keburukan. Dan sedang mencari keredhaan dari-Nya... InsyaAllah..

ada satu lagi, para sahabat juga boleh pergi ke cerita mengenai larangan ketawa di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm . InsyaAllah...banyak ilmu yang dapat kita peroleh...

Yang buruk dari saya, yang baik dari Allah jua...
InsyaAllah...sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik daripada yang terbaik.. =)
Assalamualaikum....


Sunday, November 25, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 2)

Assalamualaikum....
seperti yang saya dah janjikan haritu, saya akan sambung episod ke2 utk cerita pasal ketawa kan..hehe. kepada sesiapa yang nak baca lagi boleh klik di situ sahaja..

Baiklah, kali ni saya akan menyambung pula tentang cerita yang lebih menarik lagi..

Sebenarnya, ketawa pada zaman Dinasti Han di China sekitar tahun 206 Sebelum Masihi hingga 220 Masihi merupakan satu hukuman kepada pesalah. Haa....dahsyat tak dahsyat... Hukuman ini dianggap sebagai hukuman 'terhormat' sebab tidak meninggalkan sebarang kesan seperti parut dan luka pada tubuh mangsa dan mangsa juga boleh pulih daripada hukuman tersebut dengan tempoh yang amat singkat, iaitu sebaik sahaja tamatnya tempoh hukuman.

Tapi, geletek bukan sebarang geletek. Bukan macam geletek 3-4 minit. Sebaliknya, pesalah akan diikat dan digeletek berjam-jam, sampai terkencing dan kejang-kejang urat dibuatnya! Dan untuk pengetahuan semua sebnarnya, hukuman sebeginilah hukuman yang paling menyeksakan antara banyak-banyak hukuman dim luar sana.

Hukuman geletek juga dijalankan pada zaman Rom Purba dahulu. Berbeza dengan negara China yang mengenakan hukuman dengan menggeletek mangsanya di seluruh badan, zaman Rom Purba ini hanya menjalankan hukuman di bahagian kaki mangsa sahaja. Caranya, kakai si pesalah atau mangsa ini akan direndam dengan air garam terlebih dahulu selama berjam-jam supaya terasa masin. Pelik? Memanhg pelik...

Nak tahu kenapa kaki pesalah ini direndam dengan air garam terlebih dahulu? Ha...ni adalah sebab untuk menarik minat kambing bobok untuk menjilatnya. Ish...gelinya. Bayangkan sahaja kalu kita yang menerima hukuman sebegitu. Apa agaknya reaksi kita ye? haha..

Sambung..disebabkan berasa sedap,si kambing bobok tersebut mulala berasa semakin sedap dan bertindak menguyah-nguyah dan menggigit-gigit pula kaki mangsa samapi luka-luka. Dan pada ketika dan saat inilah, hukuman yang menggelikan itu menjadikan hukuman yang MENGGERIKAN dan MENYAKITKAN.....
hukuman ini hanya akan berakhir jika kaki mangsa sudah tidak berasa masin lagi sebaliknya diganti dengan luka dan darah......

saya search google dan ini rupa kambing bobok tu. tapi saya tak pastilah sama ada ni rupa kambing bobok sebenar yang dimaksudkan...rasa macam bukan je...



comel kan? macam muka siapa agak-agak? hehe..

macam-macam pula cerita pasal ketawa ni.. rupa-rupanya, selain menghiburkan, ketawa juga boleh menyakitkan. Fakta mengatakan kalau ketawa lebih kita akan mengalami sakit otot pula. Oleh sebab itu, kalau nak ketawa tu, berpada-pada lah ye..

Sebenarnya, ketawa ni banyak keburukan. Nak tahu keburukannya? Tunggu episod yang ke tiga... =)

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. Wallahu a'lam...
Ma'assalamah..

Friday, November 23, 2012

Selamat Berpuasa Assyura.... =)

Assalamualaikum para sahabat sekalian...
Bismillah....

Alhamdulillah...hari ni kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi yang indah lagi aman yang Allah ciptakan ni. Bersyukur sangat rasanya sebab kita berpeluang untuk sama-sama menjejaki 9 Muharram dan insyaAllah 10 Muharram esok.. Kenapa saya cakap macamtu? Mungkin ramai yang tidak tahu dan kalau ada yang sudah tahu, Alhamdulillah...

Hari ni, kalau ada yang berkesempatan pagi tadi, saya nak ucapkan selamat berpuasa Assyura bagi umat Muhammad yang sedang menunaikan kewajipan mereka..

Selalunya, kalau tiba hari Assyura, pasti akan ada jiran saya yang lebih mesra dipanggil Ngah Nah berkunjung ke rumah kami dan memberi semangkuk bubur Assyura untuk kami sekeluarga nikmati bersama. Enaknya...MasyaAllah, tak dapat diceritakan. Sedap. Tapi, hari ni, kami tak dapat lagi merasakan buburnya, kerana dia tidak ada di kampung kami. Khabarnya, dia sedang sakit. Sama-samalah kita berdoa untuk kesihatannya.

