Allahu Akbar

si comel sekalian

Wednesday, April 18, 2012

EARTH HOUR , MINUTE AND SECOND....

assalamualaikum para sahabat yang dikasihi.....

hari ni ape nak tulis ek...
guys..korang tau tak...sebenarnya update blog ni lagi seronok daripada main fb yang ntah ape2 tu...kekadang kita buat status..tak kene layan pon...nak tgk like 1 pon payah...kalau blog..lantak la kita nak buat ape pon.tak kesah...tapi yang sedah nye...dari taun lepas follower berhenti takat 6 org je..huhu...xpela..

hari ni dan semalam saya dah buat sesuatu yang bodoh...malu bila pikey balik..dan perkara itu telah membawa saya untuk menulis blog pada hari ini...

semalam ade subjek sns kat sekolah...belajar pasal kenderaan di udara dan salah satunya ialah roket...saya telah btanya dekat kwn saya dan soalan itu saya bawak ke keluarga saya memandangkan jawapan yang diberikan kurang memuaskan...dan hari ni saya kena gelak dan baru saya perasan... 'bodohnye soalan aku....'
nak tau soalan ape....saya bukan nak mengaibkan diri saya sendiri cuma nak bagi pengajaran kepada orang di luar sana tu...fikirlah sebelum tanya soalan...nak tau soalan ape???saya tanya....

"MACAMMANA ORANG PERGI KE ANGKASA SEDANGKAN BUMI TU KERAS.MACAMMANA ROKET YANG HANYA DIBUAT DARI BESI DAPAT MENEMBUSI BUMI YANG KERAS ITU.......bla3..."

saya tanya soalan tu sbb saya ingatkan kita duduk dalam bumi...rupa2nya kita dudok atas bumi...hahahaha,,,,buat malu!!!

sepertimana yang saya cakap tadi...tujuan saya tulis n cakap bnd ni kat smua org bukan sbb nak mengaibkan diri saya sendiri...sya pasti..bukan saya sahaja orang di dunia ini yang dok pikey macamtu...saya pasti..ramai lagi kawan2 yg pikir macamtu kan... DUDUK DALAM BUMI ????




inilah gambar2 bumi yg comel belaka...siap ade tgn kaki mulut mata ape smua tu ye....itulaah pengajaran bagi kita...sebelum buat sesuatu..pike dulu...lepas baca ni jgn ckp saya bongok plak.knp??sbb bnd tu akan berbalik kepada anda sendiri...nak jadi bongok ke??xnak kan....

okla..alang2 dah cerita pasal bumi ni..saya akan berkongsi sedikitlah pasal bumi..kot2 abg2 kakak2 adik2 ke nak wat research kan...harap2lah bnd yg x seberapa ni akan menolong anda sikit2...


B.U BU M.I MI.....


Bumi (Jawi: بومي, bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.[1]

Rumah kepada jutaan spesies,[2] termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.


Geografi

Pembahagian geografi: Benua

Keluasan:

Keseluruhan: 510.073 juta km2
Daratan: 148.94 juta km2 (29.2%)
Lautan: 361.132 juta km2 (70.8%)

Sempadan daratan: 251,480.24 km

Persisiran pantai: 356,000 km


Rujukan : "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumi"



itu pasal bumi..kalau nak cerita pasal pencemaran..saya bagi link2 yang terbaeeeek untuk korg buar research..ok?this is...

- http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar"
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1612&cmd=resetall

ok guys..hgarap smua ni dpt membantu ye...saya tau ape yg saya tulis hari ni agak boring tapi ia sgt bermanfaat untuk kita...sayangilah bumi kta...

ASSALAMUALAIKUM....JUMPA LAGI...SEE YAH! =)

No comments:

Post a Comment