Allahu Akbar

si comel sekalian

Wednesday, October 7, 2015

haNya AkU~

Assalamualaikum...

Hati saya sekarang ni membeku bila melihat sang kehidupan... Terkadang bertanya pada diri, kenapa tak dapat nak terima yang namanya takdir itu sedangkan apa yang berlaku itu, Allah sudah tentukan?

Tatkala dirundung masalah, tatkala itu juga syaitan gemar memasuki rongga-rongga pemikiran. Merosak pandangan dan perasaan. Merosak fikiran dan harapan.

Sungguh, tiada masalah yang besar berlaku pada saya di sini melainkan CEMBURU pada SAHABAT.

Terkadang, saya berfikir sendiri.. untuk apa saya cemburu? Semua orang berhak menentukan hidup masing-masing dan semua orang ada kehidupan masing-masing. Jadi, mengapa perlu cemburu?
Betul kan?

Bahaya, jika ada yang gemar memendam perasaan seperti saya ni.. Hehe. Saya adalah seorang yang tak gemar bercerita secara face to face kepada orang tentang masalah saya. Jika mahu bercerita pun, saya akan Whatsapp orang itu. Susah untuk saya bercerita secara berdepan kepada siapa-siapa pun.
Dan, jika saya tak mahu bercerita, saya akan luahkannya di Moment Wechat saya.
Seringkali orang katakan pada saya.. 'Jangan gemar marah-marah di Wechat.' Hahaha. Saya hanya mampu ketawa.

Saya ada ramai kawan yang gemar ketawa dan menyembunyikan masalah mereka. Teringin juga nak menjadi seperti mereka. Yang happy go lucky kata orang..
Entah mengapa.. ramai orang takut nak bercakap dengan saya.. Bila ditanya kenapa, dorang cakap, muka saya macam sedang marah. -__-

Sedih juga bila terima komen sebegitu. Sudah diciptakan muka macamni, nak buat macammana kan? Hihi.

Berbalik pada kes cemburu di atas...saya fikir mungkin silap saya sendiri...
Perangai saya sendiri..
Bila saya suka berkawan dengan seseorang, dan rapat dengannya.. tiba-tiba dia berkawan dengan seorang yang lain..dan dia rapat dengan orang itu...cemburu itu mula datang...dan saya akan menjauhkan diri...
Bila menjauhkan diri, semakin kuat pula rasa cemburu itu timbul..Haha..

Minggu depan, sorang housemate saya nak bermalam di suatu tempat yang entah apa namanya sebab nak buat assignment, mengkaji orang pedalaman di sini. Entah kenapa saya berasa marah, bila dia kata begitu. Saya rasa ditinggalkan.

Dan, pada masa yang sama, roommate saya pun cakap yang dia nak bermalam di bilik kawannya dan dia suruh saya tidur sorang-sorang, itu pun saya rasa marah. Sekali lagi saya rasa ditinggalkan. Namun kemarahan itu cuma terpendam dalam diri, saya tak cakap dekat dorang yang saya rasa marah. Saya cuma pendam.

Pelik kan saya?

Kemudian, saya memotivasikan diri sendiri...

Kawan itu tak selamanya kekal. Sekarang ada, esok pasti hilang. Sekuat mana pun kau sayang mereka, kau pasti akan ditinggalkan. Biarlah dorang nak ke mana-man pun. Siapa kau untuk menentukan apa yang boleh, apa yang tidak pada mereka.
Kau sayang mereka sebesar gunung Himalaya, mungkin dorang sayang kau sebesar kereta kancil. Nobody knows.kan? hihihi.

Kenapa perlu rasa kosong bila tiada mereka. kenapa perlu rasa risau kerana takut ditinggalkan? Mereka itu cuma manusia. Manusia.

Sepatutnya, yang perlu kita risau itu bila satu saat kita tidak 'dihiraukan' lagi oleh yang Maha Pencipta,,, Allah yang Maha Kuasa.

Berubahlah. Matanglah. Jangan masih ada fikiran kebudak-budakan.
Berubahlah, Siti. Ubah,
Dah besar kan? =)