Bercerita tentang Assyura, sebenarnya orang selalu tak tahu dan salah faham tentang Assyura ni. Saya ada lawati ke website  Iluvislam dan Alhamdulillah, banyak jawapan yang saya peroleh di situ. Selalunya,orang keliru puasa Assyura ni, hari apa sebenarnya. Ni,antara soalan dan jawapan yang diberikan.



1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Ada. Klik sini
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam


Itulah antaranya... jadi, persoalan semua dah dijawap. Kalau ada yang tak berpuasa hari ni sebab tak tahu atau keliru tentang hari puasanya bila, InsyaAllah para sahabat semua boleh berpuasa esok hari. InsyaAllah.. banyak kelebihan yang boleh kita peroleh.

Sekian saja dari saya. Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.
Maassalamah Wailalliqa'... =)


Thursday, November 22, 2012

CERITA PASAL KETAWA (episod 1)

Assalamualaikum....
huhu...

kadang-kadang kita tertawa...kadang-kadang kita berduka...ada hari kita murung, ada hari kita bosan, ada hari kita tersenyum, malas nak stress, malas nak tertekan.,.
jadi,sekarang ni apa kata kita sama-sama release tension, pergi ambik angin kat luar..buat senaman sikit2..senaman mulut pun ok jugak..hehe..

yang tengah berduka tu, kembalilah ceria...kalau boleh, kita ketawa..biarlah orang kata kita gila.kita sihat, tak kacau mereka.

cerita mengenai ketawa, saya ada terjumpa beberapa artikel menarik yang saya rasa boleh untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.

jom baca... =)


FAKTA PASAL KETAWA....

  • ketawa boleh berjangkit
  • bayi mula ketawa seawal usia 17 hari. malah, bayi yang cacat penglihatan dan pendengaran pun boleh ketawa. Subhanallah....
  • kajian-kajian saintifik telah sepakat mengesahkan bahawa ketawa memberi kesan yang amat baik kepada kesihatan kerana ia membantu untuk...
- menurunkan tekanan darah
- menguatkan fungsi otot jantung
- menurunkan hormon stress
- melancarkan perjalanan darah
- meningkatkan kelenturan otot
- menambahkan bekalan oksigen di dalam tubuh dengan cara menguatkan lagi sistem pernafasan 
- meningkatkan fungsi imuniti tubuh dengan melonjakkan tahap pengeluaran sel T yang berfungsi menentang jangkitan , protein melawan penyakit (gammainterfon) dan sel B yang berperanan mengeluarkan antibodi menhapuskan penyakit
- meransang pengeluaran endorfin, iaitu ubat penahan sakit yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi
-menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia...

Subhanallah... begitu banyak kebaikan ketawa. Ha, dah tau fakta sahih pasal ketawa ni, apakata mulai hari ni kita ubah cara hidup kita dari murung-murung selalu ke bahagia-bahagia selalu...

bukan ni saja yang saya nak cerita,ada ba....nyak lagi kisah pasal ketawa! nak tau? tunggu....episod yang ke 2... =)


Sunday, November 18, 2012

(o_^)

Assalamualaikum....
Bismillah...

Terkadang diri rasa sepi, terkadang diri rasa hiba. Perasaan bercampur baur mula menguasai diri. Cuba melawan tiada daya. Cuba melangkah tiada kuasa. Namun, apa lagi yang diri ini mampu lakukan. Hanya mampu doa yang boleh dipanjatkan.

Esok, satu per satu lagi kertas yang akan tiba. Mencipta masa depan. Daku inginkan kejayaan, sama sekali tak mahu kegagalan. Harap apa yang diusahakan, menjadi kenyataan. InsyaAllah...

Dakukan cuba panjatkan doa kepada yang Maha Esa. Perasaan takut hanya Dia yang tahu. Siapa yang tidak takut jika mula masuk ke dewan pancaroba, jiwa berasa dingin bak di Gunung Everest. Tak mungkinkan cair segala 'salji' yang menutupi. Tak begitu para sahabat sekalian?? Hehe...

Rasanya, sampai di sini sajalah papan kekunci ini ingin menari mengikut rentak bunyi. Jom, ikut saya belajar. Menyesal di kemudian hari tak berguna. Baik berusaha sebelum jadi apa-apa. Dan yang paling penting, jangan sesekali mencuba untuk mengalah sebelum kalah! Okey....

Babai... Assalamualaikum... =)


* Apakah??Hehe...



Saturday, November 17, 2012

SeDarKah Kita Itu Apa SEbEnaRnya?

Assalamualaikum para sahabat yang dikasihi...

Belum terlambat rasanya untuk diri ini mengucap salam maal hijrah 1434 H meskipun sudah 3 hari tahun baru bermula..
Sudah terlalu lama rasanya jari ini tidak menari mempersembahkan tarian kata-kata. Manakan tidak, cahaya minda tidak mahu menerangi pentas idea supaya penonton berasa terhibur dengan tarian yang dipersembahkan. Hiba rasanya.. Tapi, hari ini jari ini berjanji, tarian yang bakal dipersembahkan mungkin akan menarik hati ke mari.


