Allahu Akbar

si comel sekalian

Friday, January 28, 2011

JIKA ALLAH TELAH TAKDIRKAN AKU KE NERAKA , AKU BUAT BAIK PON TAK GUNA

assalamualaikum..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Ucapan seperti di atas bukanlah apa y kita akan dengar saban hari. Namun , ianya tetap ada. Mungkin kita tak pernah dengar dgn telinga kita sendiri. Tak mengapalah. Y lebih penting , ini akan menjadi jawapan kepada kita sendiri atau juga kepada orang y mungkin mengajukan soalan begini pd kita pd masa hadapan.

Sebab mengapa mereka berkata begini agak mudah di fahami. Mereka adalah org y berputus asa pd ALLAH , dan juga bersangka buruk padaNYA. Tahukah kita , terdapat 2 JENIS TAKDIR? Y di sebut sebagai QADA' DAN QADAR. Itu adalah TAKDIR Y TETAP & TAKDIR Y BERUBAH (DGN IZINNYA)..

ALLAH y maha meliputi kuasa dan ilmu pengetahuannya, telah pun menetapkan bila kita lahir,nama,rezki,perjalanan hidup mati dan mana kesudahan kita. Dan semua pengetahuan itu tersimpan di sisi ALLAH hingga para malaikat juga tidak mengetahui. Namun walaupun ALLAH telah menetapkan segalannya bg kita, ALLAH juga mmberi izin kita berusaha dan mencorak hidup kita. Org jahat belum tentu akhirnya tetap jahat sperti mana org baik blum tntu baik smpai ke sudah. Sudah banyak kisah y kita dengar , ahli ibadat di campak ke neraka dan ahli maksiat aman di syurga. Kerana ALLAH menukarkan jln hidup mereka pd penghujung jln mereka.

Maknanya ALLAH MEMANG TELAH MENETAPKAN kemana kita pd akhirnya. Namun ALLAH jua berkuasa untuk menukarnya. Org y berkata ''jika ALLAH dah takdirkan aku ke neraka, buat baik pun tak guna'' , adakah dia tahu dia ke neraka? Dr mana dia dpt MAKLUMAT tersebut? Sedangkan malaikat y sentiasa berada di sisi ALLAH juga tidak mengetahuinya. Mungkin saja kerana kita rasakan kita adalah pendosa, tp ketahuilah , ALLAH itu maha luas rahmat keampunannya. Jika kita bertaubat dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh , tiada sebab kita di campak ke neraka. Kerana org y bertaubat itu adalah bersih. Jadi, tugas kita, bukan memikirkan syurga atau neraka y akan jd rumah kita, tp terus lah berusaha ,mnjadi mukmin y baik.

Kita tak masuk syurga kerana solat, tp siapa y nak masuk syurga, kena solat. Kerana solat itu adalah penghubung kita dgn ALLAH. Kita masuk dgn izin dan syafaat ALLAH. Jd , apakah org y tak baik dgn ALLAH , akan di izinkan ke syurga?.
Soal ini, agak rumit tuk di hurai secara tulisan , namun apa y wajib kita paham, ALLAH SEKALI-KALI TIDAK MENGZALIMI HAMBANYA. Malah setiap dr gerak kerja dan perbuatan di dunia akan di balas setimpal. Syurga dan neraka milik ALLAH. Dan ALLAH telah pun tahu berapa ramai dan siapakah penghuninya. Dan kita wajib beriman pd qada' dan qadar. Jd,jgn buruk sangka pd ALLAH. Teruslah berharap semoga dpt meraih syurga. Jika pun kita di takdirkan mnjadi ahli neraka, teruskanlah berdoa dan berbuat baik selari dgn tuntuan agama. Bukankah telah di katakan y 'doa adalah senjata mukmin'. Semoga dgn doa dan usaha kita itu, ALLAH mengurniakan syurga idaman, isyaALLAH.

TUHAN PUNYA KUASA.
MNUSIA PUNYA ASA.

SEGALA PUJI YANG TERTENTU PADA ALLAH.






-COPY DARI SAHABAT (someone..)

No comments:

Post a Comment