Allahu Akbar

si comel sekalian

Sunday, June 19, 2016

MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI (part 1)

Secawan milo dah pun habis. Tak puas minum secawan milo ais pada hari yang panas macamni. Siang panas, malam pun panas. Telekung pun tak bukak lagi lepas balik tarawikh tadi. Aku membuka telekung, dan berniat untuk buat lagi secawan air milo ais. Aku bertanya Dhia sama ada dia nak ataupun tak. Alang-alang aku nak buat. Dia hanya menggeleng lemah tanpa memandangku dan menggentel-gentel hujung telekung yang masih dipakainya.

Sekembalinya aku daripada dapur dengan bunyi kocakan ais di dalam gelas seiring dengan langkahan kakiku, aku tengok Dhia masih di sofa itu. Duduk termenung memandang handphone yang sepi.

"Dari tadi aku tengok kau renung telefon tu. Dah nak terbelah dua dah benda tu aku tengok." kataku lalu segera mencapai alat kawalan jauh dan menekan-nekan punat, mencari siaran yang menarik minatku. Hish. Channel je banyak. Tapi semua membosankan

Dhia masih lagi membatu di situ, memandang lantai. Apa kenalah budak ni. Diam je dari tadi.

"Oi." Aku memanggilnya. Tak ada respon.

"Dhia. Kau kenapa?" Dia memandangku sekilas dengan muka yang masam. Kemudian, pandangan kembali beralih ke lantai. Entahlah. Mungkin lantai itu sekarang lebih menarik  minatnya daripada memandangku ini.

Dia meraup wajahnya berkali-kali. Sekejap-sekejap keluhan dia lepaskan. Aku beralih tempat duduk dan duduk di sisinya. Dia memandangku. Aku mengangkat kepala, tanda bertanya kenapa. Dia merenungku, lama.

"Salah ke apa yang aku buat? Kenapa aku rasa macamni? Aku dah buat silap ke? Kenapa dia buat macamtu dekat aku?"

Tanyanya dengan soalan yang bertalu-talu tanpa memberikan aku ruang untuk menjawab. Aku berkerut, hairan dengan soalannya itu. Soalan itu juga aku tak pasti, dia bertanyakan pada dirinya sendiri atau bertanya pada orang yang di depannya ini. Ataupun sebenarnya... soalan itu sudah sekian lama dia simpan, untuk bertanyakan kepada seseorang yang lain? Dhia menunduk. Dahunya kupegang. Aku mengangkat mukanya.

"Kau cakap pasal siapa?" Tanyaku, hairan.

"Mr. Ehem tu lah." jawabnya lemah. Aku tersenyum. Fikir pasal dia rupanya. Apa yang aku boleh buat sekarang ni, mendiamkan diri. Aku tak tau nak buat apa. Aku hanya tunggu sampai dia reda dengan sendiri. I think that is the best kot.

"Kau tak pernah bercinta ke Syaf?" Soalannya yang tiba-tiba membuatkan aku tersedak milo yang aku minum. Dia menepuk-nepuk belakangku sambil ketawa lalu memberikan aku tisu yang diambilnya dari kotak dia atas meja.

"Kau dah kenapa tanya soalan macamtu. Sampai tersedak aku." Dia ketawa lagi. Entahlah, bila tengok dia gelak macamtu, lega sikit rasa hati ni. Bagus jugak lah aku tersedak tadi.

"Tak adalah. Aku saja nak tau." katanya.

"Gila tak pernah. Aku pun ada perasaan." Jawabku diiringi ketawa. Dia mengikuti tawaku.

"Habis tu? Aku tak pernah tengok kau macam orang bercinta pun." Tanyanya lagi. Hmm.. dia ni. Benar-benar mencabar aku. Aku mengecilkan mata memandang mukanya.

"Kau nak dengar cerita cinta aku?" Aku bertanya kepadanya. Dia mengangguk berkali-kali macam patung buaya yang aku jumpa kat supermarket semalam. Aku pun tak faham apa tujuan dorang cipta patung buaya mengangguk tanpa henti selagi ada bateri.

"Tapi takut kau boring pulak. Panjang cerita aku ni." Aku berkata padanya. Takut pulak aku kalau dia bosan.

"Selagi kau tak cerita, selagi tu aku bosan." Katanya.

Baiklah. Aku bercerita.


~bersambung...~

No comments:

Post a Comment