Terdetik di hati untuk mula melangkah ke aksara kata, bila diri ini inginkan cahaya. Mengharap masih ada ruang waktu untuk bersemuka dengan-Nya. Diri ini tidak mahu berada dalam kesesatan lagi. Cukuplah apa yang sudah terjadi sebelum ini. Dan diri ini sungguh berharap agar sinar itu pasti datang kembali. Menunggu.

Setiap hari, setiap detik akan pergi. Setiap hari, setiap waktu akan berlari. Namun, adakah kita sedar akan hal itu? Jiwa ini masih muda, jiwa ini masih remaja, jiwa ini masih belia. Tak mungkin jiwa ini akan pergi dan berlari mengikut waktu yang tak malu meninggalkan hari. Itu kata hati. Tanpa iman. Kemurungan. Apa yang dilakukan, sama sekali tak terkesan.

Bodoh jiwa ditiup sengsara. Tidak terasa. Walaupun terkadang merasa sepi, hiba, tak tenang, kelam, hitam namun, diri tetap EGO. Merasakan diri ini tersangat hebat. Hebat dari Sang Pencipta.

Segala yang diberikan, cuma pinjaman semata. Sedarkah kita akan hal itu? Mengapa selalu berasa sombong bagai kitalah yang terhebat di muka bumi ini? Mengapa? Angkara hati hitam,kelam mula menguasai diri. Semua yang kita peroleh sama sekali sebenarnya kita tak akan dapat. Tanpa keredhaan dan izin dari-Nya. Masih terasa sombong. Sombong dengan kekayaan, sombong dengan kekuasaan. sombong dengan pelbagai pemberitahuan kepadanya.

Setiap nafas yang kita hembus,yang kita sedut..adalah semata pinjaman. Tanpa keizinan, tanpa keredhaan, apa artinya semua ini? Kosong...tak bererti! Bersyukurlah kepada Tuhan yang Maha Esa. Tiada tolok bandingannya. Allahu Rabbi. Subhanallah!

Sedarkah kita, setiap kali kita berjalan, setiap kali itu waktu merintih, menangis? Kerana kita tak pernah sekalipun memberi ruang kepada diri, untuk membuka minda,berfikir. Sudah cukupkah apa yang kita lakukan sebelum ini? Sudah cukupkah amalan yang telah kita tabungkan? Sudah bersediakah kita untuk melangkah ke hadapan? Bertemu dengan Tuhan. Maha Penyanyang, Maha Pengasih, Maha Mendengar, Maha Melihat?

Jika diberi ujian sebesar kuman sekalipun, diri kita sentiasa menyalahkan-Nya.Memarahi-Nya kerana bagai sengaja memberi cobaan dan dugaan yang kita tak mampu untuk menerimanya. namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua itu berlaku, kerana Tuhan tahu kita itu mampu. Dan tatkala itu barulah kita tahu hendak berterima kasih, mengucapkan syukur tanpa merenung kembali kenapa hal itu terjadi.

Kita manusia yang sombong, bongkak. Gemar melakukan segala-galanya bagai tiada tarikh mati yang telah ditetapkan kepada kita. Larangan-Nya kita sengaja lakukan, suruhan-Nya sengaja kita tinggalkan. Merasa diri ini sudah cukup hebat untuk melawan kekuasaan-Nya. Sedarkah kita akan apa hal yang kita lakukan ini?

Astagfirullahal'adzim...

Kembalilah berfikir,muhasabah. Kita masih diberikan kesempatan di saat-saat terakhir yang memilu dan memalukan. Jangan tinggalkan waktu itu. Jangan biarkan waktu itu menitiskan air matanya lagi. Saat nafas sudah berada di penghujungan, bersyukurlah. Jangan jadikan saat itu menjadi titik permulaan untuk kita berubah. Kerana kita sudah terlambat dan waktu akan mentertawakan kita. Namun jadikanlah waktu itu sebagai tanda syukur kita kerana bakal bertemu dengan Cinta Sejati. Yang sudah lama menunggu kita hadir di sisi-Nya. Titisan air mata kesyukuran yang patut kita hadiahkan, bukannya air mata ketakutan untuk menggu hari pembalasan.

Kita masih punya waktu.
untuk...kembali. ke jalan yang benar, dan diredhai.
Bersyukurlah....
Kembalilah.... kepada Allah yang Maha Esa.
Allahu Akbar!


Salinan daripada seorang saudara, mungkin boleh dijadikan panduan bersama... silakan.





Aku teringat satu kisah mengenai seorang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, akan ada seorang hamba Allah yang sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak! Demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu!"

""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa!" jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang berdiri. Di situ hanya ada sia sendirian. Maka ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," Ujar malaikat.

"Aku yang melihat." Kata mata hamba Allah itu,
"Aku yang mendengar." Kata telinga.
"Aku yang menghidu." Kata hidung yang juga tidak ketinggalan.
"Aku yang merayu." Kata si bibir mengaku.
"Aku yang menghisap. " Lidah menambah.
"Aku yang meraba dan meramas." Tangan meneruskan.
"Aku yang dipakai untuk lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut." Kaki pula menyusul untuk berkata.

