Allahu Akbar

si comel sekalian

Tuesday, March 10, 2015

cerpen - AKU YANG BERHIJRAH...


Dari tadi dia asyik menekan-nekan skrin telefon itu. Sekejap-sekejap tengok, sekejap-sekejap tengok. Muka pun dah macam Chimpanzi dah. Last-last dihempapnya handphone itu di atas  meja.

"Kau dah kenapa?" Akhirnya, aku yang dari tadi memerhati pun bersuara.

"Benci dia ni. Kata nak call, tak call-call jugak. Whatsapp pun tak. Entah mana dia pergi tah. Pergi jumpa perempuan lain agaknya. Menyampah betul aku.!" Hidungnya dikembang kempiskan akibat kemarahan yang diluah-luahkan. Kalau tadi aku tengok dia macam Chimpanzi, sekarang ni dah tahap Baboon dah.

"Ada kerja kot." Kataku dengan tenang sambil mengirup udara segar.

"Ada kerja apa benda? Tadi dok rilek whatsapp aku, aku suruh call tiba-tiba hilang macamtu je. Sah-sah dia ada permpuan lain!" Dia mengipas-ngipas dirinya dengan tudung labuhnya. Aik cik kak, panas kewww???

"Siapa pakwe kau? Ammar?"

"Ehhh..tolong sikit. Kaki lepak tu? Pakwe aku? Kau ingat dia layak ke? He is not my cup of tea ok! Pakwe aku ni ustaz, belajar agama tinggi sampai Jordan." Bongkak bunyinya berbicara. Tangannya semakin laju mengipas.

"Abeh tu kalau Ammar tu bukan cup of tea, cup of apelah? Coffee? Milo? Vico?" Aku memerlinya. Tak taulah dia faham ke tak.

"Wain! Ehh.. dia tu tak layak tau untuk aku. Dah la tak ada kerja. Muka tak hensem. Ada hati nak dekat aku. Arak tu haram untuk kita kan? Sama lah dia bagi aku. Haram!

Aku ni anak yang warak. Semua orang kenal. Mak bapak aku, walaupun bukan ustaz ustazah, tapi dorang ada pengetahuan agama. Walaupun tak kaya tapi adalah jugak harta sikit. Dia tu apa yang ada? Tak ada kerja tapi nak pikat aku? Tolong sikit..

Orang belajar agama tak tinggi macamtu tak sesuai dijadikan suami. Suami kena mendidik isteri supaya pandai. Kalau aku kawen dengan kaki lepak, agama tak tinggi, aku nak jadi apa?

Dia tu kena sedar diri sikit. Aku ni siapa. Semua soal agama dekat tangan aku. Aku tau semua hukum hakam dalam agama. Ni, kau tengok tudung yang aku pakai ni. Labuh! Kain yang selalu aku pakai kat muka tu apa? Purdah! Niqab! Cuma harini je aku lupa nak pakai. Kalau aku kawen dengan dia, apa orang kata? Jatuh taraf aku sebagai seorang wanita solehah!"

Dia meletakkan handphone di dalam tas tangan. Bersiap-siap macam nak pergi dari sini.

"Rupa-rupanya ini agama ajar kau. Bongkak, riak, ujub, takabbur. Aku tak tau pulak dalam agama ada ajaran macamni." Giliran aku untuk bersuara setelah bernanah telinga menyediakan kerelaan mendengar bebelannya yang tak berasas.



Dia memberhentikan pergerakannya, Aku dapat lihat dari sisi mataku, Dari tadi mataku hanya tertancap pada sang ombak yang tak jemu mengaum.

"Rupa-rupanya ini perasaan orang yang berhijrah sebab trend. Rupa-rupanya... Aku baru tau." Aku tersenyum memandangnya. Dia berkerut. Mulutnya terbuka, macam nak cakap sesuatu tapi tak jadi,

"Rupa-rupanya, hijrah kau sebab kau nak memandang rendah pada orang lain. Rupa-rupanya hijrah kau sebab nak tunjuk dekat orang yang kau alim. Rupa-rupanya..."

Hanya perkataan itu yang aku ulang dengan nada yang sinis. Dia mencampakkan tas tangan di atas pasir. Aku ambil, membuang debu dan pasir lantas meletakkan kembali dia atas meja. Nafasnya turun naik memandangku.

"Kau cakap baik-baik sikit. Aku berhijrah sebab nak dapat redha Allah. Kau jangan nak fitnah aku!" Matanya membulat bagai mahu menerkam aku yang di depannya ini.

"Ohh..rupa-rupanya..." Gelas yang berisi air kelapa dia genggam kuat. Aku menyambung lagi.

