Allahu Akbar

si comel sekalian

Sunday, May 22, 2011

HEPI BEDAY TO YOU.......

assalamualaikum...

saya dah mula nak mengaktifkan balik blog ni..bukan ape..sblm ni entri saya ntah ape2..rase cam nak delete je...tapi,atas bantuan my kakak..blog saya skrg ni dah makin ok dari sehari ke sehari.. hehe...

tengah hari tadi lepas zohor (waktu sarawak) kitorg smbt hari jd my fruit son,mohd haikal mustaqim bin sapiee razali yg ke-6..
seronok giler budak tu..

sebelum bukak blog td,tenampak plak satu notes yg ditulis kat fb..from pokcik(bukan name sbnr..)
nih,bacelah..tajuknya "ANTARA BIRTHDAY DAN HARI JADI. Juga majlis sambutannya."




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,

''HAPPY BIRTHDAY TO U..HAPPY BIRTHDAY TO U....''

antara lagu y paling terkenal di seluruh dunia.

''SELAMAT HARI JADI...SELAMAT HARI JADI...''

antara lagu paling terkenal di negara kita.

Apa bezanya? Tiada yang berbeza kerana keduanya adalah lagu yang sama , hanya di alih bahasa. Cuma , agak menimbulkan kemusykilan , bagaimana BIRTHDAY DI TERJEMAH MENJADI HARI JADI ?. Bukak lah kamus mana pun, dr edisi sekolah rendah sehingga edisi universiti , pasti nya terjemahan ini salah.

Dr segi istilah pun, kita sedia maklum ianya salah, tetapi kita masih terus mengamalkannya. Mengapa? Di sini menunjukkan sikap kita y mengikut membuta tuli , tanpa berfikir. Adakah kerana majoriti menyebut begitu,lalu kita mengandaikan ianya betul? Majoriti atau minoriti tidak menjadi pengukur betul atau salah sesuatu perkara. Ahli badar hanya 313 orang, sedang tentera musyrikin berjumlah 1000 orang. Pihak manakah y betul?

Dari sudut yang lain pula , siapakah yang mengetahui tarikh tepat TERJADI persenyawaan ovum dan sperma? Atau tarikh tepat keJADIan roh di tiupkan kepada janin? Yang kita ada hanyalah tarikh KELAHIRAN. Jd, ucapan

'SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR ' adalah lebih tepat.

Menyambutnya pula , tidaklah salah dr sisi agama islam pun. Cuma, ada beberapa perkara yang harus di patuhi. Antaranya,

-tidak boleh meletakkan dan menyalakan lilin di atas kek (atau sebagainya) . Kerana itu meniru org majusi y menyalakan api dlm sebarang perayaan , sambutan atau upacara keagamaan mereka.

''sesiapa yang meniru sesuatu kaum,maka dia sebahagian dr mereka''

amalan itu juga tidak memberi sebarang faedah. Malah juga satu pembaziran , perkara yang sangat di tegah dlm agama kita. Akan tetapi , sekiranya di nyalakan lilin itu kerana terputus bekalan elektrik atau sebgainya , dan lilin itu menjadi sumber cahaya agar tidak tersadung atau rebah , maka itu tidak mengapa.

Buatlah apa jua perkara, dgn bersebab, dan dengan menetahui hukum,adat dan batasannya. InsyaALLAH , kebaikan itu akan kembali kepada kita. Bukan di dlm perkara ini sahaja. Tetapi juga setiap perkara di dalam hidup kita.

Kerana bermula dr buka mata di subuh hening, kita tidak terlepas walau sedetik pun dari 5 hukum ,HALAL,SUNAT,HARUS,MAKRUH DAN HARAM.

Dgn mengetahuinya , maka kita, insyaALLAH,dpt memelihara diri kita dr melakukan dosa.

''janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan''


wallahu a'lam.

SEGALA PUJI YANG TERTENTU BAGI ALLAH.


haa..ok
dah bace??
sambut bfday,smbt bfday jugok..
tapi,ape yg xblh,jgnlah kita lakukan...
sekian saje dari saya...
kalo ade sesape yg smbt bfday hari ni...
hepi bfday u olls...
maaf jika terdapat kesilapan...
sebarang kekhilafan amatlah dikesalkan...

assalamualaikum w.r.t....

No comments:

Post a Comment