"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu." ucap malaikat.

Hamba Allah tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, kerana sebentar lagi ia bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahannam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Aku juga ingin mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan" kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalanya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahi dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba Allah yang bertaubat, walaupun selembar bulu mata sahaja yang terbasahi dek air matanya, ia sudah diharamkan dirinya daripada api neraka? Maka aku, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sehingga membasahiku dengan air mata penyesalan."

Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, hamba Allah tersebut lalu dibebaskan dari api neraka dan dihantarkan ke syurga indah yang kekal abadi. Sehingga terdengar suara bergaung daripada para penghuni syurga:
"Lihatlah, hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata"

Subhanallah.. Maha Suci Allah....


Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tangan-Nya pada siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat.
(Riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nah, apa yang kita tunggu lagi?


- Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar... - =)

Tuesday, September 18, 2012

PABILA BERCEITA PASAL ROSE.....


Assalamualaikum....

kesepian saye selame bberapa hari ni membuatkan hati saya terdetik untuk kembali menulis disebabkan......BUNGA ROS!

nak tau kisah di sebalik bunga ros??
pasti saya akan cerita tapi...saya nak cerita dulu sesuatu..

saya ni one of penggemar bunga ros tau..
n yg paling saye suka ialah ROS BIRU!!! =))))

tapi...saya rasa sedih n kesal bertambah2 lepas terbace satu blog yg bukak cerita pasal rose biru ni..
(dah la tengah buat cite sedih..tetibe muncul plak lagu berkorban apa saja kat cite kau yg terindah ni..hahaha..)

saye copy ape yg dia tulis ekk.. (jgn marah tau..pemilik blog ini : http://eikaarysha.blogspot.com/2011/09/kisah-disebalik-warna-bunga-ross.html)


Kisah disebalik warna bunga ross......

Tiba2 lak nk tahu makna2
disebalik warna bunga2 rose nie,
nk juga tahu walaupn belum pernah terima apa2 kuntuman
bunga rose pon..hehehe,biasalah,
..........,
..................... ,
meh kita baca makna2 warna bunga rose nie...


 
Rose Merah:
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian 
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
 


Rose Pink:
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.
Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati




Rose Kuning:
Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru
 Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan



Rose Putih:
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” 
 Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”



Rose Lavender:
Cinta pandang pertama dan pesona
 Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa


Rose Oren:
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni 
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru



Rose Hitam:
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian 
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru






Rose Biru:
Mustahil dan tak dapat disempurnakan 
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan


so,korang kan makna2 disebalik warna bunga ros nie kan..
tapi nie semua hanya rekaan seseorang sahaja,klu yang si pemberi memberikan
rose biru tapi sebenarnye niat dia nk menunjukkn rasa cinta yang membuak2,
sama jelah ngan bunga rose merah tu...tol x?
jadi,pikir2kanlah...hehehee..





hmmm...boleh percaya ke semua ni???
ros biru hanya fantasi????????
i can't believe it...ohhhh!!!


tapi ape2 pon...
hehe...
pikir2la sendiri..
jangan sampai tersalah hantar ros sudah...
hahaha.....

Friday, July 27, 2012

KEmbaLI meRApU

Assalamualaikum...

setiap kali nak update blog, wajib cakap benda ni..
"dah lama tak update blog."
haha...saye senanye bukan lama tak update..update tapi lepastu padam balik..hehe..
gilo apo..

saya sebenarnya tak tau saya buat blog ni untuk ape..
kadang2 saya meluah perasaan...
kadang2 saya bagi motivasi..
kadang2 saya buat cite...
kadang2 rasa nak kongsi resepi..
tah ape2 tah blog saya ni sebenarnya..
dan hari ni...kembali merapu bahasa yang lagi ntah pape..haha...

saya post ni sekadar suka2..
apa yang saya terfikir nak taip, itulah yg saya akan taip..
maklumlah...dah lama tak tulis diary..
tahun ni diary sy langsung tak sentuh..
ingatkan nak start tulis balik time beseday haritu
tapi dah terlupe..samapi skrg tak tulis balik..
huhu...

taun ni spm.
tapi malas masih menebal dalam diri..
malas nak bljr,malas nak bljr dan malas nak bljr..
itula ayat2 budak mcm sy ni yg malas nak spm..
hehe...
tapi,bila dah habis bljr nanti..cakap ape?
rindu nak bljr,rindu nak bljr,rindu nak bljr...
haha...

 hhmmmm....