"Untuk redha Allah.. Baguslah kalau betul macamtu. Aku sangat kagum dengan sikap kau yang berusaha untuk pakai tudung labuh. Dulu kau free hair. Sekarang kau tutup habis, Sampai muka semua kau tutup. Bagus, Jadi wanita solehah. Tak memandang dan tak dipandang.

Untuk redha Allah...kau belajar sungguh-sungguh. Setiap ceramah kat tv kau tak tinggal. Kuliah-kuliah agama pun kau ikut. Sampai haritu kau bercerita dekat aku, kau sampai bertekak dengan mak kau sebab dia suruh kau pergi beli bawang sampai kau terlambat pergi kuliah. Kau buat untuk dapat redha Allah.. Sangat bagus.

Banyak hadis kau hafal. Hadis soheh, hadis dhaif, hadis mauduk semua kau hafal. Kalau berbahas memang top. Kau berbahas dengan dalil. Al-Quran kau hafal dengan maksud-maksud dia sekali.

Pernah aku tengok kau salam dengan orang lelaki. Bila aku pandang, kau kata kalau dekat majlis tak apa sebab darurat. Lepastu kau keluarkan dalil. Sangat bagus, Tapi aku terlupa pulak nak tanya kau dari kitab mana kau dapat dalil tu.

Aku selalu dengar kau bercerita dekat aku pasal kisah-kisah nabi, sahabat, macam-macam lagi. Kau ajar aku macam-macam.

Tapi mungkin aku ada tertinggal sesuatu. Aku tertinggal pasal ajaran riak, takabbur, ujub atau dengan kata mudah, berbangga diri. Sheikh mana ajar kau eh?"

Dahinya masih berkerut. Wajahnya masih masam. Cuma dadanya tidak lagi berombak seperti tadi. Tak kedengaran lagi nafasnya yang turun naik.

"Pernah aku tengok kau marah budak free hair yang lepak kat bus stop. Macam-macam ayat dan hadis yang kau keluarkan. Akhirnya kau malu sebab dorang tu Christian.

Perangai macamni memalukan islam kau tau tak. Kau nak tunjuk pada semua orang yang Islam tu macam perangai kau? Menunjuk-nunjuk? Dakwah tak kena tempat? Macamtu? Dulu orang respect orang Islam. Tapi sekarang ni, ada ustaz ustazah ekspress, ustaz ustazah trend yang berdakwah kadang-kadang tak kena tempat, pastu memandai buat hukum sendiri sampai semua orang jadi keliru dengan Islam.

Orang Islam yang sentiasa menyalahkan orang lain. Salah sikit semua kafir, semua kafir, tapi tak sedar salah sendiri. Orang islam yang kononnya sentiasa amalkan perkataan Husnu Zhon tapi hanya pada perkataan, bukan pada maksud. Husnu zhon tapi dalam masa yang sama, buruk sangka dengan orang lain.

Kau buat status dakwah setiap hari, orang semua memuji dan kau bangga. Kau letak gambar selfie, setiap aktiviti agama yang kau buat, Kau catat dalam facebook setiap kebaikan yang kau buat.

Kau tahajjud, kau dhuha, kau hajat, kau istikharah, kau baca Al-Quran. Post gambar menangis sambil pegang Al-Quran. Post gambar tangan pegang tasbih sambil duduk di sejadah.

Kau kata kau berhijrah untuk dapat redha Allah?"

Dia menundukkan kepalanya. Mungkin terkesan sedikit dengan bebelan aku tu. Aku menyambung lagi.



"Islam tak pernah ajar kita untuk berbangga diri. Tak akan masuk syurga beb, orang yang ada dalam hatinya rasa riak walaupun secebis. Islam ajar kita rendah diri. Tanamkan rasa kehinaan tu. Kita hamba yang kekurangan. Semua yang ada pada kita ni milik Allah semata. Kita tak ada apa-apa."

Kali ini, nadaku rendah. tak seperti tadi. Dia masih menunduk. Aku alihkan kerusi dan duduk betul-betul di hadapannya. Tangannya aku pegang. Genggam rapat.

"Aku tak ada kawan sebaik kau. Aku tak ada kawan yang boleh berkongsi dengan aku kisah agama. Hanya kau seorang. Aku berubah pun sebab kau. Kau tau keadaan keluarga aku kan macammana? Kami serba kekurangan, kami tak tau apa-apa. Lepas aku kawan dengan kau, hidup aku berubah. Mak ayah aku berunah. Adik beradik aku berubah. Kami jadi lebih tenang.

