Allahu Akbar

si comel sekalian

Wednesday, January 19, 2011

WUDHUK DI TANDAS? & isu-isu berkaitan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Isu ini nampak remeh , namun sebenarnya ia tidaklah seremeh yang di sangka ramai. Kadang-kadang perkara kecil yang kita terlepas pandang dr belajar hukumnya seperti ini akan memberi impak yang besar pd kita. Jadi , mari lah kita bersama-sama mengambil tahu , walau sekecil apa pun darihal ugama kita sendiri. InsyaALLAH. Saya harapkan pandangan dan teguran dr tuan2, sahabat saya sekalian.

Tiada sebarang khilaf di kalangan ulama' berkenaan larangan menyebut nama ALLAH dan kalimat2 suci yang lain di dalam tandas. Kerana tidak layak bagi tandas y kotor (walaupun bersih sehingga boleh di buat tidur,namun hukumnya tetap kotor) untuk di sebut nama ALLAH yang maha mulia itu di dlmnya.

Memandangkan kita pastilah berwudhuk (kecuali bg yang tak sembahyang) setiap hari , maka sila ambil perhatian akan hal ini. Bg y bekerja (siang), mereka akan berwudhuk sekurang-kurangnya 2kali sehari , zohor dan asar.. Dan biasanya pejabat ada tersedia ruang solat dan pastilah tandas untuk berwudhuk. Disini persoalannya bermula.
Boleh kah berwudhuk dlm tandas? Sahkah?

Pertamnya , KENAL PASTI JENIS TANDAS.
1-jika tandas itu, memang adalah 'tandas' (qada hajat)(sperti di pejabat2) maka beberapa perkara harus di perhatikan.
-Pastikan lantai tandas itu bebas dr sebarang najis , besar atau kecil.
-anda MESTILAH MEMBACA BASMALLAH DI LUAR TANDAS , YAKNI DI MUKA PINTU TANDAS. TIDAK BOLEH MEMBACANYA DI DALAM TANDAS.

2-kamar mandi . Sekiranya kamar mandi ini ,fungsinya hanyalah untuk mandi,maka tiada sekatan atau halangan untuk berwudhuk dan membaca BASMALLAH di dalamnya ketika hendak memulai wudhuk..

3-ruang qada hajat & mandi sekaligus. Ada 2 katogeri tandas jenis ini.
-Jika antara ruang mandi dan ruang qada hajatnya adalah sekaligus , maka hukumnya adalah tandas-seperti no 1 di atas.
-ruang mandi dan qada hajat di pisahkan oleh dinding , walaupun hanya setinggi 1 kaki , sudah di kira 2 ruang y berbeza. Maka boleh untuk di baca BASMALLAH ketika hendak memulai wudhuk. Dalam semua jenis tandas di atas WUDHUKNYA ADALAH SAH. NAMUN HARUS DI JAGA ADAT2NYA KERANA BERWUDHUK ITU ADALAH SATU IBADAH.

SESETENGAH ULAMA' JUGA MENYATAKAN HARAM BERWHUDUK DLM KEADAAN TELANJANG.(mmg ada kes begini. Sudah mandi,trus wudhuk tanpa bertuala).

HAL2 BERKAITAN.

Ada sesetengah org memakai cincin,loket y tertera nama ALLAH ATAU KALIMAH SUCI Y LAIN. Sesetengah ulama' menyatakan TIDAK BOLEH MENJADIKAN KALIMAH SUCI INI SEBAGAI PERHIASAN TUBUH KERANA KESUKARAN MENJAGANYA DAN JUGA ORG AWAM Y TIDAK TAHU HUKUM-HAKAM BERKENAAN NYA.
Tetapi,jika y berkeras mahu memakainya , anda harus berhati2 dlm pemakaian nya supaya kesuciannya tidak tercemar.
Bagi cincin y tertera kalimah suci itu, jika masuk ketandas, cincin itu hendaklah di pusingkan kedalam. Maksudnya kalimah suci itu berada di dlm genggaman.
Jika loket,masukkan ia kedalam baju. Tidak boleh mendedahkan kalimah suci itu pd ruang tandas secara terbuka.
Bg y menjadikan nya sebagai wallpaper hp,maka masukkan hp kedalm poket. Jika tiada poket, pastikan hp berada dlm keadaan y tidak menunjukkan kalimah itu.
Jika y menjadikan skin laptop,masukkan saja kedalm beg,jika bimbang di tinggal di luar tandas. Jika tiada beg, terbalikkan laptop itu supaya kalimah itu tidak terus dpt di pandang dgn sekilas pandang.

Kesimpulannya, kepada y memakai aksesori kalimah ini, berhati2 menjaganya. Jika anda rasa tak mampu menjaganya, maka hindarkan dr memakainya. Itu lebih aula bg anda.


Yang baik dan sempurna dr ALLAH,y lemah dan kurang itu,adalah kelemahan kita semua.
Ambil y baik, tinggalkan y buruk.


wallahhualam... =)

(diambil dengan izin =D )

No comments:

Post a Comment