(bila mood berubah..)

dalam kehidupan ni...
kita sering berhadapan dengan gelak dan tawa, sedih dan duka....
bergembira bila suka, berduka bila merana..

sekarang dah masuk Ramadhan..
entah ade lagi ke x kita utk taun depan..
makin dah nak habis sekolah ni..
makin sy sedih..
kwn2 akan hilang sedikit demi sedikit..
ketegangan akan dtg bbukit2..

 ni yg malas cite sedih2 ni..
rasa dah nak nangis dah ni...
kenapala sekarang hati ni sensitif sgt??suka nak marah tak tentu pasal...menangis la ape la..
mental dah ke sy ni??muehehehe...

tapi kan...
betul tau..
bila saya tengok orang2 yg sy syg semua bgelak ketawa..
kadang2 hati sy tdiam sendirian..
takut. kalu st xdpt sertai dorang utk ketwa lg pd masa2 yg akan dtg.

saya takut kalau saya pergi awal dr dorang.
walaupun sememangnye itulah yg sy harapkan.
ape yg sy takut ialah,
kalu dorang melupakan sy...
lupa gurauan sy..
lupa gelak tawa sy..
lupa suara sy..
kalau sy dah xde nanti...

hish...dahla...
ape merepek ni..
k la..k la..
malas nak cakap pnjg..hehe...
korang.. sorry k.

assalamualaikum....



Friday, May 25, 2012

KAU KAWAN , SAHABAT , TEMAN N FREN...

ASSALAMUALAIKUM w.r.t.... xjwb dosa..hehe..

Dah lame giler sy x mjengah blog ni..kehabisan idea nak tulis...korang jgn lupe folow ye kpd sape2 yg salu visit2 tu...hehe...

Hari ni sy nak cerita mengenai....aa..nak tau kene la bace..huhu...

Kisah seorang pesalah yg telah buat salah selama seminggu...seorang pesalah yg yang tak buat kesalahan jenayah...tapi pesalah itu telah buat diri sendiri tersiksa dan pesalah itu juga telah membuat org lain derita...alangkah teruk pesalah ini...

Pesalah ini dilaporkan telah 'hilang' dari sahabatnya sendiri...tanpa sebab yg munasabah...tanpa pesalah itu tahu apakah yg membuatkan dia jd begitu...
hari demi hari...pesalah ini semakin sengaja menunjukkan salahnya...tanpa segan dan silu...pesalah ini puas jika tgk sahabatnya begitu...pabila sahabatnya mendiamkan diri,memikirkan salah yg dia buat terhadap rakan baiknya iaitu si pesalah tadi..

NAMUN!!!

Si pesalah terus melangkah dengan seribu keegoan dalam diri..pandang muka sahabatnya tidak mahu...bercakap dengan sahabatnya tidak mahu...apatah lg untuk ketawa dengan sahabatnya seperti selalu...TIDAK!! tidak sama sekali....tidak!

Lalu...si pesalah tadi meluah perasaan dgn ....................

Pesalah itu membuka cerita mengenai sahabatnya kepada dia, dia dan dia..
tapi...dalam masa yang sama...pesalah itu rindu..
rindu akan hari-hari yg dilaluinya bersama sahabatnya
rindu ingin berkongsi tawa dan lara bersama sahabatnya
rindu untuk....
ahh...si pesalah itu tidak mampu lagi untuk berkata-kata..

dilihatnya sahabat itu sedang asyik menelaah...tidak langsung memandang mukanya...
hati si pesalah kembali membara...rasa dirinya tidak lagi dipedulikan...
mungkin sahabatnya telah melupakannya...
mungkin sahabatnya suka mereka berkeadaan begitu...
mungkin sahabatnya sudah benci kepadanya...
hati yang lembut kembali keras..
kesan parut semakin jelas..
dia buat si pesalah tanpa belas..
kencing tak lawas.... (eh, ape kaitan..haha..)

hari demi hari yang dilalui si pesalah..
lantas tangannya pantas menaip dan meluah pada si muka buku yamg tidak punya perasaan..
sahabatnya itu, sahabatnya ini, sahabatnya begitu, sahabatnya begini...
tapi..tiba2 timbul perasaan sedih di dalam hatinya..
rasa menyesal di dalam hatinya..

dan apakah yang si pesalah lakukan??
siapakah si pesalah itu??

hmmm...
si pesalah tu sy la..
dan ape yg saye lakukan??mintak maaf kat dia...buang yang keruh ambik yg jernih...kitaorg dah ok dah pun...smlm kt bebaik2..huhu...hari sabtu tu stat gado..
kalau diikutkan mmg saya btl2 bslah tau..sbb ape tau..sy ni xpasal2...dia xde buat salah ape pun...saya saje nak cari pasal..apakah??


dan apakah entri saya harini?
lagi tak pasal2..haha...

tak...sbnrnya saya nak ckp...dalam bkwn / bersahabat / berakan / berfren / ber ape2 lg la ni smua..
hati-hati la..
sbb kita tak tau hati org , prangai org...dan ape2 pasal dia sbnrnya kita xtau...yg tau adalah sape?
hanya Allah sahaja...kerana Allah itu Maha Mengetahui...sangat2 mengethui...
sbb tu la...kalau kita nak apa2 kembalilah pada Allah...tapi..jgn pandai ckp je..buatnya tidak..
ni,sy tjumpa hadis2 psl sahabat kat encik google ni..meh bace..kita share same2.. =)


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

 

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

 



so...selamat menjalani kehidupan bersahabat...... =)



 