Tapi kadang-kadang...aku rasa keliru. Kenapa aku pakai tudung? Kenapa aku ikut kau join usrah, pergi kuliah, dengar ceramah agama apa semua. Aku keliru. Aku takut, akan timbul jugak rasa riak dalam diri aku lepas aku berhijrah. Riak tu syirik beb. Syirik!

Memang tak nafi, lepas aku sarungkan tudung ni, rasa jelek aku hadir pada orang yang masih free hair. Aku rasa berdosa sebab dorang tak mampu berubah macam aku. Hati aku dah tercemar dengan titik hitam. Aku tak tau, berapa banyak lagi titik hitam yang akan timbul lepas ni. Sekarang ni pun dah terasa berat,

Berubah, berhijrah... tak semestinya bila orang berubah dia confirm ahli syurga. Tak semestinya bila orang sarungkan kain di kepala, di muka, dia confirm tak akan pijak neraka. Sedangkan orang yang syahid, mati kerana nak menegakkan agama Allah pun boleh masuk neraka, Semua tu sebab riak. Riak. Bangga diri,

Dalam kita tak sedar, kita sebenarnya berubah untuk dipandang, untuk dipuji. Cuba renung kembali, untuk apa ni kita post status dakwah?

Bila berhijrah, maka kaki-kaki lepak semua kita kena pandang jelek, Bila dorang mengorat kita rasa mereka membawa kita ke neraka. Bila pak ustaz ngorat kita rasa he is the one, yang boleh membawa kita ke jalan syurga.

Beb, kita sama-sama berkenalan balik. Jom, kita jadi orang yang baru lahir di muka bumi ni. Kita jadi orang yang baru, Kita kena berubah. Hijrah kita dulu sebenarnya bukan hijrah. Kita riak. Jom, kita berhijrah balik."

Tiba-tiba dia mendakapku. Erat. Tangisannya tak terkawal lagi. Apa yang aku tau, balik nanti aku nak cuci betul-betul tudung ni. Confirm kena hingus! Yucks! Haha.

"Aku mintak maaf....." Tersekat-sekat suaranya, akhirnya dia meleraikan pelukan.

"Minta maaf dengan taubat. Minta maaf pada Allah. Bukan pada aku. Jom, kita buat solat taubat"

Dia mengangguk-anggukkan kepala.

"Tapi..." dia memandangku, menunggu aku menghabiskan perkataan.
"Jangan masuk Facebook pulak.. 'Alhamdulillah, selesai solat taubat. Syukran Ya Allah.' " Mulutku mengejek. Dia menampar bahuku lalu ketawa.

Aku dan dia sama-sama meninggalkan pantai itu. Aku merenung lautan itu, sambil menunggu dia menghidupkan enjin kereta.

Jauh di sudut hatiku, aku sangat berharap yang Dhia akan berubah. Betapa aku tak suka melihat perangainya yang terlalu berbangga diri itu. Aku menegur bukan maksudnya aku nak cakap, aku baik. Tak. Tapi sebagai seorang kawan, aku harus menegur sikapnya sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Hidayah itu dari Allah jua. Kita sebagai manusia tak berhak menentukan ukur hidayah seseorang. Aku hanya berhak untuk menegur setakat mana yang mampu, sebagai seorang kawan.

"Syaf! Masuklah. Tak nak balik ke?"

"Okey." Perlahan-lahan aku masuk ke dalam kereta. Dengan seribu pengharapan. Ini hanya permulaan untuk hari yang baru. InsyaAllah.


~TAMMMMMAT....~ =)


*cerita ini hanya rekaan semata-mata...tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang masih mati..hehe,,,cuma cerita untuk pengajaran bersama.. ^^


2 comments:

  1. Assalamualaikum..nak tanya..adakah perempuan sekarang hanya memakai purdah/niqab hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang sahaja?sebab sekarang ramai yang memakai purdah dan menunjuk-nunjukkan gambar mereka di media sosial..apa sebenarnya niat mereka?apa pendapat enti berkenaan isu ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Saya pun tak pandai nak mengulas isu ni. Niat orang kita tak tau kan. Mungkin ada niat nak menunjuk, ada jugak yang nak ikut trend tapi ada sebahagian besar yang betul-betul nak berhijrah sebab Allah. Niat orang ni kita tak boleh nak cakap apa. Semua tu hanya Allah saja yang tau. Kadang-kadang kita tengok dia macamni..rupa-rupanya niat dia macamtu.. Huhu.. Tak kisahlah. Apa yang penting, kita ni. Jangan ikut orang. Berhijrah biar sebab Allah. Tak perlu kita nak bagi tau orang yg kita berhijrah dari pemakaian kita.. Ckup hanya Allah yg tau dari hati kita. Wallahua'lam.. ^^

      Delete