Friday, April 20, 2012

coretan ku untuk smk lundu

Assalamualaikum ya para sahabat yang dikasihi Allah sekalian....
 apa khabar?? harap2 sihat hendaknye ye...
 wah .. dah rasa macam tulis surat kiriman tak rasmi plak he...hihi...

saya ni dah dekat nak spm ni makin aktif pulak tulis blog..hehe..
 ni sebenarnya malas nak tulis diary..rasa2 nak berkongsi dengan pembaca , saya tulis la..
 tu pun kalau ade yang nak baca la..hihi...

 tadi kan masa pegi sekolah..saya rasa macam malas sangat..malas nak belajar,malas nak buat ape pon malas lah..malas yang tidak boleh nak digambarkan kemalasannye..haa... sampai sekolah..saya malas nak pandang kawan saya..satu jam lebih saya malas nak bercakap dengan dia.. tanpa sebab yang munasabah , tiba2 saya rasa geram + marah + sakit hati dengan dia..kesian budak tu..haha.. 'the kitak'..IM SORI FOR WHAT IM DOING TADI..OK...FORGIVE ME..HUHU.

. tadi tak bawak bekal pegi sekolah..tapi xpe gak la..masa rehat tadi tiba2 kaunselor sekolah panggil saya n the gang.. kecut gak perut..ingat ade ape tak pasal2 kena pangge..
ROPE-ROPENYE.....
yelah..dah nak spm ni kan..cikgu bagi motivasi la sikit..bagi budak2 semangat belajar..
 dia tunjuk result ujian sebelum ni..suruh tambah 5-6 markah lagi bagi subjek2 yang cukop2 makan tu..huhu..
 memang rasa semangat giler tadi.. tapi tulah cikgu cakap..jangan semangat je lebih..tapi takde tindakan lanjutan..haha..
 biasala budak kan..macamtula..

 tapi balik tadi agak semangat la jugak..dah pakai baju,makan..dah buat ape semua...saya terus create jadual belajar..
 insyaAllah..segala apa yang cikgu cakap .. yang cikgu dah nasihat semua TAKKAN MASUK TELINGA KANAN , KELUAR TELINGA KIRI...
 insyaAllah...
 tapi satu penyakit budak tau ape..macam yang saya cakap kat atas tadi la..
MALAS.....
 bukan tu aje..ni saya senarai alasan halangan dan sebab budak2 taknak belajar..


halangan:-
 - TELEVISYEN
 - FACEBOOK
 - BLOG
 - SIBUK DENGAN LAGU2 TERKINI
 - KOREA
 - MAKAN BAEEEEK PUNYA
 - SIBUK DENGAN GADGET

 sebab taknak belajar:-
 - SUBJEK SUSAH
 - CUBA BUAT SOALAN XDPT JAWAPAN
 - MALAS
 - CEPAT PUTUS ASA
 dan........................................macam2 lagi alasan lain...

 kepada adik2ku yang nak UPSR n PMR xlama lagi...korang belajar la dari sekarang sebelum terlambat.. bak kata cikgu akak la kan.. "buat apa nak nervous bila result nak keluar..tak perlu benda tu..tapi nervous la bila pikir seolah2 esok nak ujian..hasilnya,kita akan tersenyum gembira..insyaAllah"

 wah..pandai nasihat je ye..buatnye idok..hehehe... wahai diriku yang nak spm taun ni...belajarla sebelum terlambat.. ingatlah kata2 cikgu ko tu...hahaha..
oklah..sebenarnya hari ni entri yang ditulis adalah ntah ape2 sebenarnya... saje nak tulis.. tapi kat bawah ni saya nak tulis sesuatu yang khas buat cikgu2 n kawan2 kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU.. SMK LUNDU HENDAKNYA...

 WARKAH DARI MURIDMU , SITI HAFIZAH BINTI BUJANG...
  Assalamualaikum n salam sejahtera kat cikgu2 n kawan2
 nama kamek seperti yang tertera di atas..hehe... taun tok..kamek nak spm...kamek harap cikgu2 smua mendoakan yg terbaik utk kamek n mek arap gilak cikgu2 akan baca blog kamek ritok...kahsnya:-
 - CIKGU RONIS ANAK TAJAN
 - MADAM ZUWATINIE TUAH
 - USTAZAH FATIMAH DALILAH BT MOHD ARIFFIN (sori kalu saloh eja...hehe)
 - USTAZ ABDUL RAZAK B MUSTAPHA
- CIKGU JAFRI HUSAINI
- CIKGU ANNER MULA
 - MISS LILY DRIPIN
- SIR CHAN LAI SOON
 - SIR CHONG MUNG HUA
 - CIKGU ROSNIZA MAT SAAT
 - SIR JOHI JUNGOT
 - CIKGU JASSICA NAGI

 kamek tauk...selamak kamek bersekolah (fm 4 n fm5) kamek jarang tunjok prestasi yang ok..prestasi x kira la..zahir dan batin.. lam kelas pun kamek jarang bebunyi..kamek nak mintak maaf kat cikgu mun kamek ada molah salah dan silap kat cikgu smua... apa yang kamek harap dari kitak org..restulah kamek..doakanlah yang terbaik untuk kamek yg nak spm tok... (kpd cikgu2 smanjung..hrp2 phm lah ek ape yg saye tulis ni..hehehe...) kepada cikgu2 yg dah ajar kamek time mek fm 1 - fm 3 dolok..makseh sbb dah ajar mek jadi urang...sori gilak2 sebab x tulis nama cikgu2 sekalian..kamek arap kitak org yakni cikgu2 yg dikasihi..dapat mdoakan kmk...doalah nahan kmk pat stret a taun tok spm..huhu...

 *CIKGU MUSLIANA TALIB N CIKGU NORIYAH - thanks coz semangat n motivasi yg dibagi td bes sgt..smgt i..hehe.. kepada kawan2 ku...

  - DAYANG NUR AINA SYAFIQA BT AWG JAPAR
 - NOOR ARMIZAHAZIRAH BT AHMAD
 - MASTURA BT BUSRI
 - SITI SHAMIRA BT MORNI
 - NOR AMIRA BT IKHWAN
 - NORA BT OM
 - ILYANA YURICCA BT OBENG @ JONI
 - NURFARAHAIN BT MOHD ZOLKEFLI
 - FATIN NADIRA BT JAINOL
 - WAN MOHD ZAINUL ARIFFIN BIN WAN SAKERAN
 - MOHD SHAHROM B ABG PATA
 - ABDUL MUIZ B (sori xtahu namo your bapak.hehe)
 - RICJEVIER ASSTY ANAK ARIES

 n semua kawan yg sori x dapat tulis nama coz byk gilak...huhu...aku nak mtk maaf kat ktk org mun ku ada salah ngan ktk org..sori gilak2..ktk org la kawan terbaik dunia akhirat...tp takdir kita kelak xtauk la..mungkin ktk org dah x ingat aku gik..dah keja,dah kawen apa indah nak..tapi ku xmok cita pasal ya...ku juz nak mintak maap n doa dari ktk org..ku tauk bah ku x pande cam tak org..p ku arap ktk org dapat doa n restu n tolong n didik aku nak ne yg aku salah n xtauk...cikgu dah banyak tolong..ku arap..ktk org pun mok tolong ku juak..

. rasa nak hug ktk org eh...p laki xmok la..hehe..

hm...
SPM
SPM
SPM
SPM
SPM

GUYS..CHAIYOK2....HUHU....
bai...see yah..

smk lundu....
#suka letak warna warni..muehehehe...



Wednesday, April 18, 2012

EARTH HOUR , MINUTE AND SECOND....

assalamualaikum para sahabat yang dikasihi.....

hari ni ape nak tulis ek...
guys..korang tau tak...sebenarnya update blog ni lagi seronok daripada main fb yang ntah ape2 tu...kekadang kita buat status..tak kene layan pon...nak tgk like 1 pon payah...kalau blog..lantak la kita nak buat ape pon.tak kesah...tapi yang sedah nye...dari taun lepas follower berhenti takat 6 org je..huhu...xpela..

hari ni dan semalam saya dah buat sesuatu yang bodoh...malu bila pikey balik..dan perkara itu telah membawa saya untuk menulis blog pada hari ini...

semalam ade subjek sns kat sekolah...belajar pasal kenderaan di udara dan salah satunya ialah roket...saya telah btanya dekat kwn saya dan soalan itu saya bawak ke keluarga saya memandangkan jawapan yang diberikan kurang memuaskan...dan hari ni saya kena gelak dan baru saya perasan... 'bodohnye soalan aku....'
nak tau soalan ape....saya bukan nak mengaibkan diri saya sendiri cuma nak bagi pengajaran kepada orang di luar sana tu...fikirlah sebelum tanya soalan...nak tau soalan ape???saya tanya....

"MACAMMANA ORANG PERGI KE ANGKASA SEDANGKAN BUMI TU KERAS.MACAMMANA ROKET YANG HANYA DIBUAT DARI BESI DAPAT MENEMBUSI BUMI YANG KERAS ITU.......bla3..."

saya tanya soalan tu sbb saya ingatkan kita duduk dalam bumi...rupa2nya kita dudok atas bumi...hahahaha,,,,buat malu!!!

sepertimana yang saya cakap tadi...tujuan saya tulis n cakap bnd ni kat smua org bukan sbb nak mengaibkan diri saya sendiri...sya pasti..bukan saya sahaja orang di dunia ini yang dok pikey macamtu...saya pasti..ramai lagi kawan2 yg pikir macamtu kan... DUDUK DALAM BUMI ????




inilah gambar2 bumi yg comel belaka...siap ade tgn kaki mulut mata ape smua tu ye....itulaah pengajaran bagi kita...sebelum buat sesuatu..pike dulu...lepas baca ni jgn ckp saya bongok plak.knp??sbb bnd tu akan berbalik kepada anda sendiri...nak jadi bongok ke??xnak kan....

okla..alang2 dah cerita pasal bumi ni..saya akan berkongsi sedikitlah pasal bumi..kot2 abg2 kakak2 adik2 ke nak wat research kan...harap2lah bnd yg x seberapa ni akan menolong anda sikit2...


B.U BU M.I MI.....


Bumi (Jawi: بومي, bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.[1]

Rumah kepada jutaan spesies,[2] termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.


Geografi

Pembahagian geografi: Benua

Keluasan:

Keseluruhan: 510.073 juta km2
Daratan: 148.94 juta km2 (29.2%)
Lautan: 361.132 juta km2 (70.8%)

Sempadan daratan: 251,480.24 km

Persisiran pantai: 356,000 km


Rujukan : "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumi"



itu pasal bumi..kalau nak cerita pasal pencemaran..saya bagi link2 yang terbaeeeek untuk korg buar research..ok?this is...

- http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar"
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1612&cmd=resetall

ok guys..hgarap smua ni dpt membantu ye...saya tau ape yg saya tulis hari ni agak boring tapi ia sgt bermanfaat untuk kita...sayangilah bumi kta...

ASSALAMUALAIKUM....JUMPA LAGI...SEE YAH! =)

Tuesday, March 27, 2012

TANYA SAMA POKOK

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim...


ya kawan2 sekalian...hehe...lama dah x mengupdate blog ni...maklumlah..hari tu kan laptop rosak..lama kesepian tanpa laptop..akhirnya...
jeng jeng jeng...dah ade dah yang baru.. Alhamdulillah...
tu pun byk duit bapak sumbangkan..kongsi2 le..buka sy punye sorang..hehe..


xpepasal cite pasal laptop ni kan...

sekarang pukul 5.30 petang...
im sure..ade yg xsmyg lagi kan...
hmmm...biasalah kita manusia...
sifat menangguh-nangguh itu adalah umpama 'SATU KEWAJIBAN'...

manusia ni banyak ragamnya...
i ) ade yang suka menasihat orang lain tapi tak suka apabila dia sendiri dinasihati...
ii ) ade yang tak suka memberi nasihat tapi suka apabila dia dinasihati..
iii ) ade yg bagi nasihat , tapi tak buat sepertimana yang dia nasihatkan dekat orang tu..
dan....macam-macam lagi...


kita manusia tak pernah terlepas dari buat kesilapaan
yang mengundang kedosaan..
kita manusia tak pernah terlepas dari buat kesilapan
yang mengundang banyak kemudharatan..
kita manusia tak pernah terlepas dari buat kesilapan
yang banyak mengundang kepayahan


cakap pasal nasihat dan silap ni...saya terkenang akan diri saya sendiri...
saya bukan nak buka pekung di dada..tapi juz nak cakap je..


saya ni cukup tak suka bila dengar kawan2 saya mengumpat..sebab orang..tau2 je lah..bila dah mengumpat ni..ha....macam2 dicerita
TAPI.....
saya kadang dalam sedar tak sedar...huh..terjatuh jugak dalam gaung yang penuh bahang tu..

satu lagi , saya tak suka bila tengok budak2 bsembang huha huha kat jalan..gelak ntah ape2..
TAPI.....
saya ni..kalau dah jumpa kawan..setan kat depan boleh tak perasan..haha..melampau betul bhs kiasan tu,,


and..banyak lagi la...kalau nak senaraikan sampai besok tak habis...


HMMM....
so,kita tanya sama pokok...eh,salah...kita tanya sama diri...tepuk dada tanya selera...
kita ni apa sebenarnya???
begitu banyak benda busuk dalam hati kita..

-cakap n gelak pasal muka orang bila tengok muka orang tu lain macam sikit..sedangkan muka kita sendiri tak lawa mana pun...dan,..kenapa nak kena kutuk muka orang sedangkan muka tu ciptaan Allah kan??

-iri hati pasal kejayaan orang lain...jeles dia berjaya dan mengumpat dia dengan kawan-kawan lain...kenapa nak kena mengumpat sedangkan kejayaan yang dia dapat tu adalah hasil daripada usaha dia sendiri??kenapa kita taknak usaha supaya kita dapat berjaya sekali dengan dia?kenapa??

-buruk sangka dekat orang lain..bila orang tu nak share kejayaan dia..kita kata dia riak..menunjuk2 kononnya dia sorang yang berjaya di dunia ini...kenapa kita nak buat camtu..ape pekdahnye???

-mengumpat pasal kawan lain yg konon nya dia tu suka tunjuk alim depan orang lain..tapi dekat luar,bila berpakaian,bila dalam bab pergaulan,dia pulak yg lebih2...kenapa nak kena cakap camtu n mengumpat bersama??kalau betul dia buat salah..tegurlah depan2..xyah nak ckp belakang...


Ya Allah...lihatlah..betapa besarnya dosa yang kita buat..
hari ini kita sedar..esok kita buat balik..
last2..ape yg akan jadi kat diri kita sendiri??


H.A.N.C.U.SSSSSSSS

Ya Allah..Kau ampunilah dosaku Ya Allah.....aku terlalu banyak berdosa kepada Engkau dan aku terlalu banyak berdosa kepada makhluk-Mu yang lain Ya Allah...ampunilah dosaku...


Tanya Sama